Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang
Hari ahad, hari untuk bersantai. Tak santai sangat lah sebab hari untuk mengemas lebih sikit dari hari biasa.
Hari untuk membeli barang dapur seminggu juga. Topup barang dapur mana yang dah habis. Kalau beli barang basah, lagi lama lah duduk kat dapur tu.
Cerita malam tadi, teringin nak makan nasi lemak bungkus daun pisang. Teringat pernah beli nasi lemak daun pisang dekat dekat area rumah.
Terus order sekali dengan roti canai. Nasi lemak daun pisang dia sedap. Nasi cukup rasa lemaknya, tambah pulak dibungkus dengan daun pisang. Aroma daun pisang membuka selera sungguh!
Nasi lemak bungkus daun pisang sedap!
Tambah lagi sedap bila sambal dia sedap. Pedas dan betul betul nasi lemak asli tradisional style mak mak kita masak. Saya syak ni mesti orang orang lama punya air tangan ni.Kali kedua order. Repeat order sebab sedap dan pedas tu kena dengan selera. Harga pun murah dengan portion dan kesedapan sebungkus nasi lemak daun pisang.
Nasi lemak dan roti canai murah
Harga nasi lemak sebungkus RM 2.00. Roti canai tak ada dalam gambar. Nampak sipi sipi kertas minyak pembungkus roti canai je. Mood malas nak styling ambil gambar. Gambar candid makanan je terus.
Beli roti canai kosong RM 1.00 sekeping, Roti telur 2 RM 2.50 sekeping. Charge delivery RM 2.00. Roti canai memang beli extra untuk dibuat sarapan esok. Tinggal panaskan je senang.
Alhamdulillah masih ada lagi orang yang menjual makanan murah tak mencengkik darah dengan harga yang masih relevan sekarang ni.
Bagus ni berniaga untuk kepuasan pelanggan. Semoga bisnes mereka dilimpahi rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaminn
A.S.Corner Roti Canai Homemade
Waktu Perniagaan
Pagi (Jumaat-Ahad)
7:30 pagi sehingga habis (waktu terhad)
Petang-Malam
Isnin- Ahad
5:30 petang - 9:30 malam
Menu A.S Corner
Nasi lemak - RM 2.00
Roti kosong - RM 1.00
Roti relur - RM 2.50
Roti tampal - RM 2.50
Roti planta - RM 2.00
Roti cheese - RM 3.00
Roti bom - RM 2.00
Roti sardin - RM 3.50
Roti frozen - RM 8.00
Menu Special A.S Corner
Roti Sarang Burung - RM 4.00
Mereka berniaga depan rumah je dan delivery sekitar Sikamat Seremban sahaja
Sedap dan memenuhi selera itu penting.
ReplyDeleteHarga pun berpatutan. Can penghantaran pun murah.
sedapnya nasi lemak daun pisang. dkt sabah susah nk cari nasi lemak sedap mcm dkt semenanjung.
ReplyDeleteNasi lemak bungkus daun pisang memang sedap..
ReplyDeleteNasi lemak daun pisang ni memang sedapp
ReplyDeleteNampak sedap, nasi lemaknya, Fizah. Akak pun suka juga makan. :)
ReplyDeletesedap nasi lemak.. hari ahad plan nk beli brg tp mengenangkan mesti ramai org esok pg baru keluar
ReplyDeletesedapnya lahai..nostalgia nasi lmak dalm daun pisang ni..:)
ReplyDeletehahah kesian roti canai tu.. dia pun nak bergambar
ReplyDeletetgk pun tahu sedap fiza :)
ReplyDeletekadang2 dapat nasi lembiktu yg wak x suke jugak.. huhuhu
ReplyDeleteSaya pun sama suka nasi lemak daun pisang. Balik jogging je singgah beli kat sorang makcik ni sebab sedap.
ReplyDeletekl ni susah nk cari. ada pun nasi lemak daun pisang tapi nasi dia x berlemak pun hehhehehe rasa mcm nasi putih biasa
ReplyDeleteSyukurlah masih ada nasi lemak harga murah, sedap pula tu.
ReplyDeleteRindu nasi lemak bungkus daun pisang zaman kecik2 dulu. Sekarang dah tak jumpa nasi lemak daun pisang!
Sedapnyaaaa... alamak, malam malam baca ni, teringin pulak.... Macam kena carik jugak ni.. hoho
ReplyDeleteNasi lemak daun pisang it gives me classic vibes ,betul betul nak tau nasi lemak tu sedap tgok sambal
ReplyDeletepaling suka nasi lemak balut daun pisang, dia punya aroma tu lagi sedap :)
ReplyDelete