Puasa Hari Putih
Umat Islam dianjurkan untuk berpuasa sunat pada hari putih (Ayyamul Bidh) selain berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Berpuasa di hari putih seumpama puasa sepanjang tahun.
Apakah Hari Putih?
Hari putih dikenali dengan Ayyamul Bidh iaitu pertengahan bulan Islam iaitu pada 13,14 dan 15 haribulan dalam bulan Islam (Hijriyyah).
Kenapa dinamakan Ayyamul Bidh?
Dikenali dengan nama Ayyamul Bidh (Hari Putih) kerana pada pada malam-malam tersebut merupakan waktu bulan purnama dengan sinaran bulan yang putih.
Pada tarikh ini, umat Islam dianjurkan untuk berpuasa sunat sebagai tambahan kepada amal ibadah yang lain.
13 Rejab (25 Februari 2021)-Khamis
14 Rejab (26 Februari 2021)-Jumaat
15 Rejab (27 Februari 2021)-Sabtu
Ganjaran Puasa Hari Putih
Banyak hadis menjelaskan tentang puasa hari putih dan kelebihan mengamalkannya. Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun. Allahu Akhbar, sungguh besar gandaan pahala Allah kurniakan buat umat Nabi Muhammad SAW.
Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata;
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
"Rasulullah ﷺ memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh iaitu pada tiga belas, empat belas, dan lima belas. Beliau berkata; hari-hari tersebut umpama setahun".
(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud)
Untuk melafazkan niat puasa ini, kita dibolehkan untuk menggunakan bahasa Arab mahupun bahasa Melayu.
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.
InsyaAllah, kita cuba berniat & melaksanakan puasa hari putih pada bulan ini bermula 25-27 Februari 2021 bersamaan 13-15 Rejab 1442H (Khamis-Sabtu). Mudahan kita tergolong di kalangan yang dijanjikan Syurga Ar Rayyan iaitu khusus untuk orang yang melazimi ibadah puasa, sepertimana Sabda Nabi SAW :
Daripada Sahal bin Sa’d R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ في الجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانِ يَدخُلُ مِنهُ الصَّائِمُونَ يَومَ القِيَامَةِ، لَا يَدْخُلُ مِنهُ أَحَدٌ غَيْرُهُم
Maksudnya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama al-Rayyan khusus untuk ahli puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain mereka tidak dibenarkan masuk.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Semoga bermanfaat buat semua. Perkongsian dari Ustazah Asma' Binti Harun. Share dan kongsikan kebaikan dan mendapat ganjaran pahala mengamalkannya.
Sumber : Facebook Ustazah Asma' Binti Harun
Insha allah. Good sharing. Jom puasa sama-sama
ReplyDeleteSelamat berpuasa Sal. Saya cuti :)
DeleteBismillahirahmanirrahim..
ReplyDeleteJom niat puasa..
Selamat berpuasa :
DeleteSelamat berpuasa sunat hari putih di bulan rejab ini
ReplyDeleteSelamat berpuasa :)
Deletesaya berpuasa hari ni, hahahaha proud of myself
ReplyDeleteAlhamdulillah. Selamat berpuasa dan selamat berbuka nanti.
DeleteSelamat berpuasa yang dapat berpuasa.
ReplyDeleteSealamt berpuasa :)
DeleteMasa tarikh ini kalau tengok bulan, bulan nampak sangat terang bersinar.. Cantik..
ReplyDeleteNanti nak tengok juga :)
DeleteHa ah.. cantik.. ada tengok jugak
Deletealhamdulillah dpt jg puasa smlm wpn cuaca panas lit lit... plg x tahan konon nk qailullah sudahnya terlelap smpi kol 3 hahahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga amalan diberkati Allah :)
DeleteAlhamdulillah. Allah sudah janjikan ganjaran besar untuk ibadah mulia ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah..ganjaran yang hebat dan beruntung mereka yang dapat melakukannya :)
DeleteTahniah kepada yang berpuasa ituu.. huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga amalan mendapat keberkatan Allah :)
Deletealhamdulillah yg puasa tu
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga amalan mendapat keberkatan Allah :)
Delete