Header Ads

Puasa Hari Putih

Umat Islam dianjurkan untuk berpuasa sunat pada hari putih (Ayyamul Bidh) selain berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Berpuasa di hari putih seumpama puasa sepanjang tahun.

Apakah Hari Putih?

Hari putih dikenali dengan Ayyamul Bidh iaitu pertengahan bulan Islam iaitu pada 13,14 dan 15 haribulan dalam bulan Islam (Hijriyyah).

Kenapa dinamakan Ayyamul Bidh?

Dikenali dengan nama Ayyamul Bidh (Hari Putih) kerana pada pada malam-malam tersebut merupakan waktu bulan purnama dengan sinaran bulan yang putih.

Pada tarikh ini, umat Islam dianjurkan untuk berpuasa sunat sebagai tambahan kepada amal ibadah yang lain.

Puasa Hari Putih

Tarikh Puasa Hari Putih 2021

13 Rejab (25 Februari 2021)-Khamis
14 Rejab (26 Februari 2021)-Jumaat
15 Rejab (27 Februari 2021)-Sabtu

                    the noor app, aplikasi islamik
                    Qalby App untuk muslim

Ganjaran Puasa Hari Putih

Banyak hadis menjelaskan tentang puasa hari putih dan kelebihan mengamalkannya. Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun. Allahu Akhbar, sungguh besar gandaan pahala Allah kurniakan buat umat Nabi Muhammad SAW.

Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata;

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

"Rasulullah ﷺ memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh iaitu pada tiga belas, empat belas, dan lima belas. Beliau berkata; hari-hari tersebut umpama setahun".

(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud)

Untuk melafazkan niat puasa ini, kita dibolehkan untuk menggunakan bahasa Arab mahupun bahasa Melayu.

نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.

InsyaAllah, kita cuba berniat & melaksanakan puasa hari putih pada bulan ini bermula 25-27 Februari 2021 bersamaan 13-15 Rejab 1442H (Khamis-Sabtu). Mudahan kita tergolong di kalangan yang dijanjikan Syurga Ar Rayyan iaitu khusus untuk orang yang melazimi ibadah puasa, sepertimana Sabda Nabi SAW :

Daripada Sahal bin Sa’d R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ في الجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانِ يَدخُلُ مِنهُ الصَّائِمُونَ يَومَ القِيَامَةِ، لَا يَدْخُلُ مِنهُ أَحَدٌ غَيْرُهُم

Maksudnya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama al-Rayyan khusus untuk ahli puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain mereka tidak dibenarkan masuk.”

(HR Bukhari dan Muslim)

Semoga bermanfaat buat semua. Perkongsian dari Ustazah Asma' Binti Harun. Share dan kongsikan kebaikan dan mendapat ganjaran pahala mengamalkannya.


هناك 21 تعليقًا:

  1. Insha allah. Good sharing. Jom puasa sama-sama

    ردحذف
  2. Selamat berpuasa sunat hari putih di bulan rejab ini

    ردحذف
  3. saya berpuasa hari ni, hahahaha proud of myself

    ردحذف
  4. Masa tarikh ini kalau tengok bulan, bulan nampak sangat terang bersinar.. Cantik..

    ردحذف
  5. alhamdulillah dpt jg puasa smlm wpn cuaca panas lit lit... plg x tahan konon nk qailullah sudahnya terlelap smpi kol 3 hahahaha

    ردحذف
  6. Alhamdulillah. Allah sudah janjikan ganjaran besar untuk ibadah mulia ini.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah..ganjaran yang hebat dan beruntung mereka yang dapat melakukannya :)

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.