Surprise Birthday Gift

Minggu lepas, dapat lagi surprise dari anak buah. Dapat surprise birthday gift. Punyalah dia nak berahsia sangat tak nak bagitahu hadiah apa. Tunggu sampai je katanya. 

Walaupun tahu dia poskan hadiah, siap bagi tracking number. Kira tak berapa surprise sangat.

Surprise tang hadiah dalamnya lah. Semalam pos, esoknya sampailah yang dikirimkan tu. Tak expect pun dia nak bagi hadiah apa sebenarnya.  

Sampai-sampai terus buka. Tak menyabar! Tak sangka, dapat hadiah ni kiriman dari Segamat. Dapat 2 batang lipstick wawa cosmetic Fruity Lipstick Edition, tent calendar, pouch bag dan hand mirror. (cover warna pink).

Surprise Birthday Gift

Ucapan tu manis potong kaki.  Orang Segamat miss you, maknanya satu segamat rindu tu. Hahaha. Sentiasa comel tu semestinya. 

Yeay! Dapat hadiah lipstick (lip tint). Macam tahu tahu je lah Ucu dah lama tak menyopping barang makeup. Sejak pandemik Covid-19 dan dah pencen review produk. Produk yang tinggal pun ada yang kurang guna sampai expired. Banyak dah terbuang masa dok kemas-kemas haritu.

Tak membeli barang barang makeup buat masa ni sebab nak beli pun bukan keperluan sekarang ni. Lagipun sekarang ni keluar pun kena pakai mask. Dah duduk rumah je tak kemana, buat apa nak membazir beli. Lainlah keluar hari hari dan bekerja kat luar. Itu lain lah ceritanya.

Happy me dapat hadiah lipstick, pouch bag dan hand mirror tu. Tak payah beli lipstick baru dah. Thank you for the surprise gift, anak buah! Baik cakap, ni bagi hadiah bodek bodek nak apa ni? :p Gurau gurau.

Alhamdulillah..dapat lagi hadiah. Selagi tak habis February, kita celebrate birthday month sampai hujung bulan. Siapa nak kirim hadiah lagi? Sila sila. Hehe...


16 comments:

  1. comelnya ayat tu, ' orang segamat miss you' hehee

    ReplyDelete
  2. So sweetttt! Tunggulah anak buah besar sikit, bolehla dpt hadiah mcm ni. 😆

    Samalh kita ni ha dah lama tak menyopping barang makeup semua. Nak keluar pun lahaiii malasnya naudzubillah sebab kena pakai mask.

    ReplyDelete
  3. sweetnya lahai anak buah fiza..lama dah tak balik segamat la tu ye

    ReplyDelete
  4. Kira sebulan sambut harijadi dapat hadiah.

    ReplyDelete
  5. sebenarnya maksud tersirat anak buah tu adalah... cpt laa blk segamat. dah lama x belanja kepsi ni hahahaah

    ReplyDelete
  6. Pandai anak buah pilih hadiah lipstick untuk mak sedara dia ye. Moga terus sweet 18 heheheheee.

    ReplyDelete
  7. best kalau dpt hadiah yg kita mmg nak sgt kan ! hehehehe its the best ! comel jerrr anak buah bg hadiah :)

    ReplyDelete
  8. Best birthday wishes ever. Stay omey omey, Fiza!

    ReplyDelete
  9. bestnya acu dpt!! hehehe boleh la try nanti. tgk ramai org beli

    ReplyDelete
  10. Naniey punya make up pun banyak yang nak kena buang sebab dah expired..
    Zaman pakai mask ni lagi la tak selesa nak make up. Cukup moisturizer dan sunscreen. Jika terlebih rajin adalah eyeliner dengan eyebrow. hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.