Header Ads

Tarikh Pembayaran Fasa 1 BPR 2021 Bermula 24 Februari

Tarikh pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 bermula 24 Februari 2021 secara berperingkat untuk mereka yang mempunyai akaun bank. Manakala yang tidak mempunyai akaun, BPR akan mula diagihkan bermula 25 Februari 2021.

Untuk penerima Sabah & Sarawak yang tidak mempunyai akaun akan mendapat BPR pada 1 Mac 2021 nanti.
  Tarikh Pembayaran Fasa 1 BPR 2021 Bermula 24 Februari

Sebanyak 4.05 juta diperuntukkan untuk kategori bujang dan 4.4 juta untuk kategori isi rumah berpendapatan RM5000.

                    tebus e-wallet RM100 2021

Tarikh Pembayaran BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) 2021

Fasa 1 : 24 Februari 2021
Fasa 2 : 2021
Fasa 3 : 2021

Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 : Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah

RM1,200 Mempunyai tanggungan seorang anak dan tidak mempunyai anak
RM1,800 Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang

Jadual Pembayaran
Fasa 1 :  24 Februari 2021-RM300
Fasa 2 : 2021
Fasa 3 : 2021

Nota: Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan

Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 : Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 Hingga RM4,000

RM800 Mempunyai tanggungan seorang anak dan tidak mempunyai anak
RM1,200 Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang

Jadual Pembayaran
Fasa 1 : 24 Februari 2021-RM300
Fasa 2 : 2021
Fasa 3 : 2021

Nota: Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan

Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 : Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM4,001 Hingga RM5,000

RM500 Mempunyai tanggungan seorang anak dan tidak mempunyai anak
RM750 Mempunyai tanggungan anak melebihi 2 orang

Jadual Pembayaran
Fasa 1 : 24 Februari 2021-RM500
Fasa 2 : 2021
Fasa 3 : 2021

Nota: Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan bantuan

Jumlah Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 : Kategori Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah Berusia 21 Tahun Keatas

RM350

Jadual Pembayaran
One-Off : 24 Februari 2021

Nota: Pembayaran akan dibuat sekali gus (one-off) bermula pada tarikh yang ditetapkan.

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Bantuan Prihatin Rakyat telah diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui pembentangan Belanjawan Malaysia (Bajet 2021). BPR merupakan inisiatif bantuan tunai bersasar yang akan memanfaatkan 8.1 juta penerima yang layak dengan peruntukan sebanyak RM6.5 bilion.

Bantuan Prihatin Rakyat sama seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Cuma perlaksanaanya telah ditambah baik dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan isi rumah dan individu bujang yang relevan selari dengan tekanan peningkatan kos sara hidup tinggi yang berlaku masa kini disebabkan pandemik COVID-19.

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada penerima yang layak (sedia ada) dan pemohon baru yang disahkan berjaya.

Semakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Permohonan dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) bermula 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 yang lalu.

Permohonan dan kemaskini boleh dibuat dan disemak di link : https://bpr.hasil.gov.my
  • Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus perlu membuat kemaskini 
  • Permohonan Baharu untuk pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 dan berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah

Cara Pembayaran BPR 2021 Disalurkan Kepada Penerima

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat akan disalurkan melalui akaun simpanan penerima yang layak. Iaitu penerima sedia ada yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini di mana maklumat mereka telah ada dalam simpanan pangkalan data dalam senarai nama penerima. Dan juga pemohon baru yang berjaya.


هناك 28 تعليقًا:

  1. yg dpt ni... hrp gunalah dgn berhemah ya����

    ردحذف
  2. Alhamdulillah. Rezeki untuk yang memerlukan. Moga dapat digunakan penuh berhemat, jimat cermat.

    ردحذف
  3. Whoaaa. niceee.. muahahah.. sikit ke banyak.. tetap duit... free free aje.. gituuuu...

    ردحذف
  4. Dapat dah ni. Alhamdulillah. Memang guna untuk belanja dapur.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah. cepat kali ni. samalah kita kak. Habis untuk bil dan barang dapur je ni.

      حذف
  5. Alhamdulillah, dapatlah ringankan mana yang perlu.

    ردحذف
  6. Tak cek lg fiza..tp kan dapat BPR ni habis ke bayar sewa rumah jela jawabnyee ^_^

    ردحذف
    الردود
    1. Nanti check ye Shida. betul tu, sekali habis untuk bayar apa yang patut.

      حذف
  7. Tahniah kepada semua penerima. Gunakan secara berkhemah :)

    ردحذف
  8. Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu meringankan beban ditanggung.

    ردحذف
  9. Alhamdulillah memabntu mereka yang memerlukan nie..

    ردحذف
  10. alhamdulillah dh masuk acc.. dpt lah tambah stok2 brg dapur

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.