Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2021 (1442H/1443H)
Salam Jumaat. 30 Jamadilakhir 1442H. Esok dah masuk 1 Rejab. Kira-kira lebih kurang 2 bulan lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Mana yang belum habis ganti puasa tu, jangan buat-buat lupa. Jangan sampai kena bayar fidyah.
Ambil tahu Tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2021 untuk amalan puasa sunat, doa khusus dan sebagainya pada hari-hari yang terbaik.
Dibawah saya kongsikan Kalendar/takwim Islam JAKIM dan tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2021M dan 1442-1443H. Tarikh Hijriah, tarikh Masihi, hari perayaan dan hari kebesaran Islam.
Tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2021
27 Rejab 1442H (11 Mac 2021) : Israk dan Mikraj
1 Ramadan 1442H (13 April 2021) * : Awal Ramadan / Permulaan Puasa
17 Ramadan 1442H (29 April 2021) : Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1442H (13 Mei 2021) * : Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 1442H (11 Julai 2021) : Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1442H (20 Julai 2021) *Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharram 1443H (10 Ogos 2021) Awal Muharram / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 1443H (19 Oktober 2021) Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W)
* Tarikh rasmi yang akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Kalendar Islam/Kalendar Hijriah
Kalendar Islam atau disebut juga Kalendar Hijriah adalah kalendar qamariah/lunar. Ianya dikira berdasarkan pergerakan atau fasa bulan mengelilingi bumi. Dalam satu tahu Hijriah ada 354 atau 355 hari. Bermula bulan Muharram dan berakhir dengan bulan Zulhijjah.
Kalendar Masihi
Kalendar Masihi pula adalah kalendar solar/syamsiah. Kiraanya berdasarkan pergerakan bumi mengelilingi matahari. Satu tahun Masihi ada 365 atau 366 hari. Bermula bulan Januari dan berakhir dengan bulan Disember.
Perbezaan Kalendar Islam Hijriah dan Kalendar Masihi
Perbezaan antara dua kalendar ni adalah dari bilangan hari yang terdapat dalam satu tahun. Bilangan hari dalam 1 tahun hijriah
Perbezaan bilangan hari dalam setahun Hijrah dan setahun Masihi menyebabkan tarikh-tarikh penting dalam Islam (yang ditetapkan menggunakan kalendar Hijrah) akan berubah setiap tahun Masihi.
Kalendar / Takwim Islam Malaysia 2021
Semoga bermanfaat untuk pembaca muslim untuk semakan tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam 1442H-1443H.
Disediakan oleh Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Alhamdulillah. Tak ada hutang puasa 2020. In shaa Allah akan tiba masanya untuk kita sama-sama menghadapi Ramadhan 2021.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian .
ReplyDeleteAlhamdulilah.... tapi puasa x abis ganti lagi ni... aisshhh....
ReplyDeleteKena start balik la minggudepan ...
Nice sharing :) Boleh juga gunakan kalendar ini untuk merancang puasa sunat kan?
ReplyDeleteThank you sharinggg ni kak fiza , dah settle ganti puasa dah :)
ReplyDeleteHmm memang tidak sedar bila mula tarikh puasa.
ReplyDeleteTerima kasih ingatkan.
Tq sharing fiza :)
ReplyDeleteMekasih, share, Fizah. Dah selamat ganti puasa sejak tahun lepas.
ReplyDeleteTerima kasih kongsi Fiza..
ReplyDeletethanks for sharing :)
ReplyDelete