Tersentuh Hati Baca Caption Yusry dan Lisa Surihani Bakal Timang Anak Ketiga

Mendengar berita orang lain mengandung, kita tumpang happy. Tapi yang tak bestnya bila kita meluahkan perasaan tentang anak ada pula yang suruh 'kahwin' lain. Cuba dia di tempat kita, nak ke dia kahwin lain? Itu nasihat yang paling teruk pernah saya dapat.

Takpe, saya anggap dia bergurau. 

Tahniah Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani bakal menimang anak ketiga. Yusry, pengarah dan pelakon baru mendapat gelaran Datuk baru-baru ni. Tambah pula rezeki dapat anak. Rezeki untuk dia.

Datuk Yusry juga telah mengesahkan berita Datin Lisa Surihani hamil susulan ramai peminat mula mempersoalkan bentuk badan Lisa yang kelihatan seperti berbadan dua  dalam sekeping foto yang dikongsikan di laman sosial sempena ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka berdua.

Yusry dan Lisa Surihani Bakal Timang Anak Ketiga
sumber : google



Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani kini mempunyai anak sulung perempuan yang bernama Yahaira Leanne, 6 tahun dan Yusof Leonne, 4 tahun. Apakah nama baby YL mereka lepas ni. 

Apa yang membuatkan saya tersentuh hati baca caption Yusry adalah part "Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama utk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui, dan kami mendoakan mereka , moga doa mereka dimakbulkan , Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka."

Aaminnn..terima kasih atas doa itu.
Assalamualaikum. BismillahiMasyaAllah. Selepas upload gmbr sempena ulangtahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa yang berteka teki sama ada isteri saya mengandung. Pd hari ini , ada reporter mintk pengesahan. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dgn fikiran, mungkin kali ini, “tk perlu utk pengumuman, lambat laun, orang akan tahu juga”. Anugerah minhah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla, dan ia sudah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat. Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama utk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui, dan kami mendoakan mereka , moga doa mereka dimakbulkan , Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka. Tambahan pula, dalam keadaan pandemik ini, byk lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititikberatkan. Moga Allah swt melindungi kita semua. Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan yang baik-baik untuk kami. Stay safe semua.



Berita kehamilan ni memang eloklah tuan badan dan pasangan yang sahkan. Jangan orang lain pula yang buat cerita. Kesian apa yang terjadi pada Ayda Jebat dan Nabil Mahir. Isu kehamilan ni adalah privacy selagi mana pasangan tu belum bersedia untuk berkongsi berita gembira tu.

Saya juga mendoakan semoga pasangan yang masih belum mempunyai anak seperti saya akan mempunyai zuriat sendiri nanti. Semoga Allah izinkan dan berikan peluang itu. Aaamiinn....

35 comments:

  1. Akak suka tengok perkembangan Yusry dan Lisa. Mereka ini makin merendah diri dan hati kita rasa senang dengan mereka.
    Ya moga doa mereka diperkenankan Allah. Amin.

    ReplyDelete
  2. Amin untuk doa dikurniakan rezeki buat yang sedang menanti.. Love them.. love their life... Moga dipermudahkan.. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
      Terima kasih atas doanya Nona :)

      Delete
  3. Rendah hati dan memahami situasi. Kerana mereka belajar memahami jiwa-jiwa yang sedang merintih mengharapkan zuriat. Suka dengan cara mereka ni. Menyejukkan hati. Moga mereka terus dipermudahkan segenap urusan dan proses melahirkan zuriat ketiga mereka juga lancar. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju tu. Semoga urusan mereka dipermudahkan. Aaminnn

      Delete
  4. baca juga yg dikongsikan...sronok dgr org pregnant...smoga ada rezeki juga utk fizah

    ReplyDelete
  5. saya mengaminkan doa yusri utk semua... aminnn

    ReplyDelete
  6. tumpang gembira utk pasangan ini, rezeki melimpah ruah..semoga fiza juga akan mendapat perkhabaran yang sama, sedikit masa lagi.Allah knows best when is the right time:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
      Terima kasih atas doanya kak. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn

      Delete
  7. tak tahu yusry dah dapat title Datuk. murah rezeki diorang :)

    ReplyDelete
  8. Betul tu Fizah, benda baik biarlah tuan punya badan yang umumkan.. ni tak orang lain sibuk pulak... tak sensitif betul..tumpang gembira buat mereka berdua..

    YL.. jangan Young Living sudah hahahaha.. *gurau aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang lain menyibuk tu takde keja agaknya kot. Yes, tumpang gembira juga.
      Hehe..terhibur dengar YL young Living tu :)

      Delete
  9. Alhamdulillah. Sama2 merendah diri dan memahami perasaan orang lain

    ReplyDelete
  10. Tumpang happy untuk mereka.. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  11. Tumpang gembira tengok orang nak dapat anak. Akak juga doakan yang sama untuk Fizah. Insya-Allah, ada tu rezeki tak lama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
      Terima kasih atas doanya kak. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn

      Delete
  12. Replies
    1. Alhamdulillah. Mudah mudahan urusan mereka dipermudahkan. Aaminn...

      Delete
  13. salam.. psl komen wak tuari wak nk mintak maap naa.. moga azha trus bahagia.. amin ya robbal alamien

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. eh, wak. Saya faham wak bergurau :)

      آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
      Terima kasih atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan pada wak. Aaminn

      Delete
  14. suka dengar berita orang mengandung lagi...tp Mama Yan taknak ngandung lagi dah. letih keluar masuk klinik dan spital

    ReplyDelete
  15. Suka melihat pasangan ini. Sentiasa merendah diri dan sopan santun.
    In shaa Allah, aturan Allah itu cantik Fiza. Redha terima segala ketentuannya, dan rezeki Allah itu sudah tentu diberikan pada masa yang sudah direncanakan-Nya. Mudah-mudahan akan hadir juga cahayamaya untuk Fiza dengan suami. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
      terima kasih mendoakan yang terbaik kak Amie. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn

      Delete
  16. sesuai dgn jarak umur anak kedua.. pasangan ni masih merancang keluarga. seeloknya jd netizen ni jgn memandai2 buat semua benda tahu. setengah org tak suka heboh2 sbb menjaga hati orang2 yg belum dikurniakan anak.

    semoga fiza dan suami bersabar. ada rezeki tak kemana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jaga jarak anak anak. masing masing dapat keperluan secukupnya. betul tu Nina. Belum pasti lagi dah dihebohkan.

      آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
      terima kasih atas doanya Nina. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn

      Delete
  17. Amin kan untuk yg lama menanti kehadiran sikecil ini dalam perut mommy2 luar sana :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.