Tersentuh Hati Baca Caption Yusry dan Lisa Surihani Bakal Timang Anak Ketiga
Mendengar berita orang lain mengandung, kita tumpang happy. Tapi yang tak bestnya bila kita meluahkan perasaan tentang anak ada pula yang suruh 'kahwin' lain. Cuba dia di tempat kita, nak ke dia kahwin lain? Itu nasihat yang paling teruk pernah saya dapat.
Takpe, saya anggap dia bergurau.
Tahniah Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani bakal menimang anak ketiga. Yusry, pengarah dan pelakon baru mendapat gelaran Datuk baru-baru ni. Tambah pula rezeki dapat anak. Rezeki untuk dia.
Datuk Yusry juga telah mengesahkan berita Datin Lisa Surihani hamil susulan ramai peminat mula mempersoalkan bentuk badan Lisa yang kelihatan seperti berbadan dua dalam sekeping foto yang dikongsikan di laman sosial sempena ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka berdua.
sumber : google |
Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani kini mempunyai anak sulung perempuan yang bernama Yahaira Leanne, 6 tahun dan Yusof Leonne, 4 tahun. Apakah nama baby YL mereka lepas ni.
Apa yang membuatkan saya tersentuh hati baca caption Yusry adalah part "Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama utk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui, dan kami mendoakan mereka , moga doa mereka dimakbulkan , Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka."
Aaminnn..terima kasih atas doa itu.
Assalamualaikum. BismillahiMasyaAllah. Selepas upload gmbr sempena ulangtahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa yang berteka teki sama ada isteri saya mengandung. Pd hari ini , ada reporter mintk pengesahan. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dgn fikiran, mungkin kali ini, “tk perlu utk pengumuman, lambat laun, orang akan tahu juga”. Anugerah minhah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla, dan ia sudah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat. Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama utk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui, dan kami mendoakan mereka , moga doa mereka dimakbulkan , Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka. Tambahan pula, dalam keadaan pandemik ini, byk lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititikberatkan. Moga Allah swt melindungi kita semua. Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan yang baik-baik untuk kami. Stay safe semua.
Berita kehamilan ni memang eloklah tuan badan dan pasangan yang sahkan. Jangan orang lain pula yang buat cerita. Kesian apa yang terjadi pada Ayda Jebat dan Nabil Mahir. Isu kehamilan ni adalah privacy selagi mana pasangan tu belum bersedia untuk berkongsi berita gembira tu.
Saya juga mendoakan semoga pasangan yang masih belum mempunyai anak seperti saya akan mempunyai zuriat sendiri nanti. Semoga Allah izinkan dan berikan peluang itu. Aaamiinn....
Best nya pregnant lagi.
ردحذفKann. rezeki dia :)
حذفAkak suka tengok perkembangan Yusry dan Lisa. Mereka ini makin merendah diri dan hati kita rasa senang dengan mereka.
ردحذفYa moga doa mereka diperkenankan Allah. Amin.
Setuju tu kak. Low profile dan humble :)
حذفAmin untuk doa dikurniakan rezeki buat yang sedang menanti.. Love them.. love their life... Moga dipermudahkan.. Amin
ردحذفآمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
حذفTerima kasih atas doanya Nona :)
Rendah hati dan memahami situasi. Kerana mereka belajar memahami jiwa-jiwa yang sedang merintih mengharapkan zuriat. Suka dengan cara mereka ni. Menyejukkan hati. Moga mereka terus dipermudahkan segenap urusan dan proses melahirkan zuriat ketiga mereka juga lancar. Aamiin.
ردحذفSaya setuju tu. Semoga urusan mereka dipermudahkan. Aaminnn
حذفbaca juga yg dikongsikan...sronok dgr org pregnant...smoga ada rezeki juga utk fizah
ردحذفAaminn..Terima kasih atas doanya kak :)
حذفsaya mengaminkan doa yusri utk semua... aminnn
ردحذفAamiinn..Terima kasih Anies :)
حذفtumpang gembira utk pasangan ini, rezeki melimpah ruah..semoga fiza juga akan mendapat perkhabaran yang sama, sedikit masa lagi.Allah knows best when is the right time:)
ردحذفآمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
حذفTerima kasih atas doanya kak. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn
tak tahu yusry dah dapat title Datuk. murah rezeki diorang :)
ردحذفYe, murah rezeki mereka. Alhamdulillah :)
حذفBetul tu Fizah, benda baik biarlah tuan punya badan yang umumkan.. ni tak orang lain sibuk pulak... tak sensitif betul..tumpang gembira buat mereka berdua..
ردحذفYL.. jangan Young Living sudah hahahaha.. *gurau aje..
orang lain menyibuk tu takde keja agaknya kot. Yes, tumpang gembira juga.
حذفHehe..terhibur dengar YL young Living tu :)
Alhamdulillah. Sama2 merendah diri dan memahami perasaan orang lain
ردحذفAlhamdulillah :)
حذفTumpang happy untuk mereka.. Alhamdulillah...
ردحذفAlhamdulillah. happy for them too :)
حذفTumpang gembira tengok orang nak dapat anak. Akak juga doakan yang sama untuk Fizah. Insya-Allah, ada tu rezeki tak lama lagi.
ردحذفAlhamdulillah...
حذفآمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Terima kasih atas doanya kak. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn
Alhamdulillah . . Semoga kandungan sihat
ردحذفAlhamdulillah. Mudah mudahan urusan mereka dipermudahkan. Aaminn...
حذفsalam.. psl komen wak tuari wak nk mintak maap naa.. moga azha trus bahagia.. amin ya robbal alamien
ردحذفWaalaikumussalam.. eh, wak. Saya faham wak bergurau :)
حذفآمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Terima kasih atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan pada wak. Aaminn
suka dengar berita orang mengandung lagi...tp Mama Yan taknak ngandung lagi dah. letih keluar masuk klinik dan spital
ردحذفAlhamdulillah...
حذفJika dapat rezeki tu kak :)
Suka melihat pasangan ini. Sentiasa merendah diri dan sopan santun.
ردحذفIn shaa Allah, aturan Allah itu cantik Fiza. Redha terima segala ketentuannya, dan rezeki Allah itu sudah tentu diberikan pada masa yang sudah direncanakan-Nya. Mudah-mudahan akan hadir juga cahayamaya untuk Fiza dengan suami. Aamiin.
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
حذفterima kasih mendoakan yang terbaik kak Amie. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn
sesuai dgn jarak umur anak kedua.. pasangan ni masih merancang keluarga. seeloknya jd netizen ni jgn memandai2 buat semua benda tahu. setengah org tak suka heboh2 sbb menjaga hati orang2 yg belum dikurniakan anak.
ردحذفsemoga fiza dan suami bersabar. ada rezeki tak kemana
Bagus jaga jarak anak anak. masing masing dapat keperluan secukupnya. betul tu Nina. Belum pasti lagi dah dihebohkan.
حذفآمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
terima kasih atas doanya Nina. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn
Amin kan untuk yg lama menanti kehadiran sikecil ini dalam perut mommy2 luar sana :)
ردحذف