Tiba tiba dapat bungkusan lagi. SYM Bagi!
Cerita Ahad. Pin! Pin! Assalamualaikum... bunyi hon motor depan rumah. Tengah makan dengan husband masa tu. Ehhh siapa pulak? Tak kan parcel kot. Harini ahad! Sekali jengah betul lah ada abang pos laju bermotorsikal depan pagar rumah.
Cepat cepatlah husband basuh tangan dan keluar. Husband kata dari SYM. Ohhh baru teringat SYM ada minta alamat sebab jadi salah seorang top komentator 2020 blog SYM (Siti Yang Menaip).
Hampir lupa sudah sebenarnya. Dapat je parcel, teruslah buka. Teruja nak tahu apakah kiriman dari SYM ni. Tu diaaa macam-macam benda ada dalam bungkusan ni.
![Hadiah dari blogger Siti Yang Menaip Hadiah dari blogger Siti Yang Menaip](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5L_XWgFEQdgSkqs6jQ7b6Qspb9e9WMh_O1sdGGPDC8XAB200qQXb0uQWIzccxGYZQUFZVQpIOMEHe5TND8nGM0B1HTpKVPWsK9UBgJ-xK8DRjdQqSX2yUxIk0CvTaB_MahtihqgL6UKgB/s16000-rw/hadiah+dari+blogger+SYM.jpg)
Bungkusan Keriangan dari SYM
- Face Mask Set ( Face mask, face mask extender, face mask casing)
- Sanitizer holder + 2 empty bottles
- Chocolates (Kisses Hershey's + Daim + Barnsberry milky chunky + Elvan trruffle)
- Flip flop Australia keychain
Diselitkan sekali nota comel
TOP KOMENTATOR 2020 sitiyangmenaip =)Terima kasih selalu singgah blog saya dan support semua entries..Take care dan ceria selalu.-SYM-
Alhamdulilah, bungkusan kiriman hadiah dari blogger SYM selamat sampai. Bungkusan elok, barang dalam pun elok. Semoga Siti terus dimurahkan rezeki yang berpanjangan. Aaminnn...
Blogger SYM
SYM singkatan bagi Siti Yang Menaip. Dah lama kenal dengan blog Siti Yang Menaip. Kali kedua terima hadiah dari SYM. Yang suka travel, wajib singgah blog SYM.
Penuh segala maklumat lengkap kalau travel ke tempat-tempat yang SYM pernah pergi. Kita tengok pun teruja dengan gambar-gambar travel SYM.
jom singgah : sitiyangmenaip.com
Selain tu, SYM ada kongsikan banyak makanan-minuman terbaru. Ramai dah terpengaruh dengan hasutan SYM cuba minuman dan makanan baru yang ada dipasaran.
Termasuk lah saya, mudah terpengaruh dengan rakan blogger SYM. hahaha..Siapa dah terpengaruh, sila mengaku.
Dalam post terbaru, SYM ada post closed until further notice. Apakah maksudnya? Mungkin SYM ingin berehat seketika dalam dunia blog.
Ke nak ubah mood blog, under maintainance kot. Kita nantikan kemunculan semula post dari SYM.
Terima kasih SYM, semoga dipermudahkan segala urusan. Aaminn...
nak coklat tu boleh? hehehe !! tahniah kak fiza :)
ردحذفwah! tahniah!!! orang lain dapat hadiah kite yg excited hahah
ردحذفtahniah fiza..bestnya dapat parcel..ala ala dapat kiriman peminat misteri gitu
ردحذفWahh ! tahniah sis dapat hadiah, menarik semua nye tuh
ردحذفItulah nanti Siti yang baru. Perasan dia dah tukar domain dot com.
ردحذفMemang terkejut dapat bungkusan.
tahniah fiza.. mama pun dpt juga murah hati sungguh SYM
ردحذفAlhamdulillah
ردحذفrezeki
comelnyaa hehe
ردحذفWah, macam-macam ada. Tahniah, Fizah!
ردحذفwah tahniaah :)
ردحذفAlhamdulillah tahniah Fizah.. Semoga si pemberi dan awak dikurniakan rezeki yang melimpah ruah..
ردحذفtahniah fiza..:)
ردحذفTahniah Fiza. Rindu jugak dengan SYM. Lama tak lepak sama-sama. Geng travel gak ni
ردحذفTahniahhhh... Bestnyaaaa.. Alah, dah nak stop ke.... baru nak try gak. hahaha
ردحذفtahniah kak fizah! cantik gmbr yang diambil.
ردحذفTahniah kak fiza :)
ردحذفwahhh banyak nya cekelat!!!
ردحذفseronok kan dapat hadiah... seronok bila tgk postmen singgah umah kita hahaha...
alhamdulillah...akak pulak semalam baru sampai hadiahnya..sama terkejut juga..haha..
ردحذفmaybe siti nak rehat sekejap dari berblog dan fokus dengan benda penting..
wow weee byk nya hadiahhh.... tahniah!!! cekelat tu dah abis ke belum? hahahaha
ردحذفBest dapat chocolate boleh makan. Sanitiser holder tu comel.
ردحذفtahniah fiza.. memang meriah bila unboxing
ردحذفmeriahnya hadiah, best!!
ردحذفTahniahhh
ردحذفtahniah..mcm2 dpt
ردحذفTahniah! Rezeki datang lagi. Alhamdulillah.
ردحذفAlhamdulillah.. Tahniah Fiza.. Comel botol kecik tu..
ردحذف