Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 10
Mak Wan membawa Ain yang demam ke klinik. Sewaktu perjalanan balik, Mak Wan terserempak dengan Maryam. Maryam ternampak Ain dan menegur Ain. Mak Wan hairan macamana Maryam boleh kenal Ain.
Maryam menjelaskan pada Mak Wan yang Ezla, ayah Ain tu sekampung dengannya. Barulah Mak Wan faham. Ain mengenali Maryam dan mengadu pada Maryam yang dia rindukan maknya, Rai di kampung. Mak Laila tu jahat!
Maryam menjelaskan pada Mak Wan yang Ezla, ayah Ain tu sekampung dengannya. Barulah Mak Wan faham. Ain mengenali Maryam dan mengadu pada Maryam yang dia rindukan maknya, Rai di kampung. Mak Laila tu jahat!
Mendengar kata kata Ain tu Mak Wan memutuskan perbualan dan dia meminta izin untuk pulang dengan memberi alasan yang suaminya dah lama tunggu di dalam kereta.
Maryam risau dan serba salah samada nak beritahu Pian atau tidak. Bila dia telefon, Pian reject panggilan Maryam pula.
Laila naik angin bila Ain terus menangis dan nak balik kampung. Ain kata dia nampak hantu. Ezlan memujuk Ain supaya tidak menangis lagi.
Rai berterus terang dengan Pian yang dia masih sayangkan Ezlan. Pian faham dan dia akan menyerahkan Rai semula pada Ezlan selepas semua apa yang berlaku ni diselesaikan.
Dalam masa yang sama Rai turut kesian dengan Pian sebab Pian kini suaminya yang sah. Naim pula dah berkali kali pesan pada Rose supaya tidak rapat dengan Laila. Nasihat Laila, Rose elok je dengar.
Tapi nasihat Naim, satu pun tak masuk dalam kepala Rose. Naim bergaduh dengan Rose. Rose pula tak habis habis bandingkan dia dengan adik Naim Pian yang dah membuat onar itu. Naim malas nak layankan lagi, dia terus tidur.
tangkap layar aku yang kau gelar isteri episode 10 |
Rais terjaga dari tidur. Dia terdengar sesuatu dan nampak bayang bayang di bawah pintu bilik. Dia bangun dan pergi ke sebuah bilik dimana dia mendengar suara itu.
Bilik itu adalah bilik pemujaan Laila. Sedang dia duduk diluar pintu memerhati Laila sedang membuat sesuatu, darah menitis atas tangannya dan dia menjerit.
Rai bermimpi Rais anaknya hilang di hutan. Dia memanggil manggil nama Rais tapi masih tak berjumpa dengan Rais. Sampai di sungai, Rais muncul di celah celah batu. Mata Rais merah seperti dirasuk.
Rai nampak Rais. Dia terkejut dan menjerit lalu terjaga dari tidur. Mendengar Rai menjerit dia terus masuk ke bilik. Pian menemani Rai tidur di dalam bilik.
Laila bawa Rais ke kolam renang dan membenamkan muka Rais ke dalam kolam renang yang besar tu. Ain terjaga dan melihat abangnya tiada disebelahnya.
Ain bangun, dia memanggil manggil nama abangnya. Dia terkejut melihatnya abangnya terkapai kapai dalam kolam renang. Ain menjerit, Abang!!!
Naim berjumpa dengan Ezlan. Ezlan seperti orang tak betul. Ezlan bingung. Laila kata Rais jatuh kolam. Ain kata Rais lemas. Ezlan risau kalau hak penjagaan anak-anak akan ditarik semula.
Naim telefon Pian untuk membantu anak-anak Ezlan. Pian dah redha dengan takdirnya. Pian pun macam dah mula suka pada Rai.
Laila jumpa Cik embun. Laila rimas dengan anak-anak Ezlan dan dia tak bahagia dengan Ezlan selagi anak-anak Ezlan masih tinggal bersama dengannya.
Mak Lang bertanyakan pada Rai tak rindu dengan anak-anak ke? Rindu mak, Rai menjawab. Ezlan? Tanya Mak Lang lagi. Tiba-tiba Pian muncul.
Pian terdengar perbualan Mak Lang dan Rai tapi dia buat macam tak mendengar apa-apa. Mereka semua menjamu selera bersama. Selesai makan, Pian keluar berjumpa kawan-kawannya untuk mengadu sebaliknya diperli pula.
Hadi dan Sarah selamat berkahwin. Sedang mereka sedang menonton TV, Laila muncul. Laila bengang dia tak dijemput dalam perkahwinan mereka.
Ezlan masuk ke dalam bilik anak-anaknya. Anak-anaknya mengadu takut untuk tinggal di rumah mak Laila tu.
Ezlan mendekati Pak Darus. Ezlan berasa pelik dengan rumah Laila. Ezlan meminta Pak Darus berterus terang apa yang dah berlaku. Pak Darus menyuruh Ezlan berfikir dan kembali ke jalan Allah.
Ezlan masuk ke dalam bilik anak-anaknya. Anak-anaknya mengadu takut untuk tinggal di rumah mak Laila tu.
Ezlan mendekati Pak Darus. Ezlan berasa pelik dengan rumah Laila. Ezlan meminta Pak Darus berterus terang apa yang dah berlaku. Pak Darus menyuruh Ezlan berfikir dan kembali ke jalan Allah.
Hadi pergi ke pejabatnya untuk mengambil semua haknya. Hadi menyelongkar pejabat yang telah diambil Laila. Hadi terjumpa patung dalam kotak. Sarah nasihatkan Hadi supaya tidak berjumpa dengan Laila lagi.
Maryam menghantar message pada Pian. Pian malas nak melayannya. Dia pelik kini Maryam pula yang sibuk dengan rumahtangga orang lain.
Pian dah mula sukakan Rai tapi Rai masih belum ada hati lagi untuk Pian. Pian terlalu muda untuknya.
Bersambung...
berpusing pusing cerita ni.. hehe.. :)
ReplyDeleteTerlepas pulak drama ni
ReplyDeleteMakin menjai-jadi ye si Laila ini..
ReplyDeletewah detail betul fiza tulis terasa macam tengok episod ni sendiri plak
ReplyDeleteGeram dan sakit ati tonton drama ni kelmarin. nantilah simpan dulu rasa tu, ada masa nak tonton sepenuhnya.
ReplyDeletePian sudah ada perasaan pada Rai.
ReplyDeleteLaila boleh pula marah Hadi tidak jemput ke majlis kahwin.
kenapa laila ? huaaa
ReplyDeletepunya taksub smpi ada bilik pemujaan sendiri eee
ReplyDeletemacam ni nice..one by one plot dia fiza cerita..kalo tak tengok pun takpe, bole baca sini aje..👍
ReplyDelete