Instagram Reels Ala Aplikasi Tik Tok

Is instagram reels available in malaysia? Oh yes! Finally 23 Mac 2021, 2 hari lepas Instagram Reels and Music to instagram stories telah dilancarkan di Malaysia oleh syarikat milik Facebook. 

Instagram reels countries yang lain seperti Brazil, AS, UK, Jepun, dan Australia telah lama menikmati fungsi 'Reels' ni.

Kemunculan Reels dan music to instagram stories ala aplikasi TikTok ni bakal menjadi pesaing TikTok mungkin? Sebelum ni aplikasi TikTok jadi isu juga di beberapa buah negara. Amerika siap banned aplikasi TikTok. India pula melarang penggunaan aplikasi TikTok.

Di Malaysia, isu dia dulu ramai kecam TikTokers. Sejak PKP ramai pulak yang jadi TikTokers nya.

Reels Instagram

Reels adalah pembuatan dan perkongsian video pendek yang dikongsikan di instagram. Reels sama seperti aplikasi TikTok boleh rakam, edit klip video yang banyak, simpan klip video, kongsi audio dan banyak lagi.

Instagram Reels Ala Aplikasi Tik Tok

Pengguna juga dapat mengenalpasti klip dan lagu yang trending sekarang. Reels juga memperkenalkan fungsi bookmark video untuk memudahkan pengguna menonton semula. Segala fail audio yang disimpan, boleh ditemui semula dalam folder Audio di bahagian simpanan instagram.

Instagram reels length

Video boleh dirakam dan di edit selama 15 saat sehingga 30 saat dengan audio, effects dan fungsi baru yang lebih kreatif. Ciri 'Save Audio' dapat memudahkan pengguna untuk menyimpan suara dalam aplikasi dan guna klip Reels sendiri.

Instagram reels not showing?

Kalau masih tak ada, mungkin perlu update aplikasi instagram masing-masing. 

Selain itu, terdapat juga fungsi perekat (sticker) muzik untuk ditambah dalam instagram stories atau facebook. Menariknya, ada juga paparan lirik di stories dan boleh menyalin muzik pada profil instagram dan facebook.

Instagram reels dimensions

instagram stories- ratio 9:16 (1080 x 1920)
newsfeed - ratio 4:5 portrait (1080 x 1350)
page feed - ratio 1:1 square format 1080 x 1080

Dengan kemunculan Reels ni, tak perlu dah nak install aplikasi TikTok. Saya baru je install TikTok, tak sempat explore lagi. Kononnya nak belajar trick dan tips photography.

Ini dah muncul Reels, terbantut niat nak explore kat TikTok tu. Tak tahu nak explore mana satu dah ni. Banyak nau aplikasi best best. Mahu penuh handphone dengan segala aplikasi. Sudahnya tak tahu nak guna mana satu. Kah!

13 comments:

  1. semakin banyak fungsi Instagram. Perasan juga pasal reels tu tapi tak tahu fungsi nya apa. TQ Fizah share info

    ReplyDelete
  2. da mencemar duli gak buat reel pertama semalam..hahahha...ye lbih kurang macam tiktok tapi tiktok sekarang da boleh sampai 3 minit..dan tiktok ade page berasingan untuk tiktokers yang kita follow..reels ni semua masuk kat feed reels tu, banyak stranger..nak harap kita punya naik entah bila ek...hhahaha

    ReplyDelete
  3. tiktok pun k ret x tau hahaah...
    IG suka letak gmbr je...
    nk msk story pun pilih2 jgk ikut mood..
    lagi nak esplore reel pulak. aisshh.... takut kang terover2 plak kita hahaha...

    ReplyDelete
  4. perasan jugak semalam benda ni kat instagram :)

    ReplyDelete
  5. Baru perasan semalam. Kenapa IG rabia jd mcm tu . kalau dkt IG suka post gmbr je.

    ReplyDelete
  6. Hehe ada sahaja aplikasi dan teknologi baru. Akaun Instagram pun tiada lagi. Hehe. Bukan jenis ikut trend.

    ReplyDelete
  7. Padan la dah lain nampak layout instagram..baru perasan begini haaa ^_^

    ReplyDelete
  8. tiktok memang tak pernah download. oh itu fungsi reel rupanya

    ReplyDelete
  9. Owh.. patutlah nengok lain layout IG.. ada pertambahan penggunaan rupanya..

    ReplyDelete
  10. Memacam behtuls...Kalau rajin t baru explore..hehee..

    ReplyDelete
  11. dah tak guna instagram, memang xtahu la apa function yg latest..hehe

    ReplyDelete
  12. memula tgk kompius jg... betul ke ni IG punya? hahaah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.