iPhone 12 Pro Max, Love To The Max!

Kira-kira  macam lambat lagi nak dapat iPhone idaman. Setahun lebih mengidam nak iPhone Boba 3 camera tu, know know (baca : tahu-tahu) rezeki dapat iPhone 12 Pro Max terus. Alhamdulillah...

Walaupun agak hampa sebenarnya bila tahu iPhone 13 series akan keluar tak lama lagi. Dia macam tak menyempat betul nak keluar yang baru padahal iPhone 12 baru keluar kot, kan? Tak sempat nak beramah mesra dengan 12, 13 dah say hai. Ish ish ish, rilek dulu boleh tak?

iPhone 12 Pro Max
shot on iPad Air


Welcome iPhone 12 Pro Max Pacific Blue. Terpaksa melepaskan iPhone 6s kesayangan pergi ke tuan baru pada suami. Tak jauh pun pergi dia. Banyak jasa iPhone 6s guna sejak 2017. Tak pernah rosak cuma pernah tukar glass lens je. 

Calar pun tidak. Macam handphone baru. Tapi sekarang battery health pun 69% macam kena tukar dah tu. Dulu teringin nak iPhone 8 Blush Gold tapi satu gold series pun tak pernah merasa. 


Dengan pembelian iPhone 12 Pro Max, didatangkan dengan USB-C to Lightning Cable (1 m) tanpa adapter. 

USB-C to Lightning Cable (1 m)
shot on iPhone 12 Pro Max



Nak tak nak kena juga beli adapter baru sebab tak compatible dengan adapter lama. haiyooo, kena beli juga.

Adapter iPhone 12 pro Max
shot on iPhone 12 Pro Max

Self Reward, Birthday Gift

Self reward untuk diri sendiri merangkap birthday gift sebab dapat sebelum berakhirnya bulan February 2 hari lepas. Pelaburan modal yang besar untuk @photographeeza. Walaupun sendu tak ada projek juta juta macam Megah Holding. Tapi takpe nak jugak teruskan untuk hobi sendiri.

Ambil gambar itu satu kepuasan. Setiap orang berbeza minat dia. So boleh faham dan jelas di situ.

Sesambil tu kita boleh tambah duit poket tepi sikit. Ye, gambar boleh dijual. Boleh dijual di shutterstock, dreamstime, fotolia, istockphoto. Kalau ada rezeki boleh tambah duit lebih macam tu.

Setakat ni baru berjaya masuk shutterstock. Baru lepas 2 gambar je. Susah juga nak lepas masuk shutterstock tu. Kena baca betul-betul rules dan kriteria gambar yang terpilih. Tapi setakat ni belum ada pembeli dan belum menjana pendapatan dari situ.

Cuba dulu tak salah kan. Mungkin dengan adanya si Pacific Blue ni dapat membantu. Mana lah tahu perkhidmatannya dapat majukan lagi langkah saya ke depan dengan lebih laju. 

Sejak menggunakan iPhone dan iPad, saya rasa serasi dengan iOS. Performance dia better dan laju berbanding android. Melabur lebih sikit untuk kualiti. iPad Air tu lagi lama, edisi awal dulu tahun 2014. Sampai sekarang masih okay. Cuma baru baru ni ada problem speaker. tapi pakai earphone okay.

iP 12 Pro Max iP 6s iPad Air
shot on Sony T2 ultra

Kenapa pacific Blue? Kita lari sikit dari yang biasa. Warna Pacific blue ni menarik dan nampak nice juga sebenarnya. Saiz agak besar dan memang tak cukup besar tangan ni nak handle. Tambah lagi berat besi dia. 

Walaupun ada yang tak suka dengan design iPhone 12 Pro Max yang curve dia kurang cantik macam iPhone 5S tapi saya okay. Janji battery tahan lama, waterproof, gambar low light cun. Kalau tidak bergaduh dengan cahaya malap gambar kelam je.

Sebenarnya banyak smartphone yang bagus dan banyak pilihan. Tapi sebab dah biasa dengan iOS, so setia dengan dia je lah. Beli pun bersebab.

Lepas ni no more shot on iphone 6s. Gambar pun lebih better lagi lah nanti. Harap begitulah, jangan bila ada yang baru mood kau ke laut pacific blue. Mentang-mentang kau pilih pacific blue. 

Biasa lah mood turun naik ibarat laut, ada pasang surutnya. Itu biasa. Yang tak biasa, bila kau malas tapi bagi alasan tak ada mood.

Alhamdulillah..pernah berangan percuma nak iPhone 12 pro max, untung-untung dapat. Itu namanya rezeki. Terima kasih husband dan diri sendiri juga. Ayuh, penuhkan tabung semula. Bajet macam beberapa bulan lagu baru dapat.

Dapat awal dari jangkaan. Boleh lah cop sebagai hadiah birthday tahun ni. Pssttt..i-sinar takde kena mengena dalam ini cerita. Apply pun tidak. Pecah tabung cap ayam upah untuk kebahagiaan diri sendiri. Lain orang lain self reward dia. Tak gitu?

click here for more details about iphone 12 pro max

17 comments:

  1. OMG, bestt betul nih ! Tahniah sis, bestnya dapat reward diri sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Terima kasih. Semoga ada rezeki untuk awak juga. Aaminnn

      Delete
  2. kita x pernah pakai apple wak....
    mmg dari dulu smp la ni mmg suka android je hehehe...
    tak mampu barangkali :p

    ReplyDelete
  3. tahniah kak fiza kasi self reward pada diri sendiri. Aien tak pernah pakai Apple punya gadjet, jd tak tau. hehe

    ReplyDelete
  4. wow!! tahniah..saya pun peminat dan pengguna phone ios.Memang masing-masing punya citarasa kan.Reward diri sendiri satu hal, yg penting kita ada plan dengan gadget baru tu..proud of u..gambar2 yg fiza upload kat blog pun lawa2..level pro punya photographer..:)

    ReplyDelete
  5. Tahniah.
    Wak mampu pakai hp cap aiyam aje

    ReplyDelete
  6. Tak perasan HP ada berapa kamera, rupanya Hp ada 3 kamera pun ada. Tengok gambar-gambar Hp dengan 3 mata kamera tu, Kak Amie pun terbalikkan belakang hp kakak, ada 4 kamera pulak!

    ReplyDelete
  7. tahniah..investment & reward utk diri..semoga terus maju bersama pro max!

    nak intai shutterstock..hehe..

    ReplyDelete
  8. Wow... Tahniah.. best tuuuuu.. rezeki sangat wooo... Betul betul self reward nih.. hihi... Xpernah guna ios... mcm x mesra dgn sy... muahahah... bersama android lagi wt mse ni.. huhu

    ReplyDelete
  9. Tahniah.. saya dari dulu teringin pakai iphone tapi tak dapat lagi, kena tunggu dah kerja nanti.. Tapi sekarang kumpul duit nak beli ipad dulu sebab phone android yang ada ni pun baru lagi hehe

    ReplyDelete
  10. Doakan saya tengah kumpul duit utk beli iPhone 😂🙆

    ReplyDelete
  11. Sampai masuk mimpi telefon Fiza ini.
    Hehe tetiba teringin juga.
    Apapun tahniah. Suka tengok gambar-gambar Fiza di blog.

    ReplyDelete
  12. cantik jugak warna pacific blue tu. tahniah sebab dapat reward diri sendiri dengan device yang berkualiti. Labur lebih sikit untuk improvement dalam skills kita apa saalahnya kan ;)

    ReplyDelete
  13. waaa waaa waaa !! I am so jealous !!!! tgh kumpul duit nak beli 12 mini ni ! hahahah sabarrr atie sabarr

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. Anggap ni investment untuk bekerja lebih gigih lagi. Telefon sekarang dah boleh buat macam-macam. Tahniah dan selamat menabung kembali. Jaga ipong elok2

    ReplyDelete
  15. cantiknya..sgt berbaloi hadiah untuk diri sendiri :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.