Kekampungan

Morning! Hujan kejap dan sejuk pagi ni. Semalam kat kampung tak sempat nak update blog dan blogwalking. Bila dah balik kampung, tak mungkinlah nak hadap laptop. Tapi stand by jugalah bawa kot ada kerja emergency ke kan.

Lega sikit boleh merentas daerah ni. Boleh settlekan banyak urusan dan boleh juga lah melangkah jauh sikit balik kampung Kolo Pilah (baca : Kuala Pilah). 

Balik Johor belum boleh lagi, sabajap! Harap harap tak lama lagi boleh merentas Negeri pulak.

kekampungan

[ke.kam.pu.ngan] | ککامڤوڠن

Definisi : bersifat kampung (peng­hidupan, keadaan, adat resam, dll), (masih) berasaskan kebiasaan (tradisi dsb) yg dipegang atau diikut penduduk kampung: ia mencemuh cara hidup kita yg dianggapnya - Kamus Dewan Edisi Keempat
Balik sekejap pun jadi lah, kan. Bila dah sampai kampung tu, inilah aktiviti seorang yang bernama Fiza. Ambil gambar! Rindu dengan natural light yang terang. 

Pulak tu tengah musim panas sekarang ni. Tak payah struggle mencari cahaya untuk hasilkan gambar yang cantik dan sharp.

Lepas tu tak perlu beria nak edit. Sikit-sikit sudah. Ikutkan nak je ambil gambar macam-macam. Tapi, cuaca kemain terik lagi. 

Walaupun kampung penuh dengan pokok-pokok tapi tetap rasa panas bahang tu. Angin sikit pun tak bertiup.

Bunga ros kampung

Bunga ros kampung

Pokok bunga ros kampung pokok dia rendang tinggi sikit. Mak tak jaga sangat pun. Tak ada trim bagai tapi saya perasan pokok ni sentiasa berbunga dan hidup elok tanpa penjagaan rapi. 

Pernah nak cuba tanam guna keratan batang tapi tak hidup. Mungkin tak sesuai dengan suasana bandar. Atau kena guna kaedah tut. Tak pasti. 

Selain nama ros, dipanggil juga dengan nama mawar. Baunya harum, kalau ramas-ramas kelopak bungannya lagi berbau kuat. Buat mandi bunga best ni, ada lagi orang mandi bunga?

Pokok Buluh Hiasan

Pokok Buluh Hiasan

Pokok buluh hiasan ni hidup renek macam semak. Tak tahu apakah nama dia. Daun dia kecil-kecil je. Ambil dekat rumah mak kat Segamat tanam dekat rumah mak kat Pilah. 

Tapi bila bawa balik tanam dalam pasu tak mahu dia hidup. Sakit pula hati kita. Rimbun-rimbun cantik boleh buat hiasan macam pagar kalu rajin trim.

Buah belimbing buluh

Buah belimbing buluh

Sebelah rumah mak semak betul. Lalang lalang dah meninggi diri. Salah satu sebab balik kampung, husband nak meracun semak lalang yang dah naik meninggi diri. Mak pun dok risau lalang dah naik tinggi. Risau lah kot binatang ke apa berkampung kat situ.

Sebelum meracun, ambil dulu buah belimbing yang tengah musim berbuah ni. Ambil banyak-banyak buat stok. Simpan dalam peti ais. Nak buat sambal ke gulai ke kita letak belimbing buluh gantikan asam keping.

Tapi, asam keping pun dapat juga. Mak sempat buat sebab ada buahnya kat belakang rumah. Habis dibuat asam keping. Sedang elok musim panas ni, cepat kering jadi asam keping.

Asam Keping Homemade

Asam Keping Homemade

Stok yang dibawa balik. Lumayan betul dapat fresh from kampung.

bekalan dari kampung

Hari ni sejuk dari pagi sampai lah ke petang. Mendung berselang seli dengan hujan. 

14 comments:

  1. Sesekali balik kampung memang best kan...macam- macam hasil kampung boleh bawak balik...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat balik kampung :)

    ReplyDelete
  3. best kan kat kampung...semua nak petik je.

    ReplyDelete
  4. Banyak buah tangan diterima dari kampung. Banyak juga stok asam keping. Belimbing buluh itu buat sambal hitam sedap juga.

    ReplyDelete
  5. smlm hujan lebat kat umah wak (yg ini).. ;p

    ReplyDelete
  6. cantik nya semua gambar. guna fon or dslr?

    ReplyDelete
  7. Seronoknya dapat balik kampung. Geram tengok belimbing buluh tu.

    ReplyDelete
  8. gemok-gemok belimbing buluh tu..teringin pulak nak makan sambal belimbing buluh..

    ReplyDelete
  9. Lama behtul tak balik n9... Ehh. sy suka tengok warna pokok bunga ros itu! Lembut aje... Sedap mata memandangnyaaa... Huhuu

    ReplyDelete
  10. Lama behtul tak balik n9... Ehh. sy suka tengok warna bunga ros kampung itu! Lembut aje... Sedap mata memandangnyaaa... Huhuu

    ReplyDelete
  11. Kalau dh balik kg tu mcm2 boleh buat. Betul ada pokok2 pun masih rasa bahang. Mlm pun sama

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.