Kelebihan Nisfu Sya'ban Dan Amalan Nisfu Sya'ban Yang Digalakkan
Bulan Sya'ban adalah bulan yang mulia dan banyak peristiwa besar berlaku di pada bulan Sya'ban dalam sejarah Islam. Bulan Sya'ban juga digelar sebagai bulan penuh Rahmat.
Antaranya peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Sya'ban adalah pemindahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa menuju kaabah. Satu lagi peristiwa Israk dan Mikraj ini mempunyai hubung kait dengan perintah menunaikan ibadat solat.
Nisfu Sya'ban 2021 jatuh pada tanggal 28 Mac, Ahad. Malam Nisfu Sya'ban bermulanya waktu maghrib bermaksud kita dah memasuki pertengahan bulan Syaban. Bermakna, kita akan bertemu bulan Ramadhan tak lama lagi.
Nisfu Syaban adalah
Nisfu Sya'ban (Nisf bermaksud separuh) merupakan peristiwa hari ke-15 dalam bulan Sya'ban tahun Hijrah. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bermaksud setengah.
Nisfu Sya'ban adalah setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban pula adalah malam ke-15 Sya'ban iaitu siangnya 14 haribulan Sya'ban.
Kelebihan Nisfu Sya'ban
Malam Nisfu Syaban merupakan salah satu malam yang sangat istimewa selain malam Lailatul Qadar. Umat Islam dianjurkan untuk menghidupkan bulan Sya'ban dengan memperbanyakkan ibadah membaca Al-Aquran, beristighfar, bertaubat, berdoa, solat hajat dan menambah ibadah yang lainnya untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Pada bulan Sya'ban juga Allah SWT membuka pintu keampunan seluas-luasnya untuk Umat Islam memohon keampunan. Sesungguhnya berdoa pada malam nisfu Sya’ban adalah mustajab.
Firman Allah SWT:فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًاMaksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun”. [Nuh:10]
Walaupun tiada amalan khusus untuk diamalkan pada malam Nisfu Sya'ban seperti yang dijelaskan oleh Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al -Bakri. Umat Islam dianjurkan untuk mengambil peluang untuk mengisi malam Nisfu Sya'ban dengan perbanyakkan amal ibadah.
sumber : Irsyad Al-Hadith |
Amalan Nisfu Sya'ban ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum dan dianjurkan untuk mengamalkannya.
Amalan Nisfu Sya'ban yang digalakkan
1. Puasa sunat
Mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW, umat Islam digalakkan membanyakkan puasa di bulan Sya’aban.
2. Membaca surah Yasin
Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya membaca al-Quran. Setiap huruf yang dibaca akan diberi ganjaran pahala berganda. Surah Yasin adalah satu surah dalam al-Quran yang boleh diamalkan.
3. Berdoa
Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa doa itu senjata orang mukmin. Allah SWT memerintah hamba-Nya berdoa nescaya Allah SWT akan memperkenankan doa mereka.
4. Mengadakan majlis kenduri
Nabi Muhammad SAW menggalakkan umat Islam bersedekah dan mengeratkan silaturrahim. Mengadakan kenduri juga merupakan perhimpunan sanak keluarga.
5. Bertahlil
Kerana berpendapat tahlil itu mengandungi bacaaan dari ayat al-Quran, zikir, berdoa dan beristighfar mohon keampunan Alah SWT terhadap keluarga yang meninggal dunia agar dicucuri rahmat ke atas rohnya.
Amalan-amalan yang disebutkan boleh diamalkan dalam bulan Sya’aban, tiada pula disunatkan kerana bulannya, hari atau malamnya tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunnahan ibadah tersebut.
sumber : muftiwp
salam Nisfu syaaban
ReplyDeletealhamdulillah
insyaallah
Semoga dipermudahkan. Aaaminn
Deletealhamdulillah..
ReplyDeletetq atas perkongsian.. =')
xsabar nk jumpa bulan ramadhan.. hihi
sama-sama.
DeleteTak lama je lagi nak sambut Ramadhan :)
Salam Nisfu Syaaban :)
ReplyDeleteSalam Nisfu Syaaban :)
Deletethanks 4 sharing. yg berpuasa hari ni selamat berpuasa ;-)
ReplyDeletesama-sama :)
DeleteSalam nisfu syaaban! Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t :)
ReplyDeleteAalam Nisfu Syaaban.
DeleteMudah-mudahan. Aaminn
Sedar-sedar sudah masuk pertengahan Syaaban.
ReplyDeleteAlhamdulillah moga kita pertingkatkan amalan menuju Ramadhan.
Sekejap masa berlalu kak.
DeleteAaminn...
nampak bulan mengambang x mlm tadi? 😅
ReplyDeleteTak nampak wak sebab tak keluar rumah pun :)
DeleteTerima kasih atas perkongsian..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Perkongsian ilmu yang baik. Moga bermanfaat untuk semua.
ReplyDeletesalam nisfu syaaban
ReplyDeleteAlhamdulillah. Pengisian di bulan mulia dengan amal ibadah mampu menambah taqwa dan dekat diri kepada Yang Maha Esa.
ReplyDeleteSalam Nisfu Syaaban.. Moga kita sampai ke Ramadan 2021 ni dan seterusnya... Amin ya Rabb!
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDeletedah lepas nisfu sya'aban, maksudnya tak sampai dua minggu lagi nak masuk Ramadhan..
ReplyDeletethank you sharing kak fiza
ReplyDeletethank you sharing kak fiza
ReplyDelete