Kisah Peluang Kedua

Peluang kedua, lagu single kelima Nabila Razali bergenre kan balada yang dikeluarkan pada April 2020. Hampir setahun dah lagu peluang kedua keluar. Siapa pernah tengok drama "Seindah Tujuh Warna Pelangi" yang juga merupakan lakonan Nabila Razali bersama Aeril Zafril, lagu peluang kedua dijadikan lagu tema/ost drama tersebut.

Istimewa lagu peluang kedua ni, ianya rakaman pertama Nabila di bawah pengurusannya sendiri iaitu Nabila Entertainment. Kira istimewa lah untuk Nabila Razali. Tapi dalam situasi sekarang, mesti dia rasa sangat down gila dengan peluang kedua.

peluang kedua nabila razali
sumber : google


Dalam separuh Akhir Muzik Muzik 35, peluang kedua Hael husaini menggantikan Nabila Razali disebabkan masalah kesihatan. Lagu peluang kedua berjaya menjadi salah satu 12 finalis AJL 35. Tahniah untuk lagu peluang kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF.

Peluang kedua ada banyak versi. Versi Nabila Razali, Versi Hael Husaini, Versi Han Byul, Versi Meer Nash (Mandarin cover) dan ramai lagi yang cover lagu peluang kedua ni.

Tak lupa juga peluang kedua Nabila  Razali ft MK K-Clique. Macam best pulak bila tambah part MK Rap tu, kan? Walaupun ada yang kata tak kena. Lain orang lain selera pendengaran dia. Dan bukan mudah pun nak puaskan hati orang. 

Judul lagu : Peluang Kedua
Penyanyi : Nabila Razali 
Komposer : Hael Husaini & MFMF
Lirik : Hael Husaini & MFMF

Lirik lagu peluang kedua Nabila Razali, MK Rap

Sepi
Menghukum diri kembali
Untuk mengalirkan air mata
Tanpa henti
Lagi

Sepi
Menghasut diri kembali
Untuk memikirkan tentang kita
Tanpa henti
Lagi

Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila ku tak sempurna
Engkau bisikkanku yang paling sempurna
Di matamu, hanya aku

Maaf, andai kau terluka
Maaf, ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu, sesalku
Maaf, kerna aku pun terluka
Pintaku hanya peluang kedua
Rasa cinta darimu

Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku

Bila ku tak sempurna
Engkau bisikkanku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku

Dan andai terbuka hatimu
Ku di sini menunggu dan terus menunggu
Dirimu
Kembalilah, sayang
Kepadaku

(lirik lagu peluang kedua part mk)

Maaf, aku terluka, Hilang kata bermakna
Hilang di depan mata, Hilang begitu saja
Bintang sudah ku ukir, Janji sudah kau mungkir
Walau di dalam luka, kau ajar ku berjuang
Sayang takkan terbuang, adakah ini peluang
Maaf rindu dalam halaman hati bila kau hilang
Selagi akan terang, cahaya sinar bintang

Maaf, andai kau terluka
Maaf, ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu, sesalku
Maaf, kerna aku pun terluka
Pintaku hanya peluang kedua
Rasa cinta darimu

Hu-uu hoo-oo

Rasa cinta
Rasa cinta
Darimu

Kisah lagu peluang kedua

Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang inginkan peluang kedua untuk membetulkan kesilapan dalam perhubungan dengan pasangannya.

13 comments:

  1. rezeki dia untuk popular dengan cara yg perit

    ReplyDelete
  2. kesian bila ramai sangat kecam dia..hehe

    ReplyDelete
  3. Moga tabahhh.. sy mmg x minat lagu ni.. walaupun org lain nyanyi.. err...

    ReplyDelete
  4. Terlampau ramai kecam dia, ramai cakap dah banyak bagi peluang tapi still terkucil. Tapi masa rehearsal, elok je. Maybe nervous kot masa live so terkucil. Terpaksa terima walaupun kena kecam. Tak boleh nak buat apa huhuhu.

    ReplyDelete
  5. kecam nabila ni bt apa. baik bg sokongan. bukan mudah nk bt live tanpa rasa gugup

    ReplyDelete
  6. suka versi yang ada MK..rasa sedihnya tu sampai ke hati...

    ReplyDelete
  7. Lagu dia best..shida pun suka nyanyi kdg2 kalau teringat peluang kedua ni :)
    Kisah AJL35 nab..tu biar la dia setel sendiri..xyah kita keruhkn keadaan lg..
    Manusia tak sempurna kan :)

    ReplyDelete
  8. Suka sangat lagu Peluang Kedua by Nabila ni. Tak tengok AJL. Hihi. Tetap support dan bukan memberi kecaman. Sebab tak suka condemn2 orang. Anggap takda rezeki menang dalam AJL. Apa yang terjadi bukan kehendak empunya diri. Dia dah lakukan yang terbaik. Terus maju jaya ya Nabila Razali :)

    ReplyDelete
  9. Harap ada peluang lagi untuk Nabila. Penting bangkit semula walaupun jatuh banyak kali.

    ReplyDelete
  10. betul, bukan mudah utk puas kan orang kan .. mulut org takleh tutup

    ReplyDelete
  11. viral turut mempemes kn lg lagu ni hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.