Lee Zii Jia Wira Negara!

Nama Lee Zii Jia trending di media sosial malam tadi. Tahniah Lee Zii Jia merangkul gelaran Champion All England Open Badminton Championship 2021 (Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England).

Perlawanan akhir kejohanan badminton terbuka seluruh England malam tadi sangat sengit dan mendebarkan. Lee Zii Jia vs Viktor Axelsen yang merupakan pemain No.2 Dunia dari Denmark. Bukan calang-calang lawan Lee Zii Jia tu.

Biodate Lee Zii Jia

Lahir pada 29 Mac 1998 dan berasal dari Alor Setar, Kedah. Lee Zii Jia adalah anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng, guru dan bekas pemain bola keranjang antarabangsa.
 
Mula aktif dalam sukan badminton pada tahun 2016. Beliau adalah anak didik kepada Indra Wijaya, Misbun Sidek dan Hendrawan. Pada tahun 2019, beliau telah menjuarai acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Asia Tenggara 2019. Kini beliau merupakan seorang pemain badminton Malaysia. sumber : wikipedia

Lee Zii Jia Juara  All England Open Badminton Championship 2021

Walaupun perlawanan akhir menentang Viktor Axelsen sangat sengit malam tadi, tapi Lee Zii Jia permainan cemerlang dan berstrategi tu berjaya menjadikan Lee Zii Jia sebagai juara.
 
Tahniah sekali lagi Lee Zii Jia, Anda Adalah Wira Negara! 

Lee Zii Jia Juara  All England Open Badminton Championship 2021
sumber : BWF | TM-Digital Malaysia

Itulah semangat sukan yang dicari. Bak kata pepatah "Majulah Sukan Untuk Negara". Akhirnya ada juga pelapis pengganti Wira-wira lagenda negara yang pernah cemerlang dulu. Datuk Misbun Sidek, Razif Sidek, Jalani Sidek, Rahman Sidek, Rashid Sidek, Roslin Hashim, Hafiz Hashim, Dato' Lee Chong Wei dan ramai lagi. 

Another Lee yang bakal menjejaki langkah pemain Legend negara selepas Dato' Lee Chong Wei. 

Malam tadi tengok Game PRK vs JDT pun berdebar gak. 2-2, Seri pun jadi lah. Lama tak layan Liga Malaysia sejak Covid ni. Dah berapa game ni, 2 kali dah JDT seri. Ayuh Johor!

13 comments:

  1. Bukan biasa biasa lawan zii jia ni. Pemain no 2 dari Denmark kot. Hebat gila!

    ReplyDelete
  2. dah lama x layan badminton..tahniah zii jia, tahniah Malaysia..

    ReplyDelete
  3. berdebar je tengok perlawanan sengit dia dengan axelsen. Muda lagi orangnya. Tadi dngar kat radio mcm dia dah 29 tahun je... salah telinga ni.. haha

    ReplyDelete
  4. DLCW mng all england ms umur 27. LZJ baru 23. kalau tak cedera pnjg n prestasi kekal, x mustahil akan hadir emas olimpik pertama

    ReplyDelete
  5. Stress masa tengok game ni. Kerap tukar channel sebab takut kalah macam mix double in semi. Dah elok leading 7 point kena potong. Semoga karier LZJ terus bersinar

    ReplyDelete
  6. Hehe tertinggal keretapi untuk tahu siapa pemain badminton sekarang.

    ReplyDelete
  7. wahhhh memang betul ni, boleh jadi pengganti Lee Chong Wei!

    ReplyDelete
  8. Terbaiklah anak Malaysia.. Semoga terus cemerlang..

    ReplyDelete
  9. Hebatnya wira badminton negara! Tahniah. Majulah sukan untuk negara.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.