Matcha Honey vs Mango pop

Agak panas dan kejap kejap rasa redup sikit hari ni. Petang petang ni mulalah mata mengantok. Ini kalau disorongkan bantal, mahu terlelap sejam dua. Tapi dalam otak ni fikir banyak benda kena buat lagi oiii, jangan mengada-ngada nak terlelap.

Tekak rasa kering, macam nak sesuatu yang manis bersemut. Tapi tak nak manis potong kaki. Yang sedang-sedang saja sudah. 

Dapat minum air yang sejukkan tekak pun sedap juga. Husband belikan air matcha honey dan mango pop dari Tea Hunter. Last beli bulan lepas. Kiranya bulan ni tak beli lagi lah. Ada gap panjang tu maksudnya bukan lah selalu membeli.

Matcha Honey

Pertama kali mencuba minuman matcha/green tea/teh hijau yang dicampurkan dengan manisan honey/madu. Sumpah sedap air matcha honey ni sebab dia tak manis gila. Rasa lemak susu pun tak terlalu kuat. Pendek kata, just nice rasa dia. Sedap! Cukup dah menggambarkan kesedapan air matcha honey ni.

Matcha honey ni ada tambah boba.

Matcha Honey

baca juga : ais cream crunchy nut
                    choco chip smothie & boba fresh milk

Mango Pop/Mangga Pop

Kalau balik segamat saya akan beli air mango shake kat tempat favourite. Disebabkan lama tak balik, terubat rindu dengan air kat segamat tu. Mujurlah dapat rasa air mango pop yang sedap juga ni. 

Paling suka minuman yang ada pop. Dia macam boba tapi lutsinar dan meletup bila digigit. Sebab tu dipanggil mango pop. Better than boba sebab boba tu kenyal susah nak gigit habis.

Mango pop tea Hunter

Tengok air sejuk, teringin minum air kelapa pandan kat kampung. Air kelapa campur gula melaka. Sedap oii!

12 comments:

  1. Lamanya tak minum mango shake, nanti boleh try mango pop ni :D

    ReplyDelete
  2. Mango pop tu, nampak menarik. Lama akak tak minum minuman macam ni. Akak nak kurang minum air manis dan sejuk. Cuma kadang, teringin juga. :)

    ReplyDelete
  3. kat sana ada tea hunter,,
    kat sini ada tiger hehhe...

    ReplyDelete
  4. wahh sedapp manis2 potong kaki nih.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. macam sedap jeeeeee! suka jugak boba jenis letup2 tu..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya dapat minum sejuk begini di kala cuaca panas terik.

    ReplyDelete
  7. Warna pun cantik. Teringin pula hendak cuba matcha honey apabila Fiza terangkan rasa.

    ReplyDelete
  8. duduk rumah memanjang je minum air kosong tapi kalau keluar mesti nak beli air yg manis2 gini. maybe faktor cuaca juga..haha

    ReplyDelete
  9. Ohhh.. ada ek boba gituh.. Ok Noted.. remark dulu.. Nanti nak try.. Hahhahaha.. Cari memana air ada boba poppppp

    ReplyDelete
  10. mango pop jadi plhan sbb i dont like matcha ahah

    ReplyDelete
  11. Air macam ni memang selalu sedap. Nyummms tambah-tambah lagi masa cuaca panas.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.