Neelofa dan Pu Riz Selamat Nikah
Dengan sekali lafaz, Neelofa dan PU Riz selamat nikah pagi ni. Majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz diadakan didalam majlis tertutup di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Terjawab sudah spekulasi Neelofa kahwin yang ditunggu dari semalam. Wedding of the year yang dinantikan peminat Neelofa dan PU Riz.
Mesti ramai dok usha neelofa ig dan adik beradik neelofa, tak juga muncul berita Neelofa kahwin. Pagi ni Neelofa, 32 dan Haris Ismail atau PU Riz,26 akhirnya selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri.
Bacaan doa oleh pengantin lelaki dan tazkirah ringkas oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. PU Riz dan Neelofa dinikahkan sendiri oleh adik kandung Neelofa iaitu Mohd Aqief berwalikan bapanya Mohd Noor.
بَارَكَ اللّٰهُNeelofa & Haris
kod pakaian wanita : serba putih & bertudung
kod pakaian lelaki : serba putih (baju melayu, kurta & jubah)
Siap ada kod pakaian untuk tetamu yang hadir. Majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz bertemakan serba putih ala kayangan dengan dekorasi bunga segar. Satu dewan penuh dengan bunga segar. Agak agak lepas majlis boleh ambil bawa balik tak?
Gah betul pelamin Neelofa yang dihiasi dengan bunga segar dan hiasan lampu yang berkelipan bersinar sinar. Nampak simple tapi wow. Boleh jadi pelamin idaman dan wedding of the year ni. Ramailah tiruvasi pelamin kahwin Neelofa ni nanti.
Bukan biasa biasa buat majlis di Grand Hyatt Hotel ni. Orang have have je mampu. Wedding Kayangan Style. Rezeki dia lah dapat buat majlis pernikahan sebegini meriah.
tempat duduk untuk family |
Terpaling suka dengan tulisan jawi khat huruf nun dan ha bulat mewakili nama Neelofa dan Haris.
Fakta menarik tentang perkahwinan Neelofa & PU Riz
- The Jabal Rahmah, konsep Pelamin Neelofa & PU Riz inspirasi daripada Peregunungan di mana Adam & Hawa dipertemukan hasil sentuhan Rekateemor.
- Dekorasi perkahwinan dan pelamin Neelofa & PU Riz menggunakan empat tan bunga segar.
- Ruang dewan dikelilingi lilin mewah buatan Paris iaitu lilin buatan yang sama digunakan semasa perkahwinan Prince Harry & Meghan Markle.
- Doorgift skincare mewah jenama Lancome & barang kemas swarovski
- Makanan mewah untuk tetamu seperti udang galah bakar berempah.
- Makan beradab Neelofa dan PU Riz ditutup dengan bidai langsir, terlindung dari tetamu untuk privasi Neelofa yang memakai purdah.
Pengantin lelaki kelihatan tenang, dalam hati mesti berdebar teruk ni.
Pengantin perempuan, Neelofa tampil cantik dengan busana pengantin serba putih.
Neelofa dan PU Riz bertunang pada November 2020 yang lepas. PU Riz kini Neelofa husband, semoga jodoh berkekalan dan bahagia sampai syurga. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
baca juga : penghijrahan Neeelofa bertudung
Biodata Neelofa
- Noor Neelofa binti Mohd Noor
- Pelakon, model, pengacara, penulis, ahli perniagaan, jurucakap produk
- Kerjayanya bermula selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10
- Artis dan selebriti yang paling berjaya
- Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016
- Neelofa telah dipilih sebagai penghias majalah berprestij, Forbes Asia yang menampilkan ahli perniagaan berpengaruh dari seluruh dunia
- Neelofa menubuhkan pertubuhan kebajikannya sendiri, Pertubuhan Kasih Neelofa yang bertujuan bagi membantu insan yang memerlukan.
Biodata PU Riz
- Muhammad Haris bin Mohd Ismail
- PU Riz ialah seorang pelakon dan pendakwah bebas Malaysia
- Seorang peserta program realiti Pencetus Ummah Musim 4 pada 2016
sumber gambar : tangkap layar ig @idhamkhan dan @astrogempak
Alhamdulillah, Tahniah Neelofa!!! Moga bahagia sampai syurgaNYA. Amin!
ReplyDeleteBestnya dah kahwin....Saya dulu cakap, ala, Neelofa pun tak kawen lagi, relaks la..HAHAH.. Moga saya bertemu jodoh jua..AMIN
Doakan sy kahwin cpt sikit kak
ReplyDeleteAlhamdulillah. Moga berbahagia kedua mempelai. Banyak dugaan yang ditempuhi, akhirnya sampai juga jodoh mereka.
ReplyDeleteAlhamdulillah. So happy for them. Dulu saya expect Lofa ni kahwin Dato juga macam Siti, tapi tulah kan soal jodoh.
ReplyDeleteAkhirnya terjawab sudah tarikh Neelofa kahwin. Rupanya kahwin tidak lama lepas Kakak dia kahwin.
ReplyDeleteHaah unik khat nun dan ha.
Alhamdulillah dah selamat kawin. Duk berteka teki selama ni hahaha. Cantikkk betul pelamin dia kan :D
ReplyDeletemcm masih x percaya lofa ni berjodoh dgn org biasa² je.. semoga jodoh mereka berkekalan dan berpanjangan... aameen
ReplyDeletegosip sn gosip sini... haaa ni sebenarnya jodoh Lofa... barakallahulakuma ;-)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. selamat dah..
ReplyDeleteSemoga mereka berdua berbahagia hingga ke akhir hayat.
ReplyDeletetahniah
ReplyDeletealhamdulillah...mabruk untuk kedua mempelai..semoga kekal hingga ke jannah..ameen
ReplyDeletetahniah to both of them :)
ReplyDelete