Penggunaan Perkataan Bahasa Arab (Jawi serta Rumi ) Dan Maksudnya Dalam Kehidupan Seharian

Salam Jumaat. Hari Jumaat yang penuh keberkatan. Hari ni jom kita belajar perkataan arab (jawi dan rumi) dan maksudnya yang kita sentiasa gunakan dalam kehidupan seharian. 

Perkataan Bismillah, Alhamdulillah, Insyaallah, Allahhu akbar, Subhanallah, Masyaallah, Assalamu’alaikum, biasa kita gunakan setiap hari, bagaimana dengan perkataan lain?

Penggunaan Perkataan Bahasa Arab (Jawi serta Rumi ) Dan Maksudnya Dalam Kehidupan Seharian

Mana yang silap, kita perbetulkan. Contohnya, astaga tiada dalam kamus bahasa arab ye. Istilah itu tiada maksudnya seperti yang pernah saya dengar dalam ceramah Saudara Syamsul Debat. Perlulah diucapkan Astaghfirullah ( أَسْتَغْفِرُ اللّٰهِ ). 

Perkataan Bahasa Arab (Jawi serta Rumi ) Dan Maksudnya

Bismillah ( بِسْمِ اللّٰهِ )
Dengan menyebut nama Allah

Bismillahirraahmanirrahiim ( بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ )
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ta’aalaa ( تَعَالَى )
Maha Tinggi

Subhaanahuu wa ta’aalaa ( سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى )
Maha Suci Dia dan Maha Tinggi

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh ( السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ )
Kesejahteraan atas kalian, rahmat Allah dan keberkahan-Nya

Wa’alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh ( وَعَلَيْكُمُ السَّلَامُ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ )
Dan atas kalian pula kesejahteraan, rahmat Allah dan keberkahan-Nya

Alhamdulillah ( الحَمْدُ لِلّٰهِ )
Segala puji bagi Allah

Alhamdulillahirabbil’alamin ( الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ )
Segala puji bagi Allah Rabb semesta alam.

Insyaallah ( إِنْ شَاءَ اللّٰهُ )
Jika Allah berkehendak

Allahhu akbar ( اللّٰهُ أَكْبَرُ )
Allah Maha Besar

Subhanallah ( سُبْحَانَ اللّٰهِ )
Mahasuci Allah

Subhanallahil’azhim ( سُبْحَانَ اللّٰهِ العَظِيْمِ )
Mahasuci Allah Yang Maha Agung

Subhanallahi wa bihamdih ( سُبْحَانَ اللّٰهِ وَبِحَمْدِهِ )
Maha suci Allah dan dengan segala pujian-Nya.

Masyaallah ( مَا شَاءَ اللّٰهُ )
Inilah yang diinginkan oleh Allah/Apa yang dikendaki oleh Allah, maka itulah yang akan terjadi

Astaghfirullah ( أَسْتَغْفِرُ اللّٰهِ )
Aku memohon ampunan kepada Allah

Astaghfirullahal’azhim ( أَسْتَغْفِرُ اللّٰهِ العَظِيْمِ )
Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung

Laa hawla walaa quwwata illaa billah ( لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ )
Tiada daya dan upaya melainkan dari Allah

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un ( إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ )
Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadaNya nanti kita akan kembali

Aamiin ya rabbal’alamin ( آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ )
Kabulkanlah Wahai Rabb semesta alam

Jazaakallahu khairan ( جَزَاكَ اللّٰهُ خَيْرًا )
Semoga Allah membalasmu (lelaki) dengan kebaikan

Jazaakillahu khairan ( جَزَاكِ اللّٰهُ خَيْرًا )
Semoga Allah membalasmu (perempuan) dengan kebaikan

Jazaakumullahu khairan ( جَزَاكُمُ اللّٰهُ خَيْرًا )
Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan

Baarakallahu fiika ( بَارَكَ اللّٰهُ فِيْكَ )
Semoga Allah memberkahimu (lelaki)

Baarakallahu fiiki ( بَارَكَ اللّٰهُ فِيْكِ )
Semoga Allah memberkahimu (perempuan)

Syukran katsiran ( شُكْرًا كَثِيْرًا )
Terima kasih banyak

Afwan ( عَفْوًا )
Maaf/Sama-sama

Halaal ( حَلَالٌ )
Halal

Haraam ( حَرَامٌ )
Haram

Ahlan wa sahlan ( أَهْلًا وَسَهْلًا )
Selamat datang

Ilalliqaa` ( إِلَى اللِّقَاءِ )
Sampai ketemu lagi

Ma’assalamah ( مَعَ السَّلَامَةِ )
Selamat jalan

Marhaban ya ramadhan ( مَرْحَبًا يَا رَمَضَانُ )
Selamat datang Ramadhan

Shallallahu ‘alaihi wa sallam ( صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )
Allah memberikan shalawat dan salam kepadanya

Radhiallahu ‘anhu ( رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ )
Semoga Allah meridhainya

Rahimahullahu ( رَحِمَهُ اللَّهُ )
Semoga Allah merahmatinya

Shabaahul-khair ( صَبَاحُ الخَيْرِ )
Selamat pagi (kata pembuka)

Shabaahun-nuur ( صَبَاحُ النُّوْرِ )
Selamat pagi (kata jawaban)

Masaa-ul-khair ( مَسَاءُ الخَيْرِ )
Selamat petang (kata pembuka)

Masaa-un-nuur ( مَسَاءُ النُّوْرِ )
Selamat petang (kata jawaban)

Taqabbalallahu minnaa wa minkum ( تََقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ )
Semoga Allah menerima (amal) dari kami dan dari kalian.

Kullu ‘aamin wa antum bikhairin ( كُلُّ عَامٍ وََأَنْتُمْ بِخَيْرٍ )
Semoga setiap tahun kalian selalu berada dalam keadaan baik

Semoga bermanfaat buat kita semua. 

kredit : https://belajarbahasaarab.org/tulisan-arab-ungkapan-sehari-hari/

11 comments:

  1. Cantiknya tulisan jawi Fizah..
    Paling ramai yang sebut salah astaga tu.. ermmm kadang kita siap betulkan..

    ReplyDelete
  2. bagus ni boleh belajar arab sekali bila diamalkan kan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Ilmu yang bagus..
    Terima kasih untuk perkongsian yang ohsem ini..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Terima kasih perkongsian ini

    ReplyDelete
  5. Thanks atas perkongsian. Salam Jumaat

    ReplyDelete
  6. Kena sebut penuh ucapan kemaafan tersebut.

    ReplyDelete
  7. kononnya nak shortform ni, tgk2 tak ada maksud or maksud dia lain kan, bahaya.. kena tul2 belajar

    ReplyDelete
  8. ada dulu... ms kecik rasanya... ada org sebut 'la ila' then someone tegur, hei tu maksudnya tiada tuhan. kalau nak sebut, sebut penuh2 la ilaha illahllah...btw thanks 4 sharing👍👍

    ReplyDelete
  9. astaga ni biasa orang sabah serawak sebut..walopun sebenarnya takde makna..susah nak buang sebutan tu 😂

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.