Perodua Ativa Specifications and Price Malaysia

Perodua Ativa, SUV terbaru keluaran Perodua (Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd) secara rasminya telah dilancarkan oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin yang disiarkan secara langsung di platform media sosial malam Rabu lepas.

Perodua Ativa Specifications and Price Malaysia
sumber : google

Sports utility vehicles @kenderaan utiliti sukan (SUV) adalah kereta kompak yang telah lama dinantikan dan dinamakan Ativa. Pengeluar kereta kompak Perodua ni akan menyasarkan akan menghantar secara purata sebanyak 3,000 unit sebulan.

SUV Perodua Ativa merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build, merintis kejayaan Perodua bagi gaya, keselamatan, teknologi, tahap dan nilai peralatan.

Perodua Ativa price Malaysia

Harga Ativa bermula daripada RM61,500 bagi varian X atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia, RM66,100 bagi varian H dan RM72,000 bagi varian AV utama.

Perodua Ativa Specifications

  • SUV baharu dengan lima tempat duduk
  • Kenderaan cas turbo pertama Perodua
  • Model Perodua yang pertama menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT), menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 kilometer (km) per liter (L).
  • Model kenderaan cekap tenaga (EEV) Perodua yang kelima ini mempunyai enjin turbo 1.0L tetapi prestasinya sama dengan 1.5L dengan kecekapan bahan api yang tinggi.
  • Dibina menggunakan suspensi dan ‘underbody’ yang baru dibangunkan dikenali sebagai platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA)
  • Perodua Ativa mempunyai badan yang lebih ringan dan lebih kuat, keselamatan pelanggaran yang dipertingkatkan, prestasi bunyi dan getaran yang ditambah baik dan penyesuaian yang tinggi untuk teknologi masa depan.
  • Teknologi keselamatan terkininya antara penekanan terbesarnya, dengan sistem brek kecemasan autonomi dan kawalan pengekalan lorong (LKC) menjadi penawaran yang standard untuk seluruh rangkaiannya.
  • Enjin kecil tapi bertenaga

Perodua Ativa dihasilkan oleh 54 pereka dan jurutera yang bekerjasama dengan Daihatsu bagi model ini sejak tahun 2018.

Setakat ini, Kira-kira 5,000 tempahan Perodua Ativa telah diterima sejak ia dibuka untuk tempahan pada 19 Februari lepas. Penghantaran pula bermula 4 Mac.
 
Sekali imbas tengok design SUV Perodua Ativa ni ni lebih kurang macam Haval. Sesiapa yang berminat tu boleh baca perodua ativa review dulu. Kot berkenan kat hati dan ada bajet, bolehlah membeli.

Perodua ativa price monthly bergantung pada interest dan juga down paymentnya. Kenalah tanya salesman perodua yang lebih pakar. 

kredit : https://www.sinarharian.com.my/article/126743/BISNES/Perodua-Ativa-dijual-pada-harga-bermula-RM61500







25 comments:

  1. Handsome kan...warna dia cantik design pun sama gak..murah gak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejenis SUV yang murah dan mampu milik bagi yang ada bajet. Warna dia menawan merah :)

      Delete
  2. Replies
    1. Moga ada rezeki wak dapat Perodua ATIVA. Mana tahu rezeki wak :)

      Delete
  3. Replies
    1. wahh peminat red ni. Ada rezeki boleh beli tu KakRet :)

      Delete
  4. Siapa cari kereta besar murah boleh tengok Ativa ini.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Itulah pasalnya, ramai berminat dengan perodua Ativa ni.

      Delete
  6. disebabkan nama dia ATIva, smua suh atie beli .... sabo je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam kena tu Atie. Peluang besar nak dapat ATIva tu :)

      Delete
  7. Cantik sangat! Kak Amie suka warnanya. Merah garang, tapi nampak bergaya!

    ReplyDelete
  8. haah lah..macam haval kan...mahal jugak tu reganya..

    ReplyDelete
  9. Spec nya mantap sesuai dengan harganyaaa.. Huhu... Niceeee Peroduaaaa.. Kasik clap! Hihii

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.