Perodua Ativa Specifications and Price Malaysia
Perodua Ativa, SUV terbaru keluaran Perodua (Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd) secara rasminya telah dilancarkan oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin yang disiarkan secara langsung di platform media sosial malam Rabu lepas.
sumber : google |
Sports utility vehicles @kenderaan utiliti sukan (SUV) adalah kereta kompak yang telah lama dinantikan dan dinamakan Ativa. Pengeluar kereta kompak Perodua ni akan menyasarkan akan menghantar secara purata sebanyak 3,000 unit sebulan.
SUV Perodua Ativa merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build, merintis kejayaan Perodua bagi gaya, keselamatan, teknologi, tahap dan nilai peralatan.
Perodua Ativa price Malaysia
Harga Ativa bermula daripada RM61,500 bagi varian X atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia, RM66,100 bagi varian H dan RM72,000 bagi varian AV utama.
Perodua Ativa Specifications
- SUV baharu dengan lima tempat duduk
- Kenderaan cas turbo pertama Perodua
- Model Perodua yang pertama menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT), menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 kilometer (km) per liter (L).
- Model kenderaan cekap tenaga (EEV) Perodua yang kelima ini mempunyai enjin turbo 1.0L tetapi prestasinya sama dengan 1.5L dengan kecekapan bahan api yang tinggi.
- Dibina menggunakan suspensi dan ‘underbody’ yang baru dibangunkan dikenali sebagai platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA)
- Perodua Ativa mempunyai badan yang lebih ringan dan lebih kuat, keselamatan pelanggaran yang dipertingkatkan, prestasi bunyi dan getaran yang ditambah baik dan penyesuaian yang tinggi untuk teknologi masa depan.
- Teknologi keselamatan terkininya antara penekanan terbesarnya, dengan sistem brek kecemasan autonomi dan kawalan pengekalan lorong (LKC) menjadi penawaran yang standard untuk seluruh rangkaiannya.
- Enjin kecil tapi bertenaga
Perodua Ativa dihasilkan oleh 54 pereka dan jurutera yang bekerjasama dengan Daihatsu bagi model ini sejak tahun 2018.
Setakat ini, Kira-kira 5,000 tempahan Perodua Ativa telah diterima sejak ia dibuka untuk tempahan pada 19 Februari lepas. Penghantaran pula bermula 4 Mac.
Sekali imbas tengok design SUV Perodua Ativa ni ni lebih kurang macam Haval. Sesiapa yang berminat tu boleh baca perodua ativa review dulu. Kot berkenan kat hati dan ada bajet, bolehlah membeli.
Perodua ativa price monthly bergantung pada interest dan juga down paymentnya. Kenalah tanya salesman perodua yang lebih pakar.
kredit : https://www.sinarharian.com.my/article/126743/BISNES/Perodua-Ativa-dijual-pada-harga-bermula-RM61500
Handsome kan...warna dia cantik design pun sama gak..murah gak kan...
ردحذفSejenis SUV yang murah dan mampu milik bagi yang ada bajet. Warna dia menawan merah :)
حذفLawalah design dia.. suka tengok..
ردحذفWarna merah tu memang lawa kaksha :)
حذفCantik model baru perodua. :)
ردحذفkan kak Nur. cantik design dia.
حذفCantik. Sangat menarik :)
ردحذفsetuju :)
حذفmacam teringin tapi tak tercapai
ردحذفMoga ada rezeki wak dapat Perodua ATIVA. Mana tahu rezeki wak :)
حذفWarna dia fav kita tu ehhe
ردحذفwahh peminat red ni. Ada rezeki boleh beli tu KakRet :)
حذفSiapa cari kereta besar murah boleh tengok Ativa ini.
ردحذفya, betul tu kak :)
حذفwah dah ramai juga yang menmpah ya!
ردحذفItulah pasalnya, ramai berminat dengan perodua Ativa ni.
حذفwarna dia memikat hati sy sukaaa😊
ردحذفRamai peminat geng red ni Anies :)
حذفCantik. Warna merah nampak seksi.
ردحذفMerah yang seksi dan menawan AI :)
حذفdisebabkan nama dia ATIva, smua suh atie beli .... sabo je la
ردحذفNampak macam kena tu Atie. Peluang besar nak dapat ATIva tu :)
حذفCantik sangat! Kak Amie suka warnanya. Merah garang, tapi nampak bergaya!
ردحذفhaah lah..macam haval kan...mahal jugak tu reganya..
ردحذفSpec nya mantap sesuai dengan harganyaaa.. Huhu... Niceeee Peroduaaaa.. Kasik clap! Hihii
ردحذف