Punca- Punca Bil Elektrik Tinggi. Jangan Salahkan Penapis Air Je!
Terbaca satu petikan berita semalam mengatakan penapis air punca bil elektrik tinggi. Dah kenapa pula tiba-tiba nak petik penapis air punca bil elektrik tinggi.
Baca tajuk berita je dah membuatkan warganet yang memakai penapis air jadi marah. Ye lah, sebelum ni pakai penapis air sama aje bil elektriknya, tak tinggi pun.
Sebenarnya peralatan yang menggunakan elektrik yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk adalah punca utama bil elektrik meningkat tinggi.
gambar hiasan, bau bacang dengan tajuk |
Terutamanya musim panas yang sedang melanda sekarang ni. Jangan pelik kenapa bil elektrik tiba tiba tinggi.
Penapis air, penghawa dingin, peti ais dan banyak lagi antara contoh-contoh barang elektrik yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu ketika musim panas.
Penapis Air
Musim panas, mungkin tanpa sedar kita akan lebih kerap mengambil air sejuk dari penapis air, peralatan tersebut akan menggunakan lagi banyak tenaga elektrik untuk kekalkan suhu sejuk.
Satu lagi, jika penapis air minuman yang menyimpan air sejuk habis, ia akan di isi dengan air baru. Dan ketika ini kompresor akan berfungsi menyejukkan air. Lebih banyak isian semula, lebih keraplah kompresor bekerja dan ini menyebabkan kadar peningkatan penggunaan elektrik.
Peti Ais
Rasanya semua orang tahu yang lebih kerap kita membuka peti sejuk ia juga meningkatkan kadar tenaga elektrik. Sama konsepnya dengan penapis air, peti ais juga akan menggunakan tenaga elektrik untuk kekalkan suhu sejuk.
Penghawa dingin
Bil elektrik tinggi sebab aircond? Ini mesti kes kerap guna penghawa dingin. Pulak tu tak servis, penghawa dingin kena bekerja lebih, bertambah lah penggunaan tenaga elektrik tu.
Penetapan suhu antara 24 hingga 26 darjah celcius boleh menjimatkan penggunaan elektrik. Pastikan penghawa dingin diservis secara berkala supaya ia dapat berfungsi secara lebih efisien dan lebih jimat.
Ada yang buat aduan bil elektrik tinggi walaupun tak menggunakan penghawa dingin. Tahukah anda, barang elektrik yang lain juga menggunakan elektrik. Sedar ke tidak tu?
baca juga : cara jimat elektrik saranan TNB
Jadi di sini, bukanlah menyalahkan penapis air je sebagai punca bil elektrik tinggi. Banyak sebab lagi. Biasalah musim panas ni, barang elektrik bekerja lebih daripada biasa.
Kipas pun lebih kerap digunakan musim panas ni, kan? Bil elektrik tinggi tu puncanya dari penggunaan barang elektrik secara kerap atau tidak. Lagi kerap guna, lagi banyak lah tenaga elektrik digunakan.
Tambah lagi bila kita sekarang ni banyak masa di rumah je. Bil elektrik tinggi pkp tu dari tahun lepas lagi. Mujurlah masa tu ada subsidi Bantuan Prihatin Elektrik (BPE).
Nak jimat tu kena pandai-pandai lah. Jangan salahkan penapis air je, kesian dia. Walaupun saya tak guna penapis air, tapi kesian juga si penapis air dipersalahkan jadi highlight tajuk dia. Mana tak marah penjual penapis air.
Terus orang tak nak beli penapis air dah sebab takut bil elektrik tinggi. Tapi memang bil elektrik akan berlaku peningkatan pun lepas menggunakan penapis air buat pertama kalinya. Cuma bila dah biasa guna tu, nanti bil elektrik akan meningkat dan benda tu akan dianggap biasa je. Kan?
Kena pandai guna konsep jimat elektrik kalau tak nak bil elektrik tinggi. Kenapa bil elektrik naik mendadak? Mana taknya, zaman PKP ni bermacam gajet dapur kita beli. Air fryer, air cooler, bread maker, diffuser dan bermacam-macam lagi lah barang elektrik.
kredit : bernama
terima kasih perkongsiannya :)
ردحذفsama-sama.
حذفcharging phone,tablets smua ni pun punca bill eclectic naik kan
ردحذفBetul, kita charge lebih dari kebiasaan sebab kerap guna bila pkp ni
حذفIngtkan palingvpunca bila pasang owl tu.. Hehehe
ردحذفHehehe..janganlah, nanti tak dapatlah nak diffuse EO selalu.
حذفHaha..betul.
ردحذفTerkena pulak ramai yang duduk di rumah...wfh, pdpr. On segala gajet, kipas, aircond..memang la melambung bil.
Akak pun belum guna mesin penapis air, berdua je..masih belum perlu.
Tahu takpe kan kak. Duduk rumah tak kemana dan banyak peralatan elektrik digunakan memang melambung bil elektrik naik.
حذفsamalah kita. Belum ada lagi. guna kaedah masak air je lah dan simpan air dalam peti ais.
Nak nak sekarang ramai wfh, student odl, lagi lah mencanak naikk bil electric nya, laptop, telefon lagi semuanya pakai electric
ردحذفBetul tu Atiqah. Mahu tak mencanak semua barang elektrik on sentiasa.
حذفKipas je dah 3 on, aircond lagi, mana bil tak naik. Tak cukup kipas atas, kipas bawah lagi. Hehe. musim panas, kan. Sama-samalah kita cuba jimat. Bila nak keluar, tutup suis. Extension pula semua on, padahal yang guna cuma 1 benda. :)
ردحذفItulah tu. semua serba serbi sentiasa ON je. Lagi lagi musim panas. marilah kita cuba berjimat mana yang boleh.
حذفHaha kasihan penapis disalahkan. Kalau guna lama memanglah tinggi bil. Tidakpun guna tenaga solar. Hehe.
ردحذفTak pasal pasal penapis air dipersalah kan. Hehe..
حذفtenaga solar installment pun agak costly jugak tu kak.
Betul tu Fiza, banyak bebeno barangan elektrik yang kita gunakan. Dah tak terbilang oleh jari kiri kanan dah. Kipas jew entah berapa biji berpusing sepanjang hari, bilik anak-anak, bilik tamu, dapur, tu belum aircond waktu malam, peti sejuk, freezer, penapis air....uwaaaaa! Tak larat nak hitung. Patutlah suami asyik berbunyi kalau datang bil letrik!
ردحذفmemang tak larat nak menghitungnya kak Amie. Untuk kegunaan dan keselesaan kadang tak boleh nak elak.
حذفPeti ais lah kan.. huhuhu..
ردحذفNak buat macam mana kehidupan sekarang..
macam macam keperluan zaman sekarang ni. Barang barang elektrik jadi kegunaan harian.
حذفmungkin laa yg menyebabkn bil naik tu org dlm rumah tu ramai. dgn air cond, kipas, main game non stop... sian penapis air dipersalahkn😊
ردحذفBetul, penggunaan elektrik lebih tinggi sebab ramai penghuni dan sentiasa guna je kan. Itulah tu, tak pasal penapis air dipersalahkan.
حذفyeee..hari ni masuk opis, rasa panas aje..rupanya boss bagi arahan tutup aircond yang biasa kitorang guna...pakai aircond belah lain lak..sebab katanya bil naik dua kali ganda bulan lepas..padahal, sebenarnya bil tu bil tertunggak sebulan..sabor je lerr ciksun 🤣😂
ردحذفFuhhh..dua kali ganda yang sakit nak membayarnya tu. Bila musim panas memang akan guna air cond kerap dari biasa, kan.
حذفbab iar cond tu memang rasanya logic... sbb saya dah try. memang turun bill letrik bila kurangkan on air cond. pendapat saya la..
ردحذفIye, betul tu. Kalau kurang guna memang jimat.
حذف