Sate dan Kuah kacang Sedap!

Masih dalam fasa kurang selera nak makan masakan sendiri. Jemu barangkali. Kurang berasap sikit dapur untuk seminggu dua ni. Apa nak jadi lah dengan selera yang semakin membuak buak rasa jemu. Sebab lama sangat terperap kat rumah sampai selera pun tergantung sepi. Banyak fikir agaknya.

Okaylah kita memenuhi permintaan selera sendiri beli sate. Sate ni siapa je tak suka? Orang Korea kalau datang Malaysia suka betul dengan sate. Itu apa yang husband saya pernah cerita lah masa dia pernah bekerja di company S. Bos bos Korea suka ajak makan sate. 

Jenis orang Korea kalau makan daging dorang suka bakar macam tu je tanpa rempah ke apa. Pernah tengok tak? Dorang bakar sekejap medium rare atau medium dan makan terus. 

Tapi kita orang Malaysia wajib kena berempah bagai. Baru lah sedap! Zaman saya kecil dulu, seingat saya sate RM50 sen macam tu. Sekarang ni nak dapat harga RM60 sen paling murah pun payah. Cuma ada satu kedai tu di Segamat masih ada lagi 60 sen.

Ada satu kedai ni, Sate dia sedap. Nama pun Sate Sedap Sikamat. Sikamat tu nama tempat. Bagitau siap-siap. Nanti ada yang tanya pulak, apa maksud Sikamat. Tak dapek nak jawab der.
 
Satay dan Kuah kacang Sedap Sikamat

Ini dah kali keberapa beli sate sedap sikamat ni. Sate dia sedap seiring dengan kuah kacang dia yang sedap. Isi sate pun besar dan kurang lemak. Puas hati makan. Tak ada lemak tu tak sedap juga ye tak? Ada sikit sikit tu okaylah, barulah sate! Isi je boring pulak.

Satay dan Kuah kacang Sedap Sikamat

Tak kedekut timun, bawang dan nasi impit. Nasi impit dia seketul besar tu. Biasanya beli 20 cucuk sate ayam. Mintak 2 nasi impit lebih dan kuah kacang lebih. Sate 20 cucuk sorang 10 cucuk pun kenyang dah. 

Saja beli extra nasi impit dan kuah kacang tu boleh makan nanti-nanti bila lapar. Nak masak kuah kacang dan nasi impit, husband tak makan pulak style macam tu je. Baiklah kita beli dan makan sorang sorang. Tapi kalau beli sate, dia makan pulak nasi impit dan kuah kacang tu. Pelik!

Satay dan Kuah kacang Sedap Sikamat

Sate Sedap Sikamat

Jalan Persiaran Desa Rhu, Kampung Seri Sikamat Seremban, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

20 cucuk sate ayam, kuah kacang lebih, nasi impit 3, timun dan bawang. Semuanya RM18. Murah ke mahal? 

30 comments:

  1. sedapnya. teringin pula nak makan sate..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. dah lama tak makan, teringin juga. syukur dapat :)

      Delete
  2. Wak tak suka sate ayam
    kalau beli mesti cari sate lembu r kambing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohh taste suka makan daging..faham faham..abah dan mak saya pun suka sate daging :)

      Delete
  3. Wahhh...sampai jer sini nampak sate ..Tergida sungguh Dah lama teragak nak makan sate tapi malas nak berusaha mencari..hihihi..
    Murah sangat tu Fiza. .Sini sate sahaja secucuk singgit.belum masuk nasi impit tau.Kalau sate brand terkenal tu lagi mahal la...Tapi nak buat sendiri memang tak sanggupa la..hihihi
    selamat menjamu selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, susah nak jumpa sate yang murah. Skang sate dah mahal, nak tambah nasi impit, bawang, timun ada yang kena tambah duit. nak buat sendiri memang taklah kak. leceh gak tu. baik beli je :)

      Delete
  4. Walaupun tak makan sate, tapi saya makan nasi impit dengan kuah kacang :D
    Baru haritu kakak buatkan nasi impit dengan kuah kacang.
    Sate ni menu wajib kalau hari raya bagi negeri Terengganu hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan nasi impit dan kuah kacang tu semestinya sedap! dapat feel raya :)

      Delete
  5. kat KL ni akak dah jumpa satu sate yg murah n sedap tuk tekak kita... mmg byk kali dah repeat soh dia delivery je.... bulan pose nanti, sate ni jd salah satu menu utk berbuka... nyummm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! kalau dah jumpa tempat sedap, itu je yang kita tuju. sedap sate jadikan hidangan berbuka puas tu :)

      Delete
  6. sekali sekala layan satey sedappp kan
    kena pula bila kuah dan nasi impit yg nenepati citarasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, bila teringin kita mencari. Dapat kuah kacang sedap tu satu rezeki :)

      Delete
  7. Murahhh...ni sate sikamat yang kat foodcourt kat simpang family store tu ke?nak beli jugakkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kak, memang beli situ. selalu tengok ramai orang beli situ. Beli haritu rasa sedap pulak, repeat beli situ je lah. Nanti cuba tau kak, kot kena dengan selera ke.

      Delete
  8. Haa.. pelik tuu laki akak.. hahaaaa..
    Saya kutang minat sate ayam or daging tapi tak membencinya... tapiiiiiiii sate ayam madu... sy suka giler!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu nona, selera lain lain. awak pun pelik ni. yang sate ayam madu makan pulak. Hihi

      Delete
  9. Murah tu fiza. Jauh pulak nak terjah hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..takpe, kena cari dekat dekat je tu kot ada jual online ke.

      Delete
  10. Hehe pelik. Akak pun tidak makan rendang dengan nasi tapi dengan nasi impit.
    Haah kena ada lemak sedikit baru sedap. Pernah makan sate hanya isi semata rasa ada kekurangan sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh akak macam tu pulak kan. Ikut selera masing masing gitu. Dapat yang sedap tu rezeki :)

      Delete
  11. betul,diorg bakar mcm tu ja then makan ,kalau kita mcm kena letak source sikit kan... apa2 jenis pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, itu pun dah sedap pada dorang. kalau kita, memang tak masuk lah kan.

      Delete
  12. MY memang suka sangat sangat makan sate... tapi kat sini tak banyak stall sate. leceh nak tunggu lama2

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba cari kat foodpanda/grab kalau ada berdekatan. Part tunggu lama tu memang tak best. Tapi kalau dah teringin, gigih juga lah kita :)

      Delete
  13. adehhh lapar laa pulakkk mn nk cari sate kt siniiii

    ReplyDelete
  14. tengok kaler pun dah boleh nampak memang sedap sate ni..kadang sate ayam kaler pucat betul, bila makan rasa kering pulak..lagi la kurang berselera jadinya..sebab tu suka sate daging lagi, juicy gitu...kalo jumpa sate ayam yang juicy, memang thorbaikk lah!

    ReplyDelete
  15. Eza setuju sangat. Sate ni isi ada lemak sikit baru juicy. Kalau isi je, macam tak lengkap rasanya. Kira murah jugak harganya sebab sekali dengan nasi impit ada dengan timun. Kat tempat Eza, sate ayam 80 sen. Sate kambing dan daging, rm1 secucuk. Nasi impit lain harga.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.