Tempahan Sampul Duit Raya Hipster 2021
Tenggelam timbul tuan blog ni. Hari ni bebas sikit dari fasa sibuk sebab tempahan sampul duit raya dan juga design banner dah siap. Phew! Legalah sikit boleh bertenang sebentar sementara nak siapkan next order.
Syukur masih ada yang sudi tempah. Ada yang setiap tahun tempah. Terima kasih repeat order. Tempahan sampul duit raya hipster ni anytime je. Ada yang order untuk kenduri kahwin. Letak duit selit bagi sedara mara rewang macam tu. Atau nak bagi duit salam kaut ke.
Tahun ni dah terima beberapa tempahan sampul duit raya hipster. Walaupun raya masih samar-samar. Alhamdulillah rezeki masuk. Tahun lepas masuk juga order, tapi kurang lah macam sebelum ni. Mood raya kelaut masa tu, kan?
Sampul Duit Raya Hipster 2021 by Azhafizah Graphic
Size : 6.5inci x 3.4 inci
Black laser printed
Recycle Kraft Paper Paper 120gsm
GLUELESS (TANPA GAM)
HANDMADE
Minimum order : 20pcs
Maximum order : 500pcs
1pek : 10pcs
baca juga : design sampul duit raya hispter
Sampul duit raya hipster ni saya dah buat sejak tahun 2016 lagi. Lama dah rupanya. Pernah jugalah popular sekejap masuk paper.
baca juga : sampul duit raya hipster popular sekejap
Kemain excited lagi tapi tahun berikutnya covid pulak, Ramailah yang tak jadi nak order. Bekalan paper pun tak dapat ambil sebab tak boleh rentas negeri. Terpaksalah refund. Bukan rezeki saya. Tahun ni pun buat mana yang termampu siapkan selagi masih ada permintaan dan kudrat.
Berminat nak order, boleh terus whatsapp untuk tempahan : https://bit.ly/3tMiKW4
Tahun ni masih mencari idea untuk design yang baru. Idea tak muncul muncul lagi. Merayau rayau entah mana.
Tak tahu lah raya dapat balik kampung ke tidak tahun ni ye. Bulan Ramadhan pun nak dekat ni. Ikutkan nak buat tempahan ni sebelum masuk bulan Ramadhan. Tak nak kacau bulan Ramadhan, boleh rehat sikit dengan ibadah bulan Ramadhan gitu.
kan...
ReplyDeleteraya kita masih samar2 kemeriahannya.
kalau la beraya tanpa rentas negeri, sedih la aida :(
sesedih pun, kena akur dan faham la kan usaha kerajaan.
moga covid ni nyah segera!
Cantiknyaaa.. suka laaa Sis nengok..
ReplyDeleteRaya tak Raya, Sis tetap juga beri duir raya pada sapa yang Sis jumpa, tak kisahlah kat kedai makan sekalipun, niat sedekah aje..
Wah! menarik sampul raya hipster tu
ReplyDeletecantik sampul..kombinasi kaler brown & black..
ReplyDeletewah..menariks....dah start dah yer. moga terus success!
ReplyDeleteraya kita ni mesti nak ada sampul raya, baru meriah anak-anak. Poket kita tak meriah tak apa asalkan anak2 bahagia.
ReplyDeleteCantik sampul raya guna craft paper gini.
ReplyDeleteAritu baca berita, katanya boleh rentas negeri selepas dua minggu raya.
Kira memang beraya kat rumah masing-masing la tahun ni nampaknya.
cantek nyaaaa fiza!!
ReplyDeletemaybe next time kak ret bole order...
sampul angpau hipster tuuuh., ;p
ReplyDeleteCantik betul design sampul duit raya nya..
ReplyDeletekita biasa guna sampul free je. insyaAllah ada rezeki boleh la tempah dekat kak az :D
ReplyDeletecntiknya sampul raya
ReplyDeleteMemang mencari sampul duit raya ni bila dekat2 raya.
ReplyDeleteCantikkk! Rasa sayang nak buang kalau sampul cantik macam ni :D
ReplyDeletePernah le juga buat sampul raya sendiri. Dulu orang rumah ada bukak kedai baju, jadi sampul raya sebagai bahan promosi.. Sekarang ni, kedai dah entah ke mana.. :)
ReplyDeletesuka tengok dan suka penggunaan kertas tu...macam nak order jugak la nanti..tunggu rezeki masuk luuu..insya'Allah
ReplyDeleteItulah macam petanda orang hendak beraya dan berkunjung raya.
ReplyDeleteElok juga siapkan sebelum Ramadhan. Alhamdulillah ada rezeki orang tempah.
mudah-mudahan byk tempahannya fiza :)
ReplyDeleteAll the best tau!
Cantiknya! Kalau saya, sampul lawa tak bagi budak-budak sebab nanti diorang buang. Bagi untuk salam kaut or anak saudara yang dah besar
ReplyDeleteCantik betul sampul raya. Memang Fiza punya tangan ajaiblah!
ReplyDeletemoga banyak tempahan masuk.
Cantikkk, teringin pulak tempah..tapi tuhla...last last year punya masih ada...Boleh try buat tambah tambah ni..hehe...
ReplyDeletecantik fiza design sampul ni. kertas tu yg nampak sampul raya ni rare..hehe
ReplyDeleteni ngam kalau order untuk company hehee
ReplyDelete