Top 33 Lifestyle Bloggers in Malaysia in 2021

Malaysia lifestyle blogger bloeh dikatakan ramai di Malaysia. Niche 'Lifestyle' menjadi pilihan blogger Malaysia 2021, dimana niche yang tidak terhad pada satu cerita sahaja. Ramai blogger terkenal Malaysia yang menggunakan niche lifestyle ni.

Top 33 Lifestyle Bloggers in Malaysia in 2021

Blogger famous Malaysia terkenal, ramai juga yang dah pencen dan beralih kepada blogger selebriti. Contohnya Hanis Zalikha yang dah level up status tak aktif lagi dalam dunia blog. Tapi masih ramai lagi top malaysian influencers bloggers yang masih mengekalkan blogger terbaik aktif di Malaysia 2021 ni.

Penilaian blog berdasarkan Worth Of Web pada 5 March 2021.

Worth Of Web

Worth Of Web Rank is a score to compare a website with the best websites in the world. We calculate it based on our estimation for daily, monthly, and annual revenue. 

 

Top 33 Lifestyle Bloggers in Malaysia in 2021

1. Azhafizah (www.azhafizah.com) $11,854

Acilah kan  masuk blog sendiri. Nak juga tersenarai. Saya mula terjebak dalam blog sejak Nov 2009. tahun ni genap 12 tahun. Blog Sihatimerahjambu diberi nama sebab saya suka merah jambu. Suka berkongsi cerita gaya hidup, resipi, hiburan, isu semasa, tips, petua dan macam-macam lagi.

2. Siti Awadah (www.sishawa.com) $11,529

Siapa yang tak kenal dengan blog sishawa. Blog berusia 4 tahun sejak tahun 2017 ni membuatkan ramai blogger kagum dengan pencapaiannya blog lifestyle nya.

Diselitkan juga ilmu parenting dan ilmu blogging. Sis hawa , ibu kepada 6 anak. Suka juga berkongsi pelbagai info dan panduan sebagai rujukan

3. Chaza Xiaojie (www.cxopportunities.com ) $8,666

Lebih dikenali dengan nama CX. Mula berblog sejak Jun 2011. Kini usia blognya sudah pun 10 Tahun.
Blog Lifestyle, parenting, food, beauty. Suka berkongsi pengalaman hidup, resipi, keluarga dan tips kesihatan.

4. Sii Nurul (www.siinurul.com) $7,088

Mula berblog pada tahun 2015. 6 tahun berpengalaman dalam blog. Blog berkisarkan perkongsian lifestyle, blogging, tips & panduan kerjaya, review dan pengalaman hidup beliau.

5. Sunah Sakura (www.sunahsukasakura.com) $6,777

Dikenali dengan CikSun, blogger dari Sarawak dan kini menetap di Johor Bahru. Mula berblog sejak tahun 2008. Blog Cik Sun banyak cerita tentang lifestyle, travel dan juga food. 

6. Fuzy Rahamah Hamid (www.iamfuzy.com) $2,955

Blogger paling lama dalam dunia blogging. Mula berblog sejak tahun 2006 lagi. Usia blog 15 tahun yang berkongsikan cerita tentang lifestyle blog serta berkongsi pelbagai cerita tentang kerjaya, keluarga, masakan.

7. Bella Jamal (www.bellajamal.com) $2,737

Bermula menjadi seorang blogger sejak April 2016. In 5 years, Bella  Jamal writes about a wide variety of reviews and information about food, pet and travel. Product reviews are provided for the public to read about and you can check out some tips from the homecooking recipes from her.

8. Marina Bashah (www.marinabashah.com) $2,640

Mula bergiat aktif 2 tahun yang lepas, pada tahun 2019.
Lifestyle, parenting, food, beauty, hotel, travel. seorang wanita yang bekerjaya. kerja hakiki kadang kala kena travel. Alang-alang travel pergilah bercuti sekali dan share tempat makan, hotel dan tempat bercuti.

9. Zaza Azman (www.zazaazman8.com) $2,499

Blog yang masih baru lagi sejak tahun lepas, 2020. Walaupun baru 1 tahun, blog Zaza Azman semakin meningkat pencapaian blognya. Suka kongsi resipi simple-simple, kongsi tempat-tempat makan menarik dan makanan yg murah dan sedap sekitar Kuala Lumpur.

10. Suria Amanda (www.suriaamanda.com) $2,048

Pemilik blog lebih dikenali dengan Suriamanda ni mula berblog sejak tahun 2009. Suka berkongsikan tentang lifestyle, food, beauty dan banyak lagi cerita yang dikongsikan dalam blog. 

11. Eswati azni (modernmumthingy.com) $2,066

Blog Eswati Azni bermula sejak tahu 2017. Blog yang berusia 4 tahun berkongsikan cerita tentang lifestyle, travel, kesihatan, beauty dan drama-drama yang menarik untuk ditonton.

12. Alia Farhan (www.aliafarhan.com) $1,877

Menjadi seorang blogger sejak 2008, 13 tahun memegang title Lifestyle blog. Sharing about everything from cooking, parenting, travelling, deco and DIY

13. Messarah (www.messarah.com) $1,668

Berpengalaman dalam blog selama 8 tahun blogging sejak mula tahun 2013. Seorang peminat tegar local skincare (#supportlocal) berumur 20an yang suka menulis tentang skincare tips (beauty), banyak menghabiskan masanya di Twitter, gemar menonton Netflix dan anime, dan adakala berkongsi hasil lukisannya di instagram @/saraewyd. Pernah berkongsi pengalaman belajar di universiti, bekerja di kafe, panduan membeli-belah dan sebagainya.

14. Azlinda (www.azlindaalin.com ) $1,349

Bermula pada tahun 2012, kini usi blog sudah 8 tahun. Azlinda Alin, seorang Lifestyle Blogger suka menulis di blog tentang dekorasi rumah, make over rumah, travel, masak-masak, pengalaman yang pelbagai aspek.

15. Fadzi Razak (www.fadzirazak.com) $1,511

Fadzi Razak, sudah 6 tahun menjadi seorang blogger bermula 2014. Kini menetap di Australia. Blog Malaysian Family Lifestyle termasuk tentang kekeluargaan, parenting, resipi, travel, organization, how to, tips dan review.

16. Eyqa Hasnan (www.eyqahasnan.com) $1,292

Pengalaman dalam dunia blogging selama 11 tahun sejak tahun 2012. Blog lifestyle, tips dan personal. Berkeyakinan dalam pelbagai bentuk untuk membina networking bersama.

17. Aida Hanafiah (www.adianiez.com) $1,234

Blog berusia 11 tahun 9 bulan ini suka berkongsi tentang kehidupan, kesihatan, makanan, keluarga dan hobi. Tidak kurang juga menulis tentang dekorasi rumah, berkebun dan percutian.

18. Abang Rock (www.abangrock.com) $998

Blog yang bermula sejak 2017, berusia 4 tahun ni merupakan blog lifestyle dari pandangan seorang lelaki dan suami. Berkongsi kisah semasa dan panduan tentang kehidupan, gaya hidup lelaki, perhubungan dan perkara berkaitan Islam.

19. Ciktom (www.ciktom.com)$975

Bermula pada tahun 2010, blog CikTom yang berusia 11 tahun ini banyak berkongsikan kisah lifestyle, parenting dan tips.

20. Bonde Zaidalifah (www.bondezaidalifah.com) $955

Blog Bonde Zaidalifah berusia 11 tahun, bermula tahun 2010 berkongsikan cerita mengenai lifestyle ,travel, resepi, review novel, review drama dan review produk.

21. Ardini Humaira (www.ilhamdini.com) $905

Ardini Humaira sudah 13 tahun berblog sejak bermula pada tahun 2008. Blog lifestyle, beauty, parenting, personal, tips, review, masakan.

22. Rozita (www.ceritaita.com) $613

Berpengalaman selama 13 tahun dalam dunia blogging sejak mula tahun 2008. Blog lifestyle. Banyak cerita pasal personal life, kisah anak-anak, pendapat tentang isu semasa, tempat bercuti, kisah masakan dan resepi, kerjaya dan petua.

23. Yaya Azura (www.yayaazura.com) $398

Bermula pada Jan 2010, 11 Tahun pengalaman dalam dunia blogging. Memilih niche Blog Lifestyle, parenting blogger. Juga suka berkongsi pelbagai resepi dan tips. Ibu kepada 2 cahayamata. Mula berblog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudiannya menjadikan blog sebagai sumber menambah pendapatan.

24. Sharina @opzzpinky( www.opzzpinky.com) $357

Sharina seorang ibu kepada sepasang anak, Edan Eshal mula berblog sejak September 2012, 11 tahun berpengalaman dalam dunia blog. Memilih niche lifestyle blogger serta berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips.

25. Bonda Chanteq (www.bondachanteq.com) $214

Berpengalaman selama 2 tahun 10 bulan dalam penulisan blog bermula sejak Mac 2018. Blog Lifestyle, info kesihatan, tips, resepi dan kisah benar.

26. Nabiha Mohd Mashut @Bie Mohd (www.biemohd.com) $209

Blogger yang lama juga berkecimpung dalam dunia blog selama 14 tahun sejak 2006. Blog Islamic Fashion & Parenting Lifestyle sebagai Wanita bekerjaya dan ibu kepada 3 orang anak yang suka berkongsi aktiviti DIY, fesyen dan aktiviti kekeluargaan sebagai panduan ibu moden masakini yang selalu meletakkan "Family First" dalam hidup dan kekal cantik bergaya dalam apa jua keadaan.

27. Shida Radzuan (www.shidaradzuan.com) $153

Blogger yang mula menulis blog sejak tahun 2010. Berkongsikan tentang lifestyle, hiburan, masakan, tutorial, pencetakan design dan sebagainya. Dulu dikenali dengan nama blog duniashida.com. Baru-baru ni dia telah menukar kepada shidaradzuan.com

28. Wan Rokiah @Wawa (www.mommywawa.com) $130

Blog mommywawa merupakan blogger pantai timur yang menulis tentang lifestyle, parenting, personal tips, tips kesihatan, kecantikan.

29. Meksah (www.meksah.com) $130

Meksah, ibu kepada seorang anak lelaki berumur 3tahun mula menulis blog sejak tahun 2020. Pengalaman selama 8 bulan, dia banyak menulis tentang Lifestyle Blog, berkongsi pengalaman dan informasi. 

30. Norhana Rosmida (www.hannamaruku.com) $130

Berkecimpung dalam dunia blog selama 14 tahun sejak 2017. Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.

31. Syazni Rahim (www.syaznirahim.com) $125

Mula menulis blog sejak 2009. Seorang  pensyarah  dan juga seorang blogger yang suka menulis dan telah menghasilkan dua buah buku fiksyen iaitu Terkaitnya Kita dan Life Baggage. Penulisan gaya santai menceritakan tentang Lifestyle dan juga cerpen.

32. Hawa Hassan (www.hawahassan.com) $115

Blog lifestyle  yang suka kongsi tentang 'home organizing', projek DIY, aktiviti berkebun, resipi mudah serta pelbagai tips dan panduan kehidupan. 3 tahun dalam dunia blog sejak bermula pada tahun 2018.

33. Zati Salim (www.zatisalim.com)

Sudah lama dalam dunia blog selama 10 tahun bermula bulan Disember 2011. Blog lifestyle, berkongsi tentang isu semasa, tips, resepi, tutorial blog dan banyak lagi. 

*Nilai value tak dapat dipaparkan disebabkan pertukaran domain mungkin.

Bagi yang tidak tersenarai dalam Top 33 Lifestyle Bloggers in Malaysia in 2021, jangan lah hampa ye. Penilaian tu juga sebagai pembakar semangat untuk terus maju berkembang dalam dunia blog. Turun naik blog itu biasa. Jadikan sumber inspirasi untuk menjadikan blog lagi bagus.

Yang tak tersenarai mungkin niche berbeza. Takpe, nanti saya akan senaraikan Best Blogs You Need To Follow in 2021, general blog masuk semua niche. Tunggu ye. Sebelum tu, boleh lah berblogwalking di blog mereka.

Terima kasih juga yang menyenaraikan blog saya dalam senarai blogger kategori yang berkaitan.

21 comments:

  1. Tahniah buat semua.. semua hebat-hebat.. keep writing..

    ReplyDelete
  2. Hehe tak sangka tersenarai walaupun corot 😂

    Membakar semangat untuk terus berblog ni, tq fiza 😘

    ReplyDelete
  3. Dengan kepelbagaian entri setiap blogger makin memeriahkan dunia blogging. Moga semua blogger yang ada terus rajin menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. memang memerlukan semangat antara blogger.. agar terus seiring dengan peredaran masa.. Huhu..

      Delete
  4. tahniah untuk yang tersenarai, blog merapu mcm akak punya memang takde nya tersenarai dlm mana2 list dik oi hehehhe... blog cacamarba

    ReplyDelete
  5. Tanjat akak blog akak ada dalam senarai...

    ReplyDelete
  6. Wah.. ohsem..
    Tahniah pada semua yang tersenarai..

    ReplyDelete
  7. Wah.. Memang semuanya hebat. Blog sendu saya bila lah nak tersenarai. Hehe. Tahniah Fizah

    ReplyDelete
  8. tahniah semua! nk blogwalking dan follow la.

    ReplyDelete
  9. Wah Fiza nombor 1. Tahniah. Harap berterusan menulis.

    ReplyDelete
  10. tahniah yang tersenarai :) saya pun terinspirasi juga

    ReplyDelete
  11. fuhhhhh dasat2 belaka tahniah👍👍👍

    ReplyDelete
  12. yay!!! bestnya bila listed kan, hopefully one day il be on the list too :)

    ReplyDelete
  13. Untunggg.. hehee.. mahal kan harga blog blog kita ni... Fuh...lelagi kalau rajin hapdet..terbaikkk semuanyaaa.. Keep it up! Hihi..

    ReplyDelete
  14. terima kasih utk senarai ni. Bila lihat nilai tu, rasa makin excited pula! :D Moga kita semua akan terus aktif dgn blog

    ReplyDelete
  15. perghhhh jatuh teruk nilai WOW akak..hahahahahhahaha!!!!! tu la padan muka tak update 🤭🤣

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.