Zoo Negara Kembali Dibuka

Sektor pelancongan sudah kembali beroperasi. Zoo Negara kembali dibuka untuk orang ramai setelah operasi ditutup beberapa kali sejak PKP 1.0 dilaksanakan bagi mengelakkan penyebaran wabak COVID-19. 

Yeay! Tapi yang jauh masih lagi tak boleh rentas negeri nak menjejak ke Zoo Negara tu.

Ini berita baik juga untuk Zoo Negara. Sebelum ni dikatakan pengurusan Zoo Negara hanya bertahan sampai bulan April sahaja akibat terjejas dengan pandemik COVID-19. Sekiranya PKP masih dilanjutkan, Zoo Negara tidak dapat bertahan lagi.

Zoo Negara kembali dibuka 5 March 2021 Dengan Diskaun 20%

Pembukaan semula Zoo Negara telah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Lembah Klang. 

Harga Tiket Zoo Negara

Harga tiket Zoo Negara adalah harga normal sebelum diskaun 20%.

harga tiket zoo negara
sumber : Zoo Negara

Bila Zoo Negara dah dibuka semula untuk pengunjung ni at least boleh menaikkan ekonomi juga. Zoo Negara telah mula dibuka pada hari Jumaat lepas 5 March 2021.

Bukan hanya itu, satu lagi tarikannya adalah diskaun 20% untuk harga tiket dewasa dan kanak-kanak sebagai. 

Inisiatif ni dilaksanakan pihak pengurusan bagi mengatasi masalah kekurangan dana untuk memastikan haiwan di Zoo Negara kekal terpelihara.

Kos ini juga untuk  menampung penyelenggaraan Zoo dan haiwan.

Rimba Reptilia

Zoo Negara juga telah mewujudkan rimba reptilia dimana ianya akan menjadi sebuah pameran reptilia terbesar di Asia.Kini hanya dibuka sebahagian sahaja sebelum dibuka sepenuhnya selepas siap semuanya nanti.

Zoo Fit

Selain itu, Zoo Negara juga akan melancarkan acara Zoo Fit 2021 sebagai salah satu acara tahunan untuk tarikan para pengunjung menyertai aktiviti riadah yang dianjurkan oleh Zoo Negara.

Ini bermakna, Zoo Negara akan bertambah meriah dengan berbagai aktiviti dan tarikan untuk pengunjung yang datang. 

Waktu Operasi Zoo Negara

9:00 pagi - 5:00 petang

untuk maklumat lanjut, zoo negara ticket purchase : www.zoonegaramalaysia.my

Yang dekat tu boleh lah bawa anak-anak adik-adik ke Zoo Negara. Sejak dibuka haritu ramai juga pengunjung yang datang tengok di berita. Ramai ramai tu, pandai-pandailah ye jaga penjarakan sosial dan kebersihan diutamakan.

Pakai mask dan stay safe.

19 comments:

  1. Wah.. seronok dapat pergi zoo, tengok binatang. Akak dulu masa duduk KL, selalu bawa anak-anak yang masa tu masih kecik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun dah dewasa, tetap rasa seronok pergi Zoo tengok binatang. Dulu masa kecik feel dia lain :)

      Delete
  2. favorite place is zoo, tapi tak pernah lagi pergi zoo negara, selalunya zoo taiping jer heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zoo Taiping lagi best Zoo Negara. Tak pernah pergi Zoo Taiping. huhu

      Delete
  3. alhamdulillah, da boleh la bawak anak2 pergi zoo..yang penting jaga SOP kan..teringin juga nak tengok rimba reptilia tu kalo da siap nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, jaga SOP. Dapatlah anak anak berpeluang bebas seketika tengok binatang kat Zoo. Mesti excited.

      Delete
  4. Tengah cari masa sesuai ni nak bawak anak4 ke Zoo Negara. انشاء الله moga dapat membantu sikit sebanyak kelangsungan zoo

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dah buka kembali. Tahun 2019 pernah pergi zoo negara ni. Bestttt pusing pusing sambil mengenali binatang or haiwan yang lain. Memang tak menyesal pergi masa tu 😁

    ReplyDelete
  6. weekend baru-baru ni sesak jalan area zoo...
    ingat kan ada eksiden, rupa nya org beratur nak masuk zoo...
    hehehe nasib kak ret smpt dah gi zoo bawa bdk2 ni last yr

    ReplyDelete
  7. Apa habaq la haiwan2 di sana noo..semoga sihat dan cukup makan semuanya 😷

    ReplyDelete
  8. alhmdllh...ada pengunjung, ada rezki utk haiwan2 mkn...moga pkp tak dtg kembali

    ReplyDelete
  9. Lama sangat dah tak pergi Zoo Negara.
    Zaman sekolah dahulu kala asal rombongan ke Zoo Negara mesti nak join hahahaa...

    ReplyDelete
  10. Seronok juga kalau dapat riadah dalam Zoo Negara.

    ReplyDelete
  11. Sepanjang hidup, tak pernah lagi ke Zoo Negara.. Entah bila ler nak jejak.. Hubu...

    ReplyDelete
  12. Yg dekat boleh la bawa anak2.. kesian haiwan2 mesti tak cukup makanan disebabkan tak ada pengunjung

    ReplyDelete
  13. Lama sungguh tak pi zoo negara. Mesti banyak beza berbanding zaman 90-an.

    ReplyDelete
  14. tahu x sepanjang duduk KL sy x penah pegi pun zoo negara ni hehehe... kalau lalu dpn zoo negara dah beribu kali kot ;-)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.