Anak Kedua Dato' Sri Siti Nurhaliza

Comel betul anak kedua Dato' Sri Nurhaliza sama macam kakaknya Aafiyah. Gambar anak Dato' Siti Nurhaliza yang baru bersalin di kongsikan oleh Asyraf Khalid semalam tular terus di media sosial. 

Anak Kedua Dato' Sri Siti Nurhaliza

Tahniah buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa atas kelahiran anak kedua, seorang bayi lelaki. 
Dah dapat sepasang dah anak perempuan dan anak lelaki. Tumpang gembira dan semoga ada rezeki juga dapat anak sepasang. 

Tapi nak buat IVF agak memakan kos yang tinggi. Kita doa dan usaha dengan cara yang lain. Semoga Allah berikan rezeki anak dan berpeluang merasainya. Aaminn...

Dato' Sri Siti Nurhaliza bersalin 2021 ni kita trending of the year lah juga. Penyanyi tersohor dapat cahaya mata baru, ramailah peminat teruja. 

Umur Aafiyah anak Dato' Sri Siti Nurhaliza pun dah masuk 3 tahun. 3 tahun dah jadi duta kecil untuk produk minuman kesihatan Beaukids Aafiyah keluaran syarikat CTDK Holdings Sdn Bhd milik Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa.

siti nurhaliza bersalin 2021

Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pukul 6.71 pagi.
Bayi seberat 3.84kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan juga bayinya berada dalam keadaan baik dan sihat.
Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.
Apa yang penting bagi Dato’ Sri Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.
Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses kelahiran.
Pasangan inj juga berterima kasih kepada pengasas dan pengarah Alpha IVF & Women’s Fertilization (IVF) bagi kandungan yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak kedua ini juga.
Kehadiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan reseki serya rahmat Allah SWT.

Nama anak Dato' Sri Siti Nurhaliza yang kedua masih belum dikongsikan lagi. Netizen kata, untung keluar ke dunia jadi anak Dato Siti Nurhaliza. 

Bukan mudah juga ye nak jadi anak selebriti terkenal. Sentiasa menjadi perhatian peminat. 

11 comments:

  1. Dah selamat bersalin Siti. Comei baby.
    Semoga Fizah juga akan beroleh rezeki yang sama juga. Amin..

    ReplyDelete
  2. Dah bersalin rupanya. Alolo comel. Semoga Fizah pun dikurniakan rezeki zuriat soleh dan solehah. Bulan Ramadan ni banyakkan berdoa. Ewah pandainya aku nasihatkan orang 😁

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...sepasang dah anak2 Siti..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum fizah... comel kan.. rezeki dato siti dapat sepasang. Semoga ada rezeki utk kita juga sedang dalam perjalanan ke rahim. aamiinnn...

    ReplyDelete
  5. Sekejap je rasa, tup tup dah bersalin. Alhamdulillah, cukup sepasang.

    ReplyDelete
  6. Moga Allah beri peluang pada Fiza untuk mempunyai cahaya mata. Amin.

    ReplyDelete
  7. Masya Allah tabarakallah.. Semoga kakak segera dianugerahi bayi mungil yang lucu ya, kak.. Aamiin..

    ReplyDelete
  8. Comel baby! Masih merah lagi. Selamat datang ke dunia.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah 'kembar' aafiyah dah selamat dilahirkan...

    selain kos, kebarangkalian utk mengandung tu pun agk mencabar. ada yg buat ivf byk kali tpi tu laa... Allah belum bagi rezeki lg...

    selamat datang khalifah Allah...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.