Bougainvillea pink

Mencabar betul bulan puasa masa musim panas ni. Panas bukan biasa biasa. Pokok pokok pun layu, lecur habis daun hijau jadi coklat.

Bougainvillea, nama kampung dia bunga kertas. Bunga favourite mak. Bermacam koleksi warna ada. Putih, pink, dwitone pun ada! 

Bougainvillea

Hari ke empat lah jaga mak waktu siang. Semalam cuti tukar shift dengan anak buah sebab nak settlekan urusan di Balai Polis. Kena extend pelepasan tu selagi mak tak keluar wad.

Tengok bazaar Ramadan meriah betul. Tapi tak terjebak ke sana. Beli kuih pun order kat orang kampung je. Mana lah kes baru tak naik kan. Sana sini meriah. Raya pun postpone lagi. Macam kena raya macam tahun lepas je. Dendang perantau lagilah kita.








12 comments:

  1. Johor bila bulan puasa mesti panas. Saya dulu kalau plan nak balik kampung time puasa mesti gi time cuti puasa. Haha. Tak boleh cakap apa Fizah. Kawasan kampung memang kurang kawalan SOP berbanding bandar. Harap kes menurun

    ReplyDelete
  2. itu la, kes makin byk kan.... ada vaccine pun tak membantu

    ReplyDelete
  3. bunga ni mmg pebret org lama2 ni...
    dulu kat rumah kak ret berlambak bunga2 ni sbb arwah parents mmg rajin nak jaga...
    bila diorang dah takde, semua bunga2 dia pun turut hilang sikit demi sikit....

    ReplyDelete
  4. Suka jg dgn bunga krts, tp kalau sdh gugur 😂😂😂 aduduhhh, kena brsh kan

    ReplyDelete
  5. Bunga kegemaran ramai, memang ramai yang tanam depan halaman rumah masing masing hehehe. Betul, kes makin tinggi, nampak gayanya memang tak boleh rentas negeri lagilah.

    ReplyDelete
  6. Bunga kertas ni suka yg mix color nasib ada beli utk fil tunggu besar baru cantik

    ReplyDelete
  7. bunga fevret arwah mak saya juga, mcm2 jenis ade... tp since mak dah takde, pokok pon mcm tak terjaga dah

    ReplyDelete
  8. Mari berdendang perantau kita Fiza hahaaaa....
    Baiklah beli kuih dengan orang kampung. sekarang ni banyak yang langgar sOP di bazar Ramadan.

    ReplyDelete
  9. Bunga kertas bunga yang selalu ditanam orang.
    Tidak tahu hendak cakap apa. Orang sudah penat hendak 'berpantang' lagi waktu Covid.

    ReplyDelete
  10. bunga ni pasti mengingatkan saya arwah jiran kat kg. ms sy kecil dia ada tanam pokok kertas ni. pokok ni membesar smpi kn sy boleh duduk kt batangnya (sy buat buai tp x bergerak pn). bunga yg gugur sy kutip buat main pondok2.... waaaa tiba rs nak nangis laa pulak...

    ReplyDelete
  11. Sha pun dari Ramadan pertama, tak singgah lagi bazaar.. Beli dekat kedai kecik yang tak ramai orang je.. Tak sanggup nak bersesak-sesak dengan kes naik.. Cantik bunga kertas ini tambah bila dwitone..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.