Hilang Fokus

Sejak balik dari kampung, hati ni rasa berat hati nak balik. Fikirkan mak dengan abah berdua kat rumah. Mujurlah ada 2 orang kakak yang stay dekat. Kakak lagi sorang pun dah balik Selangor. 

Syukur juga keadaan abah masih mampu berjalan dan berselera juga nak makan. Kalau dia terbaring je, tak selera makan tak ada tenaga lagi risau dibuatnya.

Kadang kadang on off juga kesihatan abah yang struggle dengan kanser tahap 3. Nak buat kerja memang tak larat. Itupun dia gigih puasa dan pergi masjid bertarawih kalau terdaya.

Pagi semalam, kakak whatsapp bagitahu abah jatuh katil. Abang ipar hantar pergi hospital. Mulanya masuk air je. Lepas tu kena tahan wad sebab doktor risau nafas abah macam semput. Allahu...Terus jammed otak ni. 

syukur
sumber : twitter @zul_hxlmi

 
Doktor awal awal pesan tak dibenarkan sesiapa jaga di hospital. Abang sulung pulak baru touch down Malaysia dari Sudan. Kena quarantine 10 hari. Abang nombor 2 tengah tak sihat pulak, yang dua abang lagi kerja. Makanya, kena juga mengharapkan adik beradik dekat jaga mak dan abah buat masa ni. 

Lepas mak operate, hari hari kena cuci luka kaki. Syukur juga rumah dekat dengan klinik desa kat kampung. Cuma jumaat sabtu terpaksa cuci ke klinik kat pekan. Bergilir gilir lah kakak berdua yang dekat tu. Kalau tak kerana Covid ni dah berdesup balik kampung. 

Harap harini abah boleh keluar wad lah. Lebih mudah jaga di rumah je. Risau dua dua stress je dengan keadaan sekarang. Kita tak boleh nak tunjuk kita sedih, nanti mereka lagi tak kuat. 

Baru beberapa hari mak discharge, abah pulak warded. Ujian buat kami semua. Harap kalau nak balik nanti urusan pelepasan negeri dipermudahkan. Rasa leceh betul lah nak pergi balai polis tu. Lain balai polis lain dia punya ceritanya.

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT tidak akan terlepas daripada ujian. Ada di antara mereka yang diuji dengan kesakitan, kesusahan hidup, kematian dan sebagainya berdasarkan kepada tahap mereka.

Leceh pun leceh lah, janji ikut cara yang betul merentas negeri. Sekarang ni musim kompaun tengah berleluasa. Awas ya! Ada mata mata memerhati.

Sejak balik rumah haritu, kalau ada panggilan dari mak, abah dan kakak memang dup dap je. Berdebar lain macam. Risau betul apa apa berlaku. Hilang fokus nak buat segala kerja. Tapi teruskan juga menyibukkan diri supaya tak fikir bukan-bukan. 

Apa yang kita boleh buat, doa semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberikan kesembuhan. 

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka, berubatlah kamu.”
[Riwayat Ahmad (12596)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadis ini sebagai sahih li ghairihi]

19 comments:

  1. Allahuakhbar.. Semoga dipermudahkan segala urusan fizah dan keluarga yg lain tuk jaga mak dan abah... Doa moga kesihatan mak n abah bertambah baik ye..

    ReplyDelete
  2. Allahu...banyak sabar dan doa banyak2 Fiza moga urusan dapatkan surat merentas berjalan lancar. pelik la sekarang...susah sanagt kalau ada emergency

    ReplyDelete
  3. bila ibu bapa kita tk sihat..nk plak tkleh rentas negeri dlm keadaan skarang, mmg kita sbg anak akan tk tenang jiwa...smoga dipermudahkan urusan fizah dan smoga mak dan abah cpt baik

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan segala urusan fiza. Semoga mak ayah fiza sihat juga. Betul kata tweet tu, rezeki orang tak sama. Beruntung mereka yang duduk dekat dengan mak ayah.

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan urusan Fiza..ibubapa tiada pengganti, berbaktilah..disaat mereka memerlukan..

    ReplyDelete
  6. Semoga Fiza tabah hadapi ujian. Harap semua dipermudahkan dengan masalah berlalu pergi. Amin.

    ReplyDelete
  7. Allahu... semoga dimudahkan urusan Fiza dan keluarga. In shaa Allah dimudahkan urusan semua.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah dugaan dan ujian untuk keluarga kak fizah. Semoga akak dan keluarga tabah menghadapi. Betul tu, kita tak boleh sedih sedih depan si sakit sebab nanti diorang lagi sedih.
    Semoga mak dan ayah kak fizah cepat cepah sembuh seperti sediakala. Aaamiiin aamiin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete
  9. Semoga mak dan abah Fizah cepat sihat. Semoga urusan Fizah dipermudahkan. Memang susah jaga orang kat hospital musim covid ni. Tak boleh ramai-ramai. Harap sorang, orang pun ada keluarga sendiri nak dijaga. Sabar banyak-banyak ye, Fizah.

    ReplyDelete
  10. Kita hanya mampu bersabar dalam menghadapi dugaan hidup ini kan Fiza. Samalah Kak Amie, hidup jauh di perantauan. Kalau dengar emak atau ahli keluarga sakit atau ditimpa musibah memang tak senang duduk dibuatnya. Lepas pembedahan, memang kena jaga elok-elok. Kak Amie faham sangat sebab dulu pun pernah jaga MIL di hospital, dan melihat sendiri setiap hari kena cuci ibu jarinyayang dipotong.
    Doa banyak-banyak agar setiap hari yang lalui sentiasa dipermudahkan, untuk diri dan juga keluarga.

    ReplyDelete
  11. Allahuakhbar.. Semoga urusan Fiza dipermudahkan... Didoakan juga mak dan ayah Fiza diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.. Aamiin.. Semoga Fiza sekeluarga tabah dan sabar dengan ujian ini..

    ReplyDelete
  12. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Polis pun terpaksa jadi strict sebab ramai ambil kesempatan. Yang jadi mangsa yang betul memerlukan. Time macam ni rasa bersyukur tak kahwin dan masih duduk dengan parents. Walau tak dapat jaga dengan sempurna, namun still nampk depan mata

    ReplyDelete
  13. Macam dengan Naim, kesian dekat abang2 Naim yang dok perantau. dok teringat dekat kg huhu

    ReplyDelete
  14. semoga dipermudahkan segala urusan kak! insyaAllah semua baik baik je. tapi tulah tah bila la boleh rentas negeri ni

    ReplyDelete
  15. Saya ikut prihatin dengan kejadian yang dialami kak Fiza.
    Semoga segala sesuatunya kembali baik dan bapaknya kak Fiza juga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  16. faham perasaan dan kerisauan tu.. mmg saya pun bila tengok kawan2 mengeluh rindu keluarga saya mampu doakan je untuk diorang semoga kuat. mmg perit.. sabar ya..

    ReplyDelete
  17. semoga diberi kesembuhan kepada abah dan mak fiza..bila parents tak sihat, memang boleh buat kita hilang fokus..lagi2 dalam keadaan sekarang ni bila ada kekangan untuk kita merentas negeri balik kampung jenguk mak ayah..mak mertua akak pun hari tu baru lepas operate kaki sebab kencing manis..hari2 kena cuci luka juga..

    ReplyDelete
  18. sedihnya baca ni, hope kak fiza tabah dgn segalanyaa :(
    skrg ni smua susah kan ... kita ikut SOP teruk2 tapi tak ada yang berkurangan pun

    ReplyDelete
  19. Moga mak abah akak diberi kekuatan melawan penyakit yang menimpa dan moga dipanjangkan usia... Amin.. Tak senang duduk kalau tahu dorang sakit... Kan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.