Header Ads

Ikan Kembung Bakar Zarra Ikan Bakar Seremban Sedap Tak Tipu!

Sampai hati restaurant cancel order saya. Baru je bercita-cita nak makan nasi beriani. Tup-tup dia cancel order pulak. Tak baik tau kecewakan tekak orang berpuasa. Dah kempunan nak makan nasi beriani. Nak order pun jadi fobia pulak dah. Yelah takut-takut kena cancel order sekali lagi.

Lepas order yang satu tu cancel, terus buat order baru. Mujurlah masa tu baru pukul 5 lebih. Awal lagi. Sempatlah nak order dari kedai lain. Bulan puasa ni banyak kedai closed kedai awal. Kena cepat cepat lah ordernya pun.

Saya order nasi kukus dan ikan kembung dua set dari Zarra Ikan Bakar. Banyak pilihan ikan bakar yang ada. 

Menu Zarra ikan bakar Seremban 

  • ikan kembung
  • ikan siakap
  • ikan keli
  • ikan pari
  • ikan cencaru
  • ikan talapia merah

Boleh add on nasi tambah dan sambal belacan juga. Bukan itu je, ada jual air tebu dan kelapa muda yang jarang orang jual. Okaylah kan ada pilihan air sekali boleh add on. 

Tapi saya tak beli pun. Cukuplah buat air sendiri je kat rumah. Lainlah kalau teringin minum air tebu ke air kelapa ke.

Ikan Kembung Bakar Zarra Ikan Bakar

Set nasi kukus dan ikan kembung didatangkan dengan 2 jenis sambal. Sambal kicap dan sambal belacan berserta salad. Sambal belacan dia sedap. Macam sambal saya buat tanpa belacan. Lebih kurang macam sambal gesek versi blender bukan gesek. Sodap! Pedas pun pedas.

Sambal kicap saya tak rasa lansung sebab dah ada sambal belacan sedap. Husband je dok makan sambal kicap sebab dia tak makan sambal belacan. Ikan bakar dia bukan jenis ikan bakar kosong, ikan bakar bersambal. 

Saiz ikan boleh tahan besar juga dan ikan fresh. Dibungkus elok dalam aluminium foil untuk kekalkan kepanasan ikan yang baru masak. Hari pertama saya beli, ikan dialas dengan daun pisang. Hari kedua tak nampak daun pisang pulak. Sedap betul kalau ikan bakar dibakar balut dengan daun pisang kan. Aroma daun pisang pembuka selera.

Disebabkan sedap, esoknya repeat order ikan kembung bakar sekali lagi. Puas hati makan ikan bakar sedap dua hari berturut turut. 

Ikan Kembung Bakar Zarra Ikan Bakar

Pada saya harga boleh tahan dengan rasa ikan bakar yang sedap. Cuma dia agak mahal sikit bila gunakan food delivery. Kalau beli direct di kedai dapat lebih murah dari ini. Malas nak keluar, kita order delivery by foodpanda je lah. 

2 XSET NASI KUKUS + IKAN KEMBUNG BAKARRM25.80

SubtotalRM25.80
Difference to minimumRM0.00
Incl. delivery feeRM1.99
Service feeRM0.00
DiscountNot Applicable
VoucherNot Applicable

TotalRM27.91
Including 0.006% Service Tax-Foodpanda and RestaurantRM0.12

Lokasi Zarra ikan bakar, depan Ge Dabucks Foodstation Persiaran Sri Pulai 2, 70200 Seremban, Negeri Sembilan. 

Sedap tak tipu. Tengok rate dan review masing-masing bagi 5 star kot. Peniaga yang bagus kekalkan kesedapan makanan yang dijual. Recommended!

هناك 44 تعليقًا:

  1. Nampak menyelerakan.. ������

    ردحذف
  2. Biasa dah tuu, order dalam foodpanda jadi mahal, tapi kalau beli direct di kedai, murah je. Foodpanda ambik % tinggi kalau tak silap hehehe

    ردحذف
  3. emmmmm.....dapnyer. Kalau ikan tu ganti ngan ikan pari pon sedap jugak. Pastu kena pulak cicah air asam. Fuhhhhh...layan!!

    ردحذف
  4. Harga mampu bayar. Sedap nikmat kalau dapat makan haha

    ردحذف
  5. tgk gmbr ikan kembung bakar pon sedapp., ;p

    ردحذف
  6. Tak pernah order lg dgn foodpanda. Tp tgk gmbr tu mmg nmpk sedap

    ردحذف
  7. Sedapnya ikan kembung... kakmim dh lama x bertegur dgn ikan kembung sejak husb akak bawak sekilo ikan kembung balik ari tu... sampai xtau dh nk masak apa terus boikot x beli ikan kembung sejak tu.. hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha..itu tandanya dah bosan dengan si kembung. Sini susah nak jumpa ikan kembung kakmim. Itu yang beli ikan kembung 😁

      حذف
  8. Sedap sampai 2 hari berturut-turut. Senyum puas makan. Hehe kalau akak pilih ikan pari sebab jarang dapat makan.

    ردحذف
    الردود
    1. Ye, repeat order kak sebab sedap kena dengan selera. Saya tak makan ikan pari. Itu yang ordeer ikan kembung 😊

      حذف
  9. Tak rugi beli berkali-kali sebab rasa yang sedap.
    Sejak Abang Farid balik Malaya, jarang sangat abang angkatnya,Foodpanda datang ke rumah kecuali kalau Fairuz ada pesanan.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah dapat merasa yang sedap kak amie. Sekarang abang angkat fairuz pulak ye :)

      حذف
  10. Wah! nanti nak cuba jugaklah. Selalu nak order tak tahu mana kedai sedap

    ردحذف
  11. Sedapnya, makan ikan bakar. Akak pernah beli foodpanda untuk juadah berbuka, order pukul 3 petang. Biar awal, kalau pukul 5/6 petang, sibuk foodpanda. Nanti delay lagi. Akak pernah tunggu lama, tengok-tengok rider foodpanda excident. Naya betul. Kita kelaparan tunggu. Tapi kat system, cakap your food has been delivered. Ingat kena tipu je. Terus report. Dia refund balik duit kita. Sejak tu merajuk kejap. Baru recently akak order balik, tu pun nak selamat, order awal. Eh, terpanjang komen pulak. Hehe..

    ردحذف
    الردود
    1. Allahu..kesian pulak kat rider foodpanda tu. Conclusion dia, kena order awal gitu :)

      حذف
  12. Menu ikan bakar bila buka puasa mmg menyelerakan.. Kt umh ni husband bakar ikan terubuk ngan cencaru

    ردحذف
    الردود
    1. ye betul. ika terubuk sedap tu tapi banyak tulang. Ikan cencaru sedap tu dibakar :)

      حذف
  13. memang nampak kesedapannya tu! setakat ni belum pernah lagi kena cancel order..cuma pernah tertinggal barang yang diorder banyak kali jugak lerr dengan foodpanda hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Tertinggal barang tu biasa. penat juga nak hadap. aduiii..sabar je lah.

      حذف
  14. Tak pernah guna foodpanda. Apapun seller yang jual makanan sedap memang recommended. Bila sedap orang akan repeat order lagi..

    ردحذف
  15. saya ni suke ikan bakar, especially cencaru bakar. tp susah nak jumpe yg sedap2 kat area saya ni

    ردحذف
    الردود
    1. cencaru bakar memang sedap dibakar. kann..susah nak jumpa yang sedap. Dapat yang sedap boleh repeat order :)

      حذف
  16. delivery memang mahal..kena walkin jg baru murah hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu. Nak tak nak kalau malas nak keluar, terpaksa juga bayar mahal sikit.

      حذف
  17. Okeh tak rugi kalau macam ni kan..boleh la akak cuba...guna Foodpanda kan?

    ردحذف
  18. Suka ikan bakar bersambal macam ini.. Harga pun not bad..

    ردحذف
  19. Fuh, selamat sy tgk brni selepas sahur... hahaha. kalai dah nak bukapuasa, kecur gak rasanyaaa.. hehehe

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.