Ini Rahsia Mi Goreng Sedap
Teringin nak makan mi goreng sedap tapi nak cuba cara masak yang lain. Pernah jemu makan mi goreng sampai nampak mi goreng pun rasa nak muntah.
Tak tahulah sejak COVID-19 terperap duduk rumah ni selera makan pun jadi tak sihat. Cepat betul jemu nya!
Jadi kenalah cuba cara masak mi goreng sedap cara orang lain. Kot kotlah selera tu datang semula. Teringat ada bookmark resipi " Mee Goreng Basah Yang Lazat | Tasty Wet Noodles | Mee Goreng Basah Kedai Mamak | Tasty Fried Noodles" channel youtube Guru's Appetizing Studio.
Menarik cara masakan dia gunakan udang kering dan ikan bilis tumbuk. Selama ni saya tak pernah pun jadikan ikan bilis bahan tumis untuk masak mi goreng.
Sajalah tiruvasi bahan Guru's Appetizing Studio tu. Tapi masak cara saya lah macam biasa. Beza dia cuma tambah udang kering dan ikan bilis je.
Mi goreng sedap mudah
ikan bilis (tumbuk)
2 biji bawang merah (Sederhana besar- 1 biji potong², 1biji tumbuk kasar)
2 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
cili api
2 sudu besar cili kisar
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
2-3 sudu kicap manis
udang
1 biji telur
sawi
minyak untuk menumis
1pek mi kuning (celurkan dengan air panas dan toskan)
Cara masak mi goreng sedap
- Panaskan minyak masak, tumis ikan bilis dan udang kering. Di ikuti dengan bawang potong. Selepas garing sikit baru masukkan bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih dan cili api). Biar garing kejap.
- Masukkan cili kisar, kacau dan biarkan garing juga. Lepas tu baru masukkan udang.
- Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram. Kacau rata, pecahkan telur.
- Masukkan mi, kacau lagi bagi sebati mi dan bahan bahannya.
- Akhir sekali baru masukkan sawi dan kicap manis. Kacau rata dan siap!
Kalau buat mi goreng basah, kena makan panas panas. Dibiarkan lama kembang pulak mi tu nanti. Rasa pun tak sedap dah.
Tengok cara dia masak pun rasa macam tempting sangat, kan? Itu yang cuba gak tu. Memang sedap! Ini rahsia mi goreng sedap rupanya. Kena letak ikan bilis dan udang kering, itu pointnya.
Saya buat mi goreng sedap versi pedas letak cili api. Barulah kena dengan segala sos dia. Pedas itu sedap untuk seorang yang suka pedas.
Saya pun masak mee tak guna udang kering dan ikan bilis.
ReplyDeleteIkan bilis biasa guna buat nasi goreng.
udang kering memang takde kat rumah. jarang simpan buat stok
Dari jauh sini kebayang aroma sedapnya mie goreng dengan tambahan udang kering dann ikan bilis .., hmm ...,aku akan membuatnya juga :)
ReplyDeleteDahh terbau bau mi goreng sedap ni. Boleh lah try lepasni, sebab biasa masak ikut yang kakak je ajar. Boleh cuba untuk kelainan kan hehehe
ReplyDeleteantara menu wajib dibulan puasa, sekali pun kira jadi lah
ReplyDeletenyum nyum sedapnya :)
ReplyDeleteKunjungan perdana ke blog ini. Menarik resep mi gorengnya. Jenis minya tebal seperti spaghetti dengan bumbu yang lezat. Salam dari Indonesia, stay safe and healthy
ReplyDeletesedapnya..suka mee goreng basah..
ReplyDeletewah.. mengancam.. Sha selalu guna ikan bilis tumbuk sebagai rencah nasi goreng atau bihun goreng.. Tak pernah guna untuk goreng mee.. menarik..
ReplyDeleteTentulah sedap
ReplyDeleteWowww. Dah trbayang rasa nya..mesti sedapppppppp ��
ReplyDeleteok park tepi resepi ni..nnt nk cuba..tq fiza :)
ReplyDeleteterima kasih share resepi. boleh try nanti. nampak mcm sedap
ReplyDeleteHaah la selalu rencah bawang putih, bawang besar. Tidak pernah lagi letak udang kering dan ikan bilis tumbuk.
ReplyDeleteYummeh. Akak suka mi goreng yang basah-basah 😊
ReplyDeletewaa thanks sharing resepi !!! sedapnyaaaaa
ReplyDeleteMemalam nengok, lapo jadiknyaaaa! Hehee
ReplyDeleteSedap ni makan basah2
ReplyDelete