Header Ads

Jaga Mak

Dapat surat pelepasan berkuatkuasa pukul 9:00 malam. Makanya lepas tarawih baru gerak balik Segamat. Walaupun perjalanan ambil masa 2 jam je dari Seremban, dia punya penat lain macam. Penat otak sekali banyak benda nak fikir.

Sampai Segamat, tidur kejap dah kena bangun semula sahur. Lepas sahur langsung tak tidur. Mengemaslah rumah apa yang patut.

Sejak mak masuk hospital, rumah tak terurus. Kakak yang baru sampai pun tak sempat nak mengemas. Anaknya dah 2 kali neb sesak nafa. Satu hal pulak kan.

Jadinya tengahari lah baru giliran saya pulak. Bawak bekal untuk mak sekali. Awal awal dah call mak tanya nak makan apa. Katanya masak ikan goreng je dah. Tak ada selera nak makan.



Urusan ambil pass dipermudahkan. Isi details dalam buku, dapat pass terus masuk wad. Penghuni wad tak ramai. Syukurlah. Ada sedikit jarak dan privasi. Mak dah siap makan rupanya. Takpelah, bekal tadi untuk makan petang je.

Sedih betul tengok kaki mak. 3 jari kaki mak dah takde. Sambil menunggu menyembang macam macam. Mak penat, mak tidur. Sementara mak tidur, taip sikit entri petang ni.

Pertama kali saya jaga mak di hospital sebab mak jarang sakit dan masuk hospital. Baru tahu suasananya. Cuaca panas. Lain macam panasnya. Kerusi pulak jenis kerusi biasa. Sah sakit pinggang duduk lama macam ni. Tapi takpe, itu sakit yang indah. Haishh sambil menaip mahu menitis air mata ni. 





هناك 22 تعليقًا:

  1. smoga mak cpt baik..dan dipermudahkan urusan menjaga mak di hospital

    ردحذف
  2. Allahuakhabar.....
    Be strong... depan mak x leh sedih2..
    anggap je rezeki fizah dapat jaga mak walau kejap... walau x semewah org dok septal mahal kan... syukur dapat gak jenguk mak, jaga makan dia... K ret doakan semoga mak fizah cepat sembuh dan cepat dapat keluar wad....

    ردحذف
  3. Moga dipermudahkan segala urusan Fiza utk jaga mak. Ambillah peluang sebanyak mungkin utk bersama mak. Susah kita, sakit kita tak seberapa berbanding pengorbanan seorang ibu melahir dan membesarkan kita. Moga mak Fiza diberi kesembuhan aamin.

    ردحذف
  4. Syukur Alhamdulillah. Akhirnya dapat rentas negeri. Faham macamana perasaan Fiza. banyakkan bersabar dan berdoa moga mak cepat sembuh. Kisah Fiza ini mengingatkan Kak Amie dulu pernah jaga MIL sakit di hospital, potong ibu jari kakinya.

    ردحذف
  5. Pengalaman tu berharga kak fizah.
    Semoga mak cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Semoga segala urusan kak fizah dan keluarga dipermudahkan :)

    ردحذف
  6. Alhamdulillah, dalam dugaan macam ni Fiza diberi peluang untuk berbakti kepada mak. Semoga dipermudahkan segala urusan.

    ردحذف
  7. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa selagi mereka masih bernyawa. Apabila sudah tiada nanti, pasti akan merindukan untuk membuat kebajikan kepada mereka. 😔

    ردحذف
  8. semoga dipermudahkan urusan puan, semoga mak cepat sembuh, InsyaAllah

    ردحذف
  9. Allahu...sedihnya.
    Semoga mak Fiza segera diberi kesembuhan oleh-Nya.
    Juga moga Allah permudahkan urusan Fiza sekeluarga untuk menjaga mak.

    ردحذف
  10. merentas negeri takde roadblock erk?

    semoga bonda cepat semboh., aminn

    ردحذف
  11. Semoga dipermudahkan. Kami dulu jaga mentua 2x di hospital sebab kencing manis. alhamdulillah tidur kat hospital gilir2 dgn kak ipar. walaupun dia tak keje, kami suami isteri keje. tp kami both amik cuti jaga mil kt hospital dan fil kat kg. suami cuti 2minggu tiap kali mak dia masuk hospital. nasib baik bos memahami. mil kencing manis luka teruk. dh 3tahun masih ulang alik g klinik cuci kaki. semoga dipermudhkn urusan kak ye berbakti kat parents dan cepat sihat

    ردحذف
  12. moga dipermudahkan urusan rawatan mak fiza dan cepat sembuh

    ردحذف
  13. dah penah rasa mcm mn jaga mama kat hosp 2 hari... mmg kena byk bersabar selain bersabar dgn org yg sakit tu... semoga mak fiza kembali sembuh spt sedia kala

    ردحذف
  14. Memang penat jaga orang sakit kat hospital. Lagi-lagi bulan puasa ni. Hospital kalau siang panas, malam pulak sejuk

    ردحذف
  15. Allahuakbar! Sedih..Hm... Kat hospital..kalau jaga waktu malam, leh mintak kerusi mcm kerusi rehat tu..sedap sikit lunjur kaki dan bersandar.. Kalau siang, memang tak dapat kott

    ردحذف
  16. Moga kesusahan Fiza dibalas dengan dengan kebaikan.
    Lega Fiza dapat jenguk emak di hospital.

    ردحذف
  17. InshaAllah dalam segala kesulitan atau kesusahan, Allah akan hadiahkan sesuatu kemudian kelak. Yang pasti, yang baik-baik saja :)

    ردحذف
  18. kak fiza pun kena jaga diri tau.. klu nak jaga mak kak fiza pun kena sihat k ...

    ردحذف
  19. Semoga semua dipermudahkan fiza.. sementara masih ada siapa lg nk jaga kalau bkn anak2. Terubat rindu mak

    ردحذف
  20. Alhamdulillah dapat kebenaran merentas.. semoga tabah dan kuat disampaing mak tersayang..

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.