Kadar Bayaran Zakat Fitrah Setiap Negeri Malaysia 2021. Zakat Fitrah dan Hukum Membayarnya

Bila tiba bulan Ramadan, umat Islam bukan hanya wajib berpuasa. Umat Islam yang cukup syarat wajib membayar zakat fitrah. Kadar bayaran zakat fitrah berbeza setiap negeri di Malaysia yang perlu dibayar bagi setiap individu.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Setiap Negeri Malaysia 2021


Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri Malaysia 2021/ 1442H

Berikut adalah kadar bayaran bagi setiap individu di seluruh negeri di Malaysia tahun 2021 bersamaan/ 1442 Hijrah yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2021
Negeri
Kadar Zakat Fitrah
Perlis
RM7.00
Kedah
RM5.00/RM7.00/RM14.00/RM21.00
Pulau Pinang
RM7.00/RM12.00/RM16.00
Perak
RM7.00/RM14.00/RM21.00
Selangor
RM7.00/RM14.00/RM21.00
Negeri Sembilan
RM7.00
Melaka
RM7.00/RM14.00
Johor
RM7.00/RM10.00
Pahang
RM7.00
Terengganu
RM7.00
Kelantan
RM7.00/RM14.00/RM21.00
Sarawak
RM7.00
Sabah 
RM6.00/RM7.00
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan
RM5.00/RM7.00/RM14.00



Apakah Zakat Fitrah? 

Zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan beragama Islam yang mampu menunaikan zakat dengan syarat-syarat yang tertentu. 

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).

Waktu Bayar Zakat Fitrah

Zakat Fitrah boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga lah pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri. Zakat fitrah boleh dibayar kepada amil-amil yang dilantik Majlis Agama Islam negeri masing-masing dan juga bayar zakat secara online.

Syarat Zakat Fitrah

  • Islam
  • Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  • Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Hukum Bayar Zakat Fitrah

Bagaimanapun, hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat.
  • Harus sebelum raya, sehari atau dua hari. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. ini satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie, dan satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.Menurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqadha’. Ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dengan luput waktunya.

Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/1940-hukum-mengeluarkan-zakat-fitrah-pada-awal-atau-pertengahan-ramadan

11 comments:

  1. Ye.. zakat jgn dilupakan bayar... pahala tu. huhu

    ReplyDelete
  2. Jom bayar zakat fitrah semua. hihi. GV pun rasa bayar online je skang. huhu

    ReplyDelete
  3. Betul, zakat fitrah jangan dilupakan. Sekarang online pun boleh je rasanya kannn

    ReplyDelete
  4. Kewajipan yang tidak boleh dinafikan.

    ReplyDelete
  5. Abah uruskan bayaran zakat fitrah. Alhamdulillah jumpa lagi Ramadhan.

    ReplyDelete
  6. tahun lepas saya bayar secara online, tp macam tak feel plak, tak dpt salam ngan amil hahaha

    ReplyDelete
  7. eh... org KL byr zakat RM5 je ke? huntung arrr hahaha

    ReplyDelete
  8. dulu byr kt bazaar ramadhan. tahun ni kita tengok macam mane. guna alternatif mudah je

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.