Kaliandra @Calliandra Merah, Bunga Landak Merah

Balik kampung tak sah kalau tak membelek bunga bunga mak. Mana berkenan, kita gambar kan dia untuk simpanan. Yang berkenan teruk tu kita angkut bawa balik lepas bodek mak. Jarang mak tak bagi. Sekali dengan pasu dia suruh angkut bawa balik nanti.

Berkenan dengan Kaliandra @calliandra merah ni yang unik bunganya. Warna merah terang dia sangat menarik.

Bunga Kaliandra @Calliandra merah (calliandra calothyrsus)

Juga dipanggil dengan nama bunga landak merah kerana menyerupai duri landak. Ada juga yang memanggilnya bunga seribu jarum dan powderpuff flower. Bunganya berbentuk separa bulat dan mempunyai rupa seperti jarum halus.

Calliandra Merah Bunga Landak Merah

Jarumnya lembut dan tidak keras. Tunas bunga dia pun comel je, bulat bulat kecil sebelum berkembang macam jarum-jarum tu. Calliandra merah sesuai untuk tanaman hiasan landskap. Calliandra memerlukan cahaya matahari yang banyak.

Klasifikasi Calliandra
Famili : Fabaceae
Upafamili : Mimosoideae
Tribe : Ingeae
Genus : Calliandra Benth.
Spesies : Calliandra haematochepala

 

Cara pembiakan Bunga Kaliandra

Boleh dibiakkan melalui biji kaliandra dan keratan batang pokok kaliandra.

Manfaat kaliandra merah

1. Batang, dahan atau tangkai sangat bagus dijadikan sebagai bahan bakar
2. Daun kalindra merupakan daun tinggi protein yang tinggi untuk dijadikan bahan makanan haiwan ternakan.
3. Bunga kaliandra sumber manisan yang akan dihisap oleh lebah menghasilkan madu. 

Kesimpulannya, pokok kaliandra bukan hanya sekadar tanaman hiasan. Bagus juga ya tanam pokok kaliandra. Tapi kena tahu juga lah jenis kaliandra yang mana satu sebab kaliandra pun ada banyak jenis.

sumber :
https://steempeak.com/original/@ferizam/tanaman-hias-bunga-landak-merah 
https://bibitbunga.com/product/tanaman-kaliandra-merah/

16 comments:

  1. memang cantik.... ralit nengok bunganya ni

    ReplyDelete
  2. Haah lah, macam duri landak bila tengok dalam gambar tuuu.

    ReplyDelete
  3. first time tgk bunga ni... nampak sgt bkn peminat bunga2 hehehe

    ReplyDelete
  4. Cantiknya, kak.. Saya teringat almarhumah mama yang dulu suka menanam bebungaan.. Cantiknya kebun berwarna warni..

    ReplyDelete
  5. Oooo namanya bunga landak merah. Cantikkan. Selalau juga nampak bunga ni.

    ReplyDelete
  6. masa opah sy sihat dulu, ada laa nmpk dia tanam pokok ni... skrg mmg dah x ada daa...

    ReplyDelete
  7. Teringat pula bunga jenjarum. Oh ini jarum di luar bunga.

    ReplyDelete
  8. ooh pokok bunga landak rupanya., hehehe
    x susah nk tanam dan bela pokok bunga camni kannn ;p

    ReplyDelete
  9. Cantiknya bunga dia..akan- akan bunga semalu kan...

    ReplyDelete
  10. Akak dah lama tak nampak pokok bunga ni. Cantik. :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.