Kuih Gunting Pemberian Mak Mentua

Mak mentua memang rajin betul buat kuih gunting untuk dijadikan kudap kudapan. Balik dari kampung, dapatlah sebekas kuih gunting pemberian mak mentua. Kuih gunting mak rangup, rapuh dan tak keras sangat. Sedang elok orang Nismilan cakap.

Tak tahulah apa resipi kuih gunting mak. Pernah sekali je tolong potong kuih gunting mak ni. Itupun masa raya. Kebetulan mak rajin nak buat masa tu. Selebihnya, tahu tahu mak dah siap buat bila balik kampung.

kuih gunting ikan bilis

Kuih Gunting

Sejenis makanan tradisi Melayu yang rangup dan sedap. Lain tempat, lain panggilannya. Ada yang sebut kerepek gunting, kuih siput gunting dan macam-macam lagi nama.

Bahan asas kuih gunting ialah tepung, air, garam, telur, marjerin, santan, bawang putih, bawang merah, santan, serbuk kari, minyak masak, udang kering dan beberapa bahan tambahan lain mengikut jenis kuih gunting.

Jenis-jenis kuih gunting

  • kuih gunting kampung
  • kuih gunting kosong
  • kuih gunting ikan bilis
  • kuih gunting udang
  • kuih gunting pedas
  • kuih gunting manis
  • kuih gunting masin

Cara buat kuih gunting simple je. Selepas semua bahan dicampurkan dan menjadi doh. Doh tersebut akan digunting-gunting kecil-kecil dalam kuali semasa minyak panas.

Tapi yang mudah ni lah saya tak pernah cuba buat. Tak tahu lah kenapa. Tahu makan je, boleh kan? Kuih gunting ni boleh dijadikan sebagai kudapan ataupun hidangan kuih raya. 

22 comments:

  1. Ini zaman k ret kecil2 slalu la uwan, mak lang buatkan kuih yg satu ni tiap kali kitrg blk kg.. Now nak buat sndri pun mls kan hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang orang lama buat lagi sedap kan kat ret. Kita rajin makan je :)

      Delete
  2. sedap ni, layannn..suka yg jenis rapuh mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang rapuh dan tak keras sangat itu yang layan tu :)

      Delete
  3. dah lama ak makan kuih gunting. dulu bermacam jenis kerepek mak buat dan jual. kecuali kuih gunting. selalu suka beli bila ada orang jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah macam macam jenis kuih orang jual. kalau minat nampak tu terus je beli tak fikir panjang dah :)

      Delete
  4. memang sedap kuih gunting ni. bahayanya, bila dah start mengunyah..susahlah nak berenti..hehe

    ReplyDelete
  5. sedapnya kuih gunting. dah terasa vibe raya

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak makannn. Sedap makan sambil tengok movie. Sedar sedar dah habis sebekas hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau layan movie memang habis sebekas. Tak layan movie, stok lambat sikit menyusut. hihi

      Delete
  7. kalau makan ni, susah nak stop tapi tatau plak nama dia kuih gunting.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Atie. Mungkin kat utara panggil kuih lain kot Atie

      Delete
  8. Wohoooo.. Lamanya tak makan benda alah nih..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.