Kulihat Hijau

Salam Jumaat, 4 Ramadan. Pejam celik pejam celik 4 Ramadan dah. Berita mengejutkan bila semalam kes baru COVID-19 terus meningkat ke 2 ribu lebih dah. Pelepasan raya pun mungkin ditangguh lagi. Aduh, raya diperantauan lagi nampaknya tahun ni.

Hari ni last day saya dapat pelepasan. Nak tak nak terpaksa extend sebab mak masih belum keluar wad lagi. Harap result mak cepat keluar, luka kering dan kalau makan antibiotik biarlah kat rumah je. Hospital boleh tahan jauh, pergi balik sejam lebih jugalah tu. Segamat pun boleh tahan banyak trafik light. Mujurlah tahu ada jalan shortcut.

Pagi ni sempat ambil gambaran cik embun di pokok lain pulak. Tak tahu lah apa nama pokok ni. Berdaun je ke atau ada bunganya. Tak pasti! Ambil je lah gambarnya sebab nampak cantik embun bulat-bulat disitu. 

Kulihat Hijau

Pokoknya rimbun dengan daun. Dari jauh kulihat hijau. Semalam kat hospital hujan lebat boleh tahan juga. Tapi kat kampung hujan gerimis je. Jadinya siram lah pokok bunga mak. Dia pun risau dah tu pokok pokok bunga dia kat rumah ni. Mak oh mak. 

15 comments:

  1. Melaka baru mula hujan semalam semenjak Ramadhan, tengahari dan waktu hampir Maghrib. Ini pun baru lepas hujan lebat.
    Sayang mak pada pokok. Harap mak Fiza cepat keluar wad dan semua ok. Amin. Itulah nampaknya tiada tanda boleh balik beraya.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya gambar yang akak tangkap :) So clear. Love

    ReplyDelete
  3. Smlm kes 2ribu lebih. terkejut jugak.

    Mak risau pokok dia kt rumah. Semoga mak cpt sembuh ya

    ReplyDelete
  4. Semoga mak Fiza dapat keluar cepat & sihat..Aamin :) Cantik hijau pokok ni Fiza!!! :) Tengok pun dah rasa gembira :)

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa Fiza dan dipermudahkan segala urusan. Tengok gambar hijau sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  6. Cantik teknik mengambil gambar.. Awesome

    ReplyDelete
  7. Hijau yang menenangkan. Cantikk betul kak fizah ambik gambar ye.
    Semoga mak kak fizah sihat sepenuhnya seperti sediakala.

    ReplyDelete
  8. mak oo mak, sakit tak pulih lagi, pkok2 kat uma juga difikirkan huhuh

    ReplyDelete
  9. kat tmpt saya ni kalau petang jer mesti hujan... atleast sejuk sikit lah...

    ReplyDelete
  10. Hspl jauh tu boleh tahan jugak la nk ulang alik. Harap tak lama di wad

    ReplyDelete
  11. kasi saya dua-tiga helai nak msk tom yam hehehe

    ReplyDelete
  12. Subhanallah .. tenang.. suka tengok kehijauan alam camni . hehe..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.