Marhaban Ya Ramadan 1442H. Ada Kisah Sedih Disebalik Awal Ramadan
Pejam celik pejam celik kita bertemu kembali Ramadan 1442H. Ikut kalendar Islam 2021, tarikh ramadan 2021 tahun ni kita akan berpuasa pada 13 April 2021 bersamaan dengan 1 Ramadan 1442H. Zaman kanak-kanak suka tunggu pengumuman puasa selain excited tunggu pengumuman raya. Awal awal dah terpacak depan TV.
recycle gambar tahun lepas je lah. No mood tahun ni nak ambil gambar baru. |
Menjelang ramadan, Allah datangkan ujian kecil. Dapat panggilan dari kakak, mak warded! Abah cakap 3 jari kaki mak akan dipotong sebab dah bernanah. Allahu...
Kejadian bermula...
Minggu lepas, lepas mak menyapu kat luar rumah. Masuk je rumah mak kata kakinya sakit. Sakit tapak kaki nak pijak pun sakit. Pergilah klinik. Doktor bagi ubat sapu dan tahan sakit. Semalam kaki mak tak okay lagi, pergi klinik sekali lagi. Doktor sarankan masuk wad.
Lepas tu doktor kata kena potong 3 jari kaki sebab dah bernanah teruk. Mak ni sejenis yang berpantang, bacaan kencing manis pun kurang sebab mak tak minum manis manis. Air kosong je air minuman dia. Pelik betul bila jadi macam ni.

Dari pagi tadi mood kelam. Buat apa serba tak kena. Tunggu gak lah surat ke apa yang boleh jadi bukti untuk minta perlepasan rentas negeri.
Sampai ke petang menunggu, mak call cakap doktor tak bagi kalau dari zon merah balik. Aduhaiii..mak pun berkali kali cakap tak payah balik dia okay. Lagilah sedih dibuatnya. Mak buat rileks taknak anak anak susah hati. Tapi kita ni susah hati tak sudah-sudah.
Sayu nak sambut ramadan kali ni. Doakan semoga kesihatan mak saya bertambah baik. Mak selama ni sihat tak pernah masuk hospital, sakit biasa biasa itu biasa. Bila jadi macam ni dengan tak dapat balik, lagilah sedih.
Cuba untuk kuat. InshaAllah...

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa. Aaminnn...
Selamat berpuasa untuk semua umat Islam.
Selamat berpuasa untuk semua umat Islam.
Updated
Mak masuk wad pukul 9:00 malam operate untuk buang 3 jari kaki. Doktor kata kena cepat buat. Takut infection sampai ke dalam darah, buah pinggang dan jantung. Pukul 10:00 malam mak selamat operate. Esok nak cuba pergi pergi Balai Polis minta kebenaran. Harap harap esok Polis baik hati bagi pelepasan. Dapat balik sekejap balik hari pun jadi lah.

In shaa Allah semuanya akan baik-baik saja. Banyakkan bersabar dan bertenang, mudah-mudahan segalanya akan lancar. Sama-samalah kita doakan moga-moga mak kesayangan Fiza sekeluarga akan cepat sembuh seperti sediakala, dan urusan rawatan dipermudahkan. Aamiin ya Allah.
ReplyDeleteAamiin ya rabbal’alamin...
DeleteTerima kasih kak Amie doakan untuk mak saya.
Semoga mak kak fizah cepat cepat sembuh seperti sediakala, banyakkan bersabar dan semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Aamiin aamiin ya rabbal alamin.
ReplyDeleteAamiin ya rabbal’alamin..Terima kasih Atiqah
DeleteSelamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan selamat berpuasa. Mari sama² kita cuba jadikan Ramadan tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Amin. 🤲🏼
ReplyDeletePs : Semasa blog walking, blok puan antara blog yang lambat loading. Blog² lain ok saja. Sudah beberapa kali saya mendapati perkara ini berlaku apabila ke blog puan.
Selamat berpuasa dan semoga ramadan kali ni lebih bermakna. Aaminn
DeleteMungkin lately saya kerap bertukar template. haru biru sikit. Atau mungkin sebab resolution gambar. Tapi dah resize. tak ada idea saya dari mana slownya loading ni. huhu..terima kasih inform :)
Ini yg kadang2 rakyat marah. Nk balik tgk mak sakit pun susah. Kalau artis mudah nk ke sana ke sini.
ReplyDeleteSemoga mak fiza sembuh dan boleh berjalan mcm biasa. Luka dgn pesakit diabetes ni mcm menakutkan. Luka sampai bernanah tu boleh kena potong kaki.
ReplyDeleteSemoga dapat pelepasan balik kampung
ReplyDeleteAllahuakbar.. Semoga cepat sihat. Risaunya kan. Dah la nak balik pun payah musim covid ni. MIL saya dulu tahun 2018, masuk wad sehari sebelum raya psl kencing manis jgk. kaki luka. memang tak raya langsung la kami suami isteri ni
ReplyDeleteSalam Ramadan.
Selamat menjalani ibadah puasa & terawih.
Semoga dipermudahkan segala urusan. Take care & Stay Safe
InsyaAllah.. semoga semuanya baik-baik sahaja..
ReplyDeleteSha doakan semoga urusan Fiza untuk pulang ke kampung dipermudahkan Aamiin..
semoga dipermudahkan segala urusan. semoga mak cepat sembuh dan boleh berjalan seperti biasa.
ReplyDeleteAllahu. Semoga mak Fizah sembuh dan Fizah n adik beradik lain boleh balik tengok Mak. Harap polis lembutkan hati. Try balai polis lain kalau tak dapat kebenaran ye
ReplyDeleteYa Allah, semoga mak akak cepat sembuh. InsyaAllah. Aamin. sabar ya kak.
ReplyDeleteYa Allah, takutnya bila tahap kena potong jari.. sy pun takut kalau gitu. hmm..Sebagai anak, kita pasti sedih.hm.. Confirm tak langgar pape masa nyapu? Sebab kalau ada kencing manis, terlanggar apa apa, luka tu susah nak sembuh..mak sy pun..tapi belum sampai tahap kena potong..ya Allah..seramnya....
ReplyDeleteSalam Ramadan.. Moga Allah makbulkan doa kita pada musim barakah ni..
ReplyDeleteInnalillah. Sedih apabila dapat beritahu begini. Sudahlah lama tidak balik.
ReplyDeleteYa Allah permudahkan urusan keluarga Fiza. Harap dapat juga kebenaran rentas negeri nanti.
Semoga dipermudahkan semuanya. Dah dapat rentas negeri jenguk mak, satu kelegaan yang luar biasa..
ReplyDeletemudah-mudahan berkat bulan Ramadan ni semuanya akan baik-baik saja utk mak fiza. aminnn
ReplyDeleteAllahu.. kalau dah starts kena potong ni, tak seronok dgr : ( kencing manis ni sighhhhh
ReplyDelete