Niat Puasa Ramadhan Dan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2021 1442H Malaysia

Salam Jumaat. Bulan Ramadhan, bulan yang mulia dan barakah bagi umat Islam. Beberapa hari lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan. Hukum puasa adalah WAJIB bagi yang cukup syarat menunaikan ibadah puasa. Jangan mengelat. 

Dulu zaman kanak-kanak mula nak belajar puasa bolehlah nak mengelat puasa yang yok. Puasa yang yok, pagi-pagi buka periuk!

Puasa dalam Islam

Maksud puasa dari segi bahasa, menahan diri. Dari istilah syarak puasa maksudnya menahan diri daripada makan, minum dan perkaraa-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Niat puasa bulan Ramadhan

Lafaz niat puasa harian di bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
 
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz niat puasa sebulan di bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
 
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

Waktu Niat Puasa Ramadhan

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq waktu Subuh. 

Niat Pusa Setiap malam atau niat sebulan sekaligus
sumber MUFTI Wilayah Persekutuan


Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2021 1442H Malaysia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyediakan jadual waktu berbuka puasa dan imsak tahun 2021 1442H untuk negeri negeri seluruh Malaysia menerusi laman web rasmi JAKIM.

Boleh semak zon kawasan masing-masing dan download siap-siap. 

Download jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2021 negeri negeri seluruh Malaysia

Sumber: JAKIM (https://www.islam.gov.my/ms/)

10 comments:

  1. Selamat menyambut bulan ramadan kak.
    sekejap je rasa masa berlalu, dah nak puasa lagi

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah izin kita menjalani ibadah puasa yang kian mendekat ini.

    ReplyDelete
  3. saya selalu akan niat sebulan, dan malam2 berikutnya saya akan berniat harian

    ReplyDelete
  4. Akak buat dua-dua. Niat sebulan terus dan pembaharui hari-hari.

    ReplyDelete
  5. Biasa niat sebulan terus. Tapi malam malam still niat macam biasa hahaha.
    Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kak fizah! :)

    ReplyDelete
  6. Akak baca dua-dua. Tak sabar tunggu Ramadan 😊

    ReplyDelete
  7. Yesss..sama seperti orang lain, saya pun baca dedua niat, sebulan dan niat harian..Lebih yakin and confident..Harap sampai ke Ramadan 2021 dan seterusnya...AMIN

    ReplyDelete
  8. Sedihnya tak dpt puasa penuh thn ni huhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.