Pernikahan Dr Amalina Bakri dan Alexander Charles

Siapa yang tak kenal dengan Dr Amalina Che Bakri, seorang pelajar cemerlang mencipta sejarah Malaysia dengan pencapaian keputusan 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004. Sekarang dah berjaya pun menjadi seorang doktor pakar bedah.

Pernikahan Dr Amalina Bakri dan Alexander Charles
sumber : twitter Dr Amalina


Tahniah Dr Amalina dan husband! Pernikahan Dr Amalina Bakri dan Alexander Charles seorang jejaka Inggeris selamat dilansungkan di Masjid Central London pada hari Rabu yang lepas. Tapi baru beberapa jam lepas Dr Amalina kongsikan di twitter beliau. 

Pernikahan Dr Amalina Bakri dan Alexander Charles
sumber : Twitter Dr Amalina

Dr Amalina cantik dengan kurung moden rona putih rekaan Cosry dan Alexander Charles segak dengan sut lengkap serba hitam dan putih. 
  

Biodata Dr Amalina

  • Nur Amalina Che Bakri
  • Lahir pada 7 Disember 1987 di Kota Bharu, Kelantan, membesar di Johor Bahru, Johor. 
  • Anak tunggal pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah dan Che Bakri Che Mod yang berkhidmat sebagai jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 
  • Mencipta sejarah dengan pencapaian keputusan 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004. 
  • Memulakan karier sebagai doktor selepas tamat pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013. 
  • instagram @dramalinabakri 
  • Twitter @dramalinabakri 
  • YouTube Dr. Amalina. 

Kejayaan Dr Amalina

  • Diangkat sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 dam Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad. 
  • Pemegang biasiswa Kijang Emas daripada Bank Negara Malaysia yang membiayai pengajiannya di UK dalam bidang perubatan. Merupakan antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom (UK).
  •  Pencapaian Pendidikan A-Level di The Cheitenham Ladies’ College, England dari tahun 2005 hingga 2007. Menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBChB) di Universiti Edinburgh, Scotland dari 2007 hingga 2013. 
  • Menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (BMedSc) Farmakologi dari 2009 hingga 2010. Mengikuti Program Amgen European Scholars yang melibatkan kajian dalam bidang farmakologi di Institut Karolinska, Sweden dari 2009 hingga 2010. 
  • Bertugas sebagai doktor pelatih bagi program Surgikal Onkologi dan Genekologi di Sekolah Perubatan Harvard, Universiti Harvard di Amerika Syarikat dari 2012 hingga 2013. 
  • Memburu Ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang penterjemah perubatan dan terapeutik di Universiti Cambridge dari 2013 hingga 2015. Dari 2017 hingga kini, beliau menuntut dalam bidang pengajian doktor falsafah (PhD), selain berkhidmat sebagai pendaftar pembedahan umum di Penjagaan Kesihatan Kolej Imperial, London selepas tamatnya pengajian Ijazah Sarjana Penterjemah Perubatan dan Terapeutik di Universiti Cambridge.
sumber : iluminasi.com

10 comments:

  1. Alhamdulillah dah selamat berkahwin. Selamat pengantin baru Dr Amalina dan husband!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah,nampak sweet jaa dieorang ni 😁

    ReplyDelete
  3. Selamat menempuh hidup baru buat kedua mempelai.

    ReplyDelete
  4. Dr AMalina ni..sebaya shida, masa dia dapat straight 10 A SPM tu..mmg kagum sgt!

    ReplyDelete
  5. Doktor medical ada, doktor falsafah pun ada...terbaik..

    Alhamdulillah, tahniah..

    ReplyDelete
  6. Yay!!! Alhamdulillah... Akhirnyaaaa, kawenn

    ReplyDelete
  7. omg shes married !!! i love her fashion style :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.