Red Velvet Cake Family Mart

Blog sedang carca merba. Jangan pening sudah! Sikit je lagi nak siap. Hari isnin yang pening dengan menghadap coding, menghadap design banner, petang nanti sambung menyiapkan tempahan sampul raya hipster. Anda rasa saya ada masa untuk pening kepala? heh!

Rileks sebentar dengan red velvet cake Family Mart. Kat Family Mart tu apa je yang kau tak tergoda. Semua dipandang sedap! Tapi ini husband yang belikan. Kalau saya beli, bukan ni je yang saya angkut bawak balik. Banyak lagi kawan-kawan dia yang akan diangkut.

Tapi mujurlah kalau masuk Family Mart semua yang sedap dah habis dulu. Red Velvet cake Family Mart ni comel je. Sebesar brownies macam Secret Recipe.

Red Velvet Cake Family Mart

Comel packaging dia dengan bekas plastik yang praktikal, ketinggiaan depan dia rendah sikit daripada belakang. Mudah untuk makan kek. 3 Cebisan pink ala kelopak sakura kat atas tu saya tak pasti apa bendanya. Salutan cream cheese dia tebal kemain lagi.

Red Velvet Cake Family Mart

Bagi saya seorang peminat red velvet, Red Velvet Family Mart ni memang sedap dan moist. Packaging macam ni sesuai juga untuk dijadikan hadiah kek birthday untuk someone. Kan?

Red Velvet Cake Family Mart


17 comments:

  1. Isk bila dapat pergi Family Mart ini? Hendak cuba hasil makanan.

    ReplyDelete
  2. pehhh...melampaunya entry ni... ok malam kang nak ajak suami gi family mart...

    ReplyDelete
  3. wowww! baru pergi minggu lepas, xperasan pulak ada kek nii. nak try beli laa nanti :)

    ReplyDelete
  4. Kenapalah kat ganu ni tak bukak family mart tu :(
    Teringin betul nak pergi family mart sebab macam macam ada kat situuu.

    ReplyDelete
  5. Tak perasan kek ni pulak bila ke FM. Harus cuba nih..
    Biasa ambik choc roll, mochi.

    ReplyDelete
  6. hahaah family mart ni dekat je ngan rumah tp asyik x smpt je nk singgah...

    ReplyDelete
  7. Tak pernah try . hoho... Baru terfikir, sesuai gak buat hadiah ekk.. Nice!!!

    ReplyDelete
  8. Ye.. saya tercari cari di mana older post... nak tekan previous post ... tiber tak nampakkk dah

    ReplyDelete
  9. Selalu rambang mata tau kalau singgah FamilyMart ni. Next time nak try kek ni lah..hehe

    ReplyDelete
  10. No wonder la last week try bukak blog Fizah x lepas2

    ReplyDelete
  11. dia kalau stress stress byk kerja.. good food ja penyeri and penenang hati kan

    ReplyDelete
  12. nmpk sedap. bleh try bila blik penang nnti

    ReplyDelete
  13. selalu je nampak tp x penah cuba. sbb mata sy lbh tertarik pada mochi puff hehehehe

    ReplyDelete
  14. apa je yang tak menarik makanan Family Mart ini..

    ReplyDelete
  15. bestnya sana ade family mart..sini xde lgsg huhuu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.