Header Ads

Resipi Kuih Semperit Red Velvet Viral, 19k Shares di FB

Dah buat kuih raya ke tu? Ramai yang dah mula buat kuih raya. Gambar kuih raya dan resipi pun meriah lalu lalang dekat wall sosial media. Tinggal rajin tak rajin je nak membuatnnya. Tapi kan, tertarik sungguh lah dengan resipi kuih semperit red velvet yang viral tahun lepas, 19k shares di fb.

Betul betul viral tu. Macam biasa, saya ketinggalan setahun baru nak tahu.

Sebagai penggemar apa jenis juga kuih dan kek red velvet, haruslah saya rasa berminat dengan resipi semperit red velvet viral ni. Tengok resipi semperit velvet mudah je nampaknya. Kena cuba dulu baru tahu mudah ke tidak. Masalahnya, bilalah akan tiba mood rajin tu ek?

By the way, resipi semperit red velvet tanpa cheese ye. Sedia maklum, kalau buat kuih/biskut semperit ni tak banyak bahan. 

baca juga : resipi semperit susu Anzalna
                    resipi semperit perisa tembikai susu dan resipi semperit unicorn 3 bahan
                    resipi semperit kastard

Resipi Kuih/Biskut Semperit Red Velvet Viral

Resipi Kuih/Biskut Semperit Red Velvet Viral

Bahan-bahan
250g butter/ marjerin
4 cawan tepung jagung
2sudu besar tepung kastard
2sudu teh pewarna merah
1sudu teh cuka makan
1sudu besar serbuk koko
1cwn susu pekat

Cara buat semperit red velvet

1. Whisk butter/ marjerin kacau sebati bersama susu, pewarna merah dan cuka makan.
2. Kemudian masukkan tepung jagung, tepung kastard dan serbuk koko. Gunakan senduk atau hujung jari semasa membuat adunan.
3. Apabila adunan sebati, bolehla mulakan menekan doh ke dalam acuan sehingga habis
4. Bakar pada suhu 160°C selama 20minit.(Ikut oven masing-masing)

Nota : Sukatan cawan mungkin tak sama. Jadi, jika adunan lembut sangat, tambahkan tepung jagung sedikit sehingga tak melekat di tangan. Agak-agak sesuai tekan di acuan.

Resipi Kuih Semperit Red Velvet Viral, 19k Shares di FB

Cantik hasil kejadian kuih/biskut semperit yang dikongsikan oleh Lailatul Hafizi ni. Warna merah makngah tu super menyerlah. Datang beraya rumah orang, dari jauh dah nampak dan tertarik dengan warnanya tu. Datang je mood rajin nanti, nak cuba jugak membuatnya. Harap menjadi lah.

kredit resipi & gambar : Lailatul Hafizi page Resipi Dapur Bidadari #RDB 

هناك 36 تعليقًا:

  1. wah.. fiza peminat red velvet ye... samalah dgn kakak iman... suka sgt red velvet... kakmim x suka.. hihi

    ردحذف
  2. Semperit red velvet tak muak, sebab ada cuka dalam adunan.

    ردحذف
    الردود
    1. ya, lagi lagi kalau favourite. Mahu habis sebalang sorang

      حذف
    2. ade guna cuke ke? klu tak letak takpekan? rasa mcm nak buat jer nanti

      حذف
    3. Ikut dalam resipi ada letak cuka. Selamat mencuba :)

      حذف
  3. Favorite Mrs. A dengan anak-anak kuih semperit hehehee biasa makan yang original, red velvet belum berjumpa lagiks!

    ردحذف
    الردود
    1. Yang original memang tiada tandingannya kak. Saya pun belum cuba RV ni. mungkin kena cuba buat sendiri kot kalau nak rasa. Tak ramai jual kuih semperit RV ni.

      حذف
  4. merah menyala
    menarik lain dari biasa kuning
    sis suka semperit klasik dahlia dulu2 he hee

    ردحذف
    الردود
    1. ya, kelainan kuih yang dimodenkan. Rasa klasik tiada tandingan. Tak pernah tak sedap kak :)

      حذف
  5. Merahhh kuihnya hehehe, kita samalah kak fizah, peminat red velvet tak kisahlah kek ke kuih ke :D

    ردحذف
  6. Merah mengoda dalam balang kuih..menarik perhatian utk dimakan..

    ردحذف
  7. Cantik semperit dalam gambar. Terbentuk je. Sakit jari buat semprit ni, sebab guna acuan tembaga, kena tekan guna ibu jari tu. Tapi saban tahun, buat juga, tak pernah tinggal. :)

    ردحذف
    الردود
    1. saya tak ada pengalaman lagi buat semperit. Share resipi je buatnya entah bila. Kagum dengan orang pandai buat kuih dan biskut ni. Terbaik kak tak pernah missed buat kuih.

      حذف
  8. Cantiknya warna dia oii hahaha.. Nk buat mmg malas.. Kita g cari je la nnt ahhha

    ردحذف
    الردود
    1. kann..cantik merah dia. Jomlah kita cari. mood malas sedang menebal juga ni. hihi

      حذف
  9. Nampak sedap betul bila warna merah mcm ni

    ردحذف
    الردود
    1. Warna merah tu yang menarik perhatian. Bab rasa, kena rasa dulu :)

      حذف
  10. cantik betul kejadiannya...geram je tgk. ok nak cari kat IG siapa ada jual hahahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Kann..saya pun teruja tengok hasil biskut yang cantik ni. Haa jumpa tak tu?

      حذف
  11. Pergh!! Cantiknya warna dia.. Merah menyala gitu.. hehehe

    ردحذف
  12. Teringat cubaan buat samprit susu last year..hahaha..kelakar..x menjadi...adik akak macma silap bancuh atau over sangat bancuh...melepek jadinya bila dah bakar

    ردحذف
  13. Budak-budak mesti suka juga biskut begini. Cantik terbentuk bunga.
    Harap Fiza berjaya buat. Amin :)

    ردحذف
  14. Haaaaa.. dah buat kerrr belum tuh.... Merah mak ngoh warnanyaaaa .. i like it too!!! Warna cantik, rasa sedap, confirm laku! Hikhikk..

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.