10 Malam Terakhir Ramadhan 2021

10 malam terakhir Ramadhan, perbanyakkan lah amal ibadah dan beristiqomah melakukannya melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Semoga kita berpeluang bertemu malam Lailatul Qadar.

Keistimewaan Malam Lailatul Qadar

Antara kelebihan utama malam Lailatul Qadar sebagaimana yang disebut dalam surah al-Qadr ialah “Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan” (Surah al-Qadr: 3).

10 Malam Terakhir Ramadhan 2021
sumber : theinspirasi.my



Bilakah malam Lailatul Qadar?

Umumnya, malam Lailatul Qadar tidaklah kita ketahui. Ianya adalah salah satu rahsia Allah supaya umat Islam sentiasa beristiqomah melakukan amal ibadah sepanjang malam dibulan Ramadhan terutamanya 10 hari terakhir Ramadhan. 

Terdapat Hadis Nabi yang menyebut :
“Carilah malam lailatulqadar pada malam ganjil iaitu pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut, Rasulullah mengisyaratkan agar umatnya mencari malam Lailaqul Qadar pada malam yang ganjil bagi 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Malam-malam ganjil yang disebutkan ialah malam ke 21, 23, 25, 27 atau 29.

Seperti yang dikongsikan oleh theinspirasi

2021Hari1442HMalam
1 MeiSabtu19 RamKe 20
2 MeiAhad 20 RamKe 21
3 MeiIsnin21 RamKe 22
4 MeiSelasa22 RamKe 23
5 MeiRabu23 RamKe 24
6 MeiKhamis24 RamKe 25
7 MeiJumaat25 RamKe 26
8 MeiSabtu26 RamKe 27
9 MeiAhad27 RamKe 28
10 MeiIsnin28 RamKe 29
11 MeiSelasa29 RamKe 30
12 MeiRabu30 RamMalam
Hari Raya

Mengikut Imam al-Ghazali, penentuan malam Lailatul Qadar adalah berdasarkan kepada hari pertama puasa Ramadhan bagi tahun tersebut.

No.HariMalam
1.Isnin21
2.Sabtu23
3.Khamis25
4.Selasa / Jumaat27
5.Ahad / Rabu29

Jika mengikut pada pandangan dan formula Imam al-Ghazali, tarikh malam Lailatul Qadar untuk tahun 2021 / 1442 Hijrah adalah pada malam 27 Ramadhan iaitu jatuh pada hari Sabtu malam (8 Mei 2021) waktu di Malaysia. 

Ini kerana, tahun 2021 kita berpuasa pada 13 April yang jatuh pada hari Selasa.

Wallahu a’lam.

Alangkah beruntungnya kita jika berpeluang bertemu malam Lailatul Qadar.

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar

1. Suanana pagi yang sangat tenang
Salah satu tanda malam Lailatul Qadar, pada keesokan paginya adalah suasana pagi yang begitu tenang sekali. Cuaca pada pagi itu juga agak nyaman berbanding hari-hari sebelumnya.

2. Matahari yang cerah tapi tidak terasa bahangnya
Pancaran matahari pada keesokan paginya bersinar cerah tapi tidak terasa terik akan bahangnya.

3. Malam tersebut angin udara yang begitu tenang.
Sesetengah ulama menggambarkan pada malam Lailatul Qadar, suasana pada malam itu akan tenang sekali. Angin udaranya yang tidak terlalu panas atau sejuk. Haiwan dan serangga tidak berbunyi seperti biasa dan keadaan langit yang tidak berawan.

Amalan 10 malam terakhir Ramadhan

  • Membaca al-Qur’an
  • Solat Fardhu Berjemaah
  • Solat Tarawih sendirian atau berjemaah
  • Qiamullail
  • Berselawat
  • Bersedekah
  • Berzikir
  • Beriktikaf
  • Tahajjud
  • Berdoa

Carilah malam Lailatul Qadar dan jika berpeluang menemui malam Lailatul Qadar, Ibadah kita lebih baik daripada beribadah seribu bulan yang tidak memiliki malam Qadar. Beribadah dengan penuh ketaatan dan bersungguh-sungguh dalam sepuluh malam terakhir ramadhan ini.

Isikanlah malam sepuluh terakhir ni dengan melaksanakan ibadah kebaikan untuk kita menuju ke syurga. Perbanyakkan amal ibadah, perbanyakkan doa semoga Allah ampuni dosa-dosa kita dan berkati apa yang telah kita lakukan ke jalan yang benar serta makbulkan doa kita semua.

Banyak lagi amalan ibadah yang boleh di lakukan di sepuluh hari terakhir Ramadhan. Lakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT. Semoga kita menjadi orang yang lebih beruntung menghabiskan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan Semoga kita dapat mengumpul pahala sebanyak mungkin Ramadhan kali ini.

12 comments:

  1. Semoga segala amalan kita diterima Allah... InshaAllah...

    ReplyDelete
  2. Kak.. button previous post dah takdak ehh.. hahaa

    ReplyDelete
  3. Sama²lah kita pertingkatkan amalan di 10 malam terakhir untuk mendapatkan ganjaran lailatul qadar.

    ReplyDelete
  4. Kita usahakan dan semoga Allah permudahkan.

    ReplyDelete
  5. Moga moga kita semua berpeluang bertemu dengan malam lailatul qadar. Malam yang hanya ada di bulan ramadhan. Aamiin aamiin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete
  6. Insya Allah akan memperbanyakkan amal ibadat nanti. Tidak lupa berdoa untuk bertemu Lailatul Qadr.

    ReplyDelete
  7. jom sama-sama kita mengimarahkan 10 malam terakhir Ramadan dengan ibadah-ibadah wajib dan sunat..

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan urusan. In shaa allah

    ReplyDelete
  9. Semoga segala amalan kita diterima Allah... InshaAllah.

    ReplyDelete
  10. Mudah-mudahan ibadat puasa kali ini lebih sempurna.

    ReplyDelete
  11. semoga 10 malam terakhir diberi kemuliaan :)

    ReplyDelete
  12. semoga ramadan kali ini kita sama-sama bertemu Lailatul Qadar... aminnn

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.