2 Tahun Dah Tak Merasa Lemang Abah
Ye, 2 tahun dah tak merasa lemang abah buat bila raya tiba. Tahun lepas raya PKP, tahun ni raya PKP lagi. Tapi abah tetap gigih buat juga lemang walaupun tahu anak anak diperantauan tak dapat balik.
Syukur jugalah ada adik beradik yang masih tinggal dekat sedaerah boleh juga meraikan raya dengan mak abah. Taklah sunyi berdua je.
Dalam tak sihat, gigih juga abah buat lemang. Dia bukan tak tahu dia pesakit kanser tahap 3. Kena makan ubat, kadang kesihatan merosot, kejap larat kejap terbaring saja. Baru-baru ni warded 2 hari di hospital lepas jatuh katil.
Awal-awal puasa dapat jugaklah abah puasa waalaupun awal puasa tu cuaca panas lain macam. Bila dah berumur dan dah biasa buat kerja, memang tak biasa duduk terbaring saja. Bila sihat sikit mulalah dia ligat buat kerja. Aduhaiii..risau betul.
Semalam abah dah siap siap bersihkan buluh lemang. Abang ipar carikan buluh. Harini mulalah abah membakar lemang. Ada anak buah tolong kurang sikit risaunya. Buatnya dia gigih buat sorang-sorang. Memang tak tahu nak katalah.
Itulah gigihnya mak abah kita kat kampung sediakan hidangan raya untuk anak cucu. Larat tak larat belakang cerita. Sedih tu jangan cakap lah kan. Tapi apa nak buat, terpaksa raya PKP lagi. Dalam sedih, kita kena ingat raya perlu diraikan dengan gembira selepas sebulan berpuasa.
Tak dapat rasa lemang Raya Aidilfitri, inshaAllah dapat rasa lemang di hari Raya Aidiladha pulak. Last makan lemang abah buat Raya Aidiladha tahun lepas. Syukur masa raya tu dah boleh rentas negeri.
Semoga Allah kuatkan hati mak abah kita dikampung yang berharap anak anak balik beraya. Aaminn... Harap mereka fahamlah keadaan yang berlaku sekarang ni.

Tersentuh akak baca kisah lemang abah ni. Moga Allah sentiasa melindungi orang tua kita walau di mana mereka berada.
ReplyDeletebertabahla ye mengenang lemang abah di kampung tu..
ReplyDeleteASsalamualaikum. i feel u sis! Semoga yang baik-baik saja buat kita semua. setiap yang berlaku pasti terkandung hikmah. Semoga Allah permudahkan urusan ayah, diberikan semangat yang kuat! amiin.
ReplyDeleteNanti tengok Aidil Adha tahun ini bagaimana. Itulah teringat kali terakhir dapat rasa lemang Pakcu buat sebelum hari mantai puasa.
ReplyDeleteSemoga ibu bapa kita dilindungi.. sedapnya lemang. Lamanya xdpt mkn tambah xhabis pantang lg xboleh mkn
ReplyDeleteSemoha Abah cepat sihat sediakala
ReplyDeleteSemoga abah fizah dianugerahi keafiatan yang berpanjangan.
ReplyDeleteMak Ayah faham dah skrg.. pasal Covid.. huhu.. Moga tabah semuanyaaaa
ReplyDeleteInsyaallah tahun depan dapat beraya dengan mak dan ayah di kampung. Kita berdoa je lah…
ReplyDelete