Buah Avocado Kampung Terpaling Besar

Selain dapat rendang ayam daun puding, mak bagi jugak sesisir pisang, sebungkus santan kelapa dan sebiji buah avocado. Buah avocado kampung terpaling besar berbuah yang pernah saya tengok setakat ni hasil dari pokok avocado nan sebatang belakang rumah.

Pokok avocado ni menghasilkan buah avocado tak menentu. Kalau ada pun tak banyak lah. Paling lebat pun yang saya perasan kurang dari 10 biji macam tu. 


Avokado (‏اۏوکادو‎‎)

Buah alpukat dan avocado adalah buah yang sama. Avocado sejenis tumbuhan buah-buahan yang mengandungi biji tunggal besar dengan isi yang lemak lembut apabila cukup masak.

Asalnya, pokok avocado bertaburan asal di Mesoamerika meliputi tengah negara Mexico dan Guatemala, tetapi tersebar luas secara penanaman di kawasan-kawasan tropika (termasuk sejauh Nusantara) dan iklim Mediterranean seluruh dunia. 

Cara makan buah avocado, boleh dimakan terus apabila sudah masak atau diproses menjadi hidangan makanan atau minuman.

Buah avocado ni dipandang sepi. Tak siapa yang suka. Saya je yang suka buat homemade avocado juice ala-ala jus alpukat Indonesia yang popular tu.

Kali ni besar betul buahnya. Terpaling besar lah setakat ni. Perbezaan antara buah avocado dengan cup large McD. Nampak tak perbezaan saiz dia.

Buah Avocado Terpaling Besar

Sebiji buah avocado mengandungi 160 kalori, 2g protein dan 15 g lemak. Kadar potasium lebih tinggi daripada pisang.

baca juga : 7 sebab buah avocado sesuai untuk diet

So far saya tak pernah nampak lagi buah avocado kampung ni dijual dimana mana kedai buah-buahan atau di supermarket. Yang biasa kita nampak avocado import tu.  Harga buah avocado di Malaysia ni tak murah ye. Nama pun buah import, haruslah dia jadi mahal.

Rasa buah avocado import dan malaysia ni lebih kurang je. Dari segi bentuk tu memang berbeza sangat. Saya panggil buah avocado kampung je. Mungkin ada nama lain yang saya tak tahu. Siapa tahu bolehlah komen.


29 comments:

  1. Saya tak pernah merasa lagi buah ni.. Tapi di sebelah Indonesia terkenal dengan jus alpokat, malangnya saya belum pernah cuba lagi walaupun dulu ada peluang untuk merasa kerana sering juga ke beberapa provinsi di Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Indo memang popular dengan jus alpukat. sebab jus alpukat sedap, terus saya suka buah avocado ni. Ada rezeki nanti jangan lupa cuba ye :)

      Delete
  2. wah... besar buah tu. saya tak pernah rasa avokado...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, besar betul buahnya. Kalau berjiran boleh gak bagi rasa tu. InshaAllah ada rezeki dapat merasanya nanti. Aaminn..

      Delete
  3. Kak Amie belajar makan avocado daripada kawan, orang Filipina. Buah avocado yang masak dicincang dan dicampur dalam aiskrim. Sedap pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah cuba lagi makan style macam tu kak amie. tapi orang putih suka gak jadikan topping macam tu :)

      Delete
  4. sekali tengok dah macam sejenis labu, kalau tak bg tau x tau ni spesies avocado

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..nampak macam labu air ye? Inilah avocado saiz besar :)

      Delete
  5. Buah avokado kampung? Akak tak pernah jumpa ni. Besar pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, sebab dia macam berbeza dengan biasa yang kita nampak tu. Tak tahu nama sebenar dia apa. tapi avocado lah :)

      Delete
  6. ya ampun besarnyaaaaaaaaaaaaaaa.. kenyang kalo buat smoothie or eskrem nihhh ihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih dari kenyang ni kak. Boleh buat stok next smoothie gitu :)

      Delete
  7. Besar betul avocado nyer!!Tapi malangnyer...Syu tak suka avocado😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang besar. Avocado ni tak ramai yang suka sebab rasanya dia agak pelik dan jarang orang tanam kat Malaysia ni.

      Delete
  8. Perghhh besar gila... Tp k ret x suka.. Kelat2 rsnya😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal KakRet. besar gila kot! Faham faham..ramai yang tak suka rasa avocado :)

      Delete
  9. Besar betull buah avocadonyaaaaa, tak pernah makan pulakkkk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..takpe, nanti ada rezeki jumpa buah avocado boleh cuba rasa tau :)

      Delete
  10. Ini banyak boleh buat jus. Untung dapat besar puas makan.

    ReplyDelete
  11. Sedapnyaaa jus avocado. Lama xminum. Tunggu lah nanti habis pantang nk mencari

    ReplyDelete
  12. mak aiiii ni avocado dr zaman dinasour ke ni? hehehe

    ReplyDelete
  13. Wow, kalau alpukat ini fix aku yakin memang jumbo ukurannya 🤩.
    Ukuran besarnya ngalahin cup size large.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.