Cucur Jagung Rangup Ala Potato Fritters
Kononnya nak buat perkedel jagung versi kak Amie. Tapi dalam masa yang sama nak buat ala potato fritters. Cucur jagung versi rangup kurang penggunaan tepung macam tu. Bolehlah kot kita panggil dia corn fritters.
Perkedel/per·ke·del/ /perkedél/
Sejenis makanan yang diperbuat daripada kentang goreng atau rebus. Kentang tersebut akan dilenyekkan serta dicampurkan dengan pelbagai jenis bumbu dan bahan bahan tertentu. Kemudian disalut dengan putih telur dan digoreng.Jagung perkedel pula diperbuat daripadaa jagung muda menggantikan kentang. Selain itu ada juga tauhu perkedel. Tauhu juga menggantikan kentang sebagai bahan utamanya.
Dalam mencari maklumat lain, saya baru tahu cucur juga dipanggil bakwan.
Bakwan/肉丸; Pe̍h-ōe-jī: bah-oân
Sejenis snek yang diperbuat daripada tepung gandum dan sayuran. Lazimnya didapati di Indonesia. Bakwan merujuk kepada makanan jenis bergoreng yang terdiri daripada sayur sayuran seperti hirisan kobis, taugeh, hirisan lobak merah yang diadunan dalam adunan tepung, kemudian digoreng.Nama panggilan lain mengikut tempat :
- Bala-bala (Jawa Barat)
- Pia-pia (Jawa Tengah, terutamanya di Kabuten Pati)
- Weci ( Kota dan Kabupaten Malang)
- Ote-ote (Sidaorjo dan Surabaya)
Di Surabaya, katanya hidangan bakwan akan dimakan bersama nasi putih, sos tomato dan sambal. Hidangan bakwan di Surabaya kebanyakkanya dicampur dengan bawang goreng dan daun bawang. Enak dimakan panas-panas.
Bakwan juga lebih kurang sama dengan hidangan makanan Jepun iaitu tempura sayur atau dikenali sebagai Yasai tempura.
Bakwan juga lebih kurang sama dengan hidangan makanan Jepun iaitu tempura sayur atau dikenali sebagai Yasai tempura.
Rupa corn fritters saya yang kurang menarik sebab terlebih garing. Hangus daun kucai tu haa. Jagung pun hampir hampir hangus juga tu. Asalkan sedap sudahlah ye. Jangan banyak bunyi, makan je.
Resepi cucur jagung rangup
Bahan-bahan1 cawan corn kernel
1biji bawang besar (potong dadu)
1 keping tauhu (dicincang halus)
Daun kucai (dipotong potong lebih kurang 1cm)
1 batang lobak merah (disagat)
Segenggam ikan bilis
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 sudu camca garam
air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan :
- Gaul rata corn kernel, bawang besar, tauhu, daun kucai, lobak merah, ikan bilis, telur dan garam.
- Kemudian baru masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan bancuh terlalu cair.
- Panaskan minyak, Bentukkan adunan menggunakan sudu dan gorengkan.
- Setelah kekuningan, angkat dan toskan minyak letak tisu dahulu atas penapis.
Sesuai dijadikan hidangan untuk makan pagi dan juga makan petang. Dah masak baru saya teringat, saya lupa letak udang. Banyak fikir agaknya terus terlupa nak keluarkan udang dalam peti ais. Letak udang lagi sedap. Buang kulit udang dan potong kecil-kecil isi udang tu.
Belum pernah merasai makanan ni.. lihat gambar nampak sedap.
ReplyDeleteSedap ni rangup2..
ReplyDeleteKalau di kota saya bakwan ada beberapa cara penyajian untuk disantap : dimakan begitu saja plus cabe rawit, juga untuk campuran kupat tahu dan juga untuk campuran lotek [sayuran berbumbu kacang uleg].
ReplyDeleterangup2 tu sedap
ReplyDeleteTengok gambar pun dah nampak crunchy sangat
ReplyDeletecucur jagung jarang org buat tapi sedap tuuh.. 😅
ReplyDeleteSedapnya akak tengok, Fizah. Lama pulak tak makan cucur jagung. Garing-garing tu yang best tu.
ReplyDeleteSedappp tuu rangup rangup, makan time panas lagii sedapppppp.
ReplyDeleteBanyak versi dan nama pun berbeza ikut tempatkan Fiza. Samalah macam spesies flora dan fauna, dari satu keluarga tapi bervariasi. Satu perkedel yang sangat Kak Amie suka tapi belum pandai buat ialah perkedel jagung Bukit Tinggi & Padang. Rasa macam nak ke sana lagi, nak makan di sana lagi dan nak belajar dengan tukang masaknya heheheee.
ReplyDeleteSedap agaknye ek
ReplyDeleteapa yg tak menariknya, cantik jer saya tengok. yg penting sedap
ReplyDeleteSedapnyaa. Suka lah tengok gambar makanan akak ni . Cantik gambar
ReplyDeleteni kalau jual laku keras! bertaburan jagungnya ;-)
ReplyDeleteAkak belum buat lagi Bakwan ni...takde masa...nak buat juga ni....best cucur sayur macam ni kan
ReplyDeletewowww. sedapppppnyaaa. nampak kat blog kak Amie mcm nk buat. bilaaa kat uma xde tepung. asyik tertunda jaaaa. hahahah
ReplyDeleteMemang tidak pernah buat lagi cucur jagung. Menarik.
ReplyDeleteSedapnyaaa. jarang makan .. buat memamg tak jugak. huhu
ReplyDeletePergh!! PUas makan.. Meriah jagungnya.. nampak rangup gitu..
ReplyDelete