Header Ads

Dah Malam Baru Nak Cakap?!

Sorry geng blogger. Kesibukan hari ni tak dapat dibendung. Dapat blogwalking kejap je. Lepas tu menghadap semula photoshop menyiapkan design. Tiba-tiba otak tepu tak ada idea. Stress oiiii. Otak dah cuci, basuh dan bilas. Tak menunjukkan tak ada tanda-tanda nak dapat idea.

Pergi mengemas kejap. Menghadap semula design, eh idea tak muncul lagi. Scroll media sosial, terhibur dengan satu post kartun bergambar ni. Terus teringat zaman sekolah rendah.

Memang inilah ayatnya. Sebijik! Benda ni berlaku sepanjang zaman tak kira tempat. Kan? 

Dah Malam Baru Nak Cakap esok ada kerja sekolah
sumber : ig @komik tok ketua norazali 1983

Kah! Kah! Kah! Muka tak bersalah betul masa cakap tu, takut kena marah pun ada. Kalau tak cakap, esok kena marah dengan cikgu pulak. 

Itulah dia nostalgia zaman kanak-kanak masa sekolah. Ini salah satu kenangan semasa kecil yang diwarisi zaman berzaman. Buat gelak je bila tengok situasi ni berlaku. 

Itu belum lagi situasi kerja sekolah tak siap, kasut sekolah tak kering, kasut sekolah ada katak. Macam macam hal. 

Rindu kenangan zaman kegemilangan zaman kanak-kanak. Tak macam hidup zaman dewasa ni, banyak benda nak fikir. 

هناك 17 تعليقًا:

  1. Haha. Itu biasala. Lagi teruk kena marah kalau malam Ahad. 2 hari weekend mana ingat hal sekolah

    ردحذف
  2. Betullah tu. Pengalaman sendiri Zaman persekolahan dan membawa kepada anak² sekarang. ����

    ردحذف
  3. hm... nostalgia sangat kan.... kalau takut sangat tak pi sekolah

    ردحذف
  4. Sama macam dania la ahad malam lepas...geram jer tiba2 dia cakap jom pi kedai jap nak cari bayam...akak rasa dahi dia demam ke apa anak aku ni...rupanya..nak sebatang dua je pokok bayam utk buat eksperimen...masalahnya dah malam baru nakcakap?

    ردحذف
  5. HAHAHAHA betul tu kak fiza!
    Malam malam nak tidur lah baru cakap nak pensel warna sebab esok ada pertandingan mewarna, lepas tu memang kena bebel lah hahahaha. Bila tak menang pertandingan, lagi bertambah tambah kena bebel hahaha.

    ردحذف
  6. dulu2 selalu minta beli last minit hahah tu pun time2 kedai dah nak tutup..

    ردحذف
  7. dulu-dulu biasa buat, sekarang bila anak buat... tak boleh nak marah eheheheh...
    akak suka layan ig tok ketua bersama si aco ngn yol ni hehehhe

    ردحذف
  8. Biasa. Hehe.. cukup angin akak, last minute baru anak-anak nak cakap. :D

    ردحذف
  9. Kadang, kalu dah malam baru teringat cikgu suruh bawa gam, terus bancuh tepung ubi dengan air mak masakkan buat gam, hihi.

    ردحذف
  10. kalau mak bapak yg peduli ok la. kena mak bapak jenis "haaa.. biar jadikan pengajaran sebab tak bagithu awal2" makanya esoknya kena la mrh dgn cikgu jugak. hehehe.
    ramai anak, ramai la ragamnya.

    ردحذف
  11. Memang perangai budak sekolah kot heheheee dah malam baru nak cakap.
    Sekarang ni anak-anak Mrs. A pun sama dah malam baru nak cakap nak beli itu nak beli ini cikgu suruh adoiii

    ردحذف
  12. hahahahah teringat masa sekolah dulu. takot nak bgthu awal. da mlm bru nk bgthu tapi tulaaa kedai pon dah tutup.

    ردحذف
  13. buat mcm ni juga dulu.. mmg kena marah ..tapi kekadang ni alasan sbb nak kluar malam haha

    ردحذف
  14. Gelak besar akak baca. Hahaah memang sebijik ayatnya!

    ردحذف
  15. Baru ingat apa kena bawa esok. Paling teruk sudah hendak ke sekolah baru bagitahu.

    ردحذف
  16. Jarang.. tapi pernah... nak tak nak.. kena cakap jugak.. hahaha

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.