Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri

Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri, sebuah telefilem raya kesinambungan drama melayu bersiri 'Aku yang kau gelar isteri' yang akan ditayangkan pada hari Sabtu ini, 22 Mei 2021 jam 10:00 di slot Cerekarama TV3.

Masih ingat lagi tak aku yang kau gelar isteri episod akhir yang ramai tak puas hati tu? Mungkinkah telelefilem epilog aku yang kau gelar isteri ni akan merungkai misteri dan teka teki perakhiran drama yang macam tergantung tu. Mungkin?

Adakah Rai akan bersama semula dengan Ezlan? Berjaya ke Cik Embun seru Laila kembali? Kenalah tunggu telefilem ni ditayangkan sabtu nanti.

Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri

TELEFILEM EPILOG : AKU YANG KAU GELAR ISTERI

Waktu siaran : 22 Mei 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : TV3 slot Cerekarama
Penulis skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production

SINOPSIS EPILOG AKU YANG KAU GELAR ISTERI

Laila sanggup buat apa demi mendapatkan cinta Ezlan. Laila juga terus berharap Ezlan dapat menunaikan segala janji-janjinya. Namun, Ezlan tetap cintakan Rai. Adakah Laila mendapatkan semula cinta Ezlan?

PELAKON DAN WATAK

  • Adi Putra sebagai Ezlan
  • Nadia Brian sebagai Raihana
  • Atiq Azman sebagai Pian
  • Sharifah Sakinah sebagai Laila
  • Lana Nordin sebagai Cik Embun
  • Aznah Hamid sebagai Mak Lang/ Mak Ezlan
  • Rosli Rahman Adam sebagai Pak Salleh
  • Ummar Dzariff sebagai Rais
  • Kuza sebagai Mak Su/Mak Pian/Mak Rais
  • Rita Rudaini sebagai Nisa
  • Aidil Aziz sebagai Ustaz Omar
  • Fifi Laura

Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri

Cik Embun mula melakukan pemujaan. Dia ambil alih bela saka Laila. Tuan kau dah mati! Cik embun hantar saka Laila  bersama bungkusan putih seperti bayi ke rumah Ezlan. Mungkin jelmaan Laila bawa bayinya. Bungkusan tersebut ditinggalkan di depan pintu.

Semasa Ezlan tengah lena tidur dia terdengar suara bayi menangis. Dia bukak pintu dan mengambil bungkusan tersebut. Dia terkejut melihat bungkusan tu dan lari masuk ke dalam bilik. Mak Ezlan masuk bilik dan bertanyakan pada Ezlan kenapa.

Ezlan cakap dia nampak hantu. Hantu macam ni ke? Mak dia terus berubah menjadi hantu penanggal. Tiba- tiba Ezlan terjaga dari tidurnya. Laahhh mimpi rupanya.

Seorang ustaz namanya Omar baru tinggal di kampung Ezlan. Balik dari surau, sewaktu lalu di depan rumah Ezlan dia nampak ada beberapa lembaga hitam berkeliaran di luar rumah Ezlan. 

Dalam situasi lain, seorang perempuan (Nisa) datang berjumpa dengan Cik Embun untuk meminta tolong hal rumahtangganya. 

3 bulan kemudian...
Pian terlantar di hospital dan dia mengimbas kembali peristiwa yang dah terjadi. Pihak polis datang ke hospital untuk mendapatkan keterangan dari Pian berkenaan dengan kes yang hampir meragut nyawa Pian.

Pian memberitahu pada Polis yang isterinya Rai tidak bersalah. Rai berjaya dibebaskan dari tahanan reman selepas Polis mengambil keterangan dari Pian.

Rai berjanji akan menjaga Pian. Pian dan Rai mulakan hidup baru di rumah baru mereka. Manakala Ezlan dirumah maknya dah gila bayang dekat Rai jandanya tu. 

Pada satu malam, Cik Embun melakukan satu lagi pemujaan menggunakan ikan keli. Perut ikan dibelah. Dalam pada masa yang sama Ezlan rasa sakit perut dan memuntahkan sesuatu bersama dengan darah.

Sedang Pian, Rai dan kawan Ezlan sedang duduk di pangkin luar. Ezlan datang serang untuk ambil anak anaknya. Tiba tiba Rai rasa nak muntah. Rai muntah ulat dan pasir! Cik embun ketawa gembira dia punya kerja menjadi.

Tapi Ezlan ingatkan Rai mengandung. Ahh sudah...

Pian buntu samada nak tanya Rai mengandung ke tidak. Rai beritahu Pian dia merasakan rumahnya ada ‘sesuatu’. Pian syak kerja Cik Embun.

Rupanya Cik Embun berjaya mengambil mayat Laila selepas menggali kubur Laila. Dia letakkan mayat Laila dalam bilik pemujaan dia. 

Cik embun memberi amaran pada Ustaz Omar untuk tidak menganggu urusan dia. Ustaz Omar terjaga dari tidurnya. 

Kawan kawan Pian juga menasihati Pian untuk berjumpa dengan Ustaz Omar. Ustaz datang ke rumah mereka dan mengatakan ada jiwa masih berdendam dengan mereka.

Sedang Ustaz mengubati Rai. Muncul satu susuk jelmaan Rai berjaya mengumpan anak Rai, Ain. Ain terus mengikuti sampai ke hutan.

Jelmaan Rai mengugut untuk membunuh Ain. Tapi dengan ilmu yang Ustaz ada berjaya menyelamatkan Ain. Bila tak berjaya, Cik Embun terus muntah darah. 

Ezlan nekad berjumpa dengan Cik Embun. Dia mengingatkan Ezlan bahawa nyawa Ezlan dan anak anaknya dalam tangan dia.

Pada satu malam, Cik Embun hantar sakanya ke rumah Nisa. Nisa ketakutan dan terus berjumpa Cik Embun. Memang tujuan Cik Embun untuk buatkan Nisa datang berjumpa dengannya. 

Dia perlukan bantuan Nisa untuk membalas dendam. Nisa terkejut rupa Cik Embun berubah menjadi tua. 

Cik embun dan Nisa melakukan satu ritual di Sungai. Nisa menjirus mayat Laila dan mayat Laila bangun. Air tadahan jirusan mayat kemudiannya diminum oleh Cik Embun. 

Nisa menjerit ketakutan dan berkali kali cakap apa yang dilakukannya itu syirik. Tapi tetap melakukannya atas desakan Cik Embun.

Pian datang ke rumah Ezlan untuk ziarah dan menghantar makanan. Sebaliknya Ezlan membuang makanan tu dan masih berdendam dengan Pian.

Cik Embun datang ke rumah Ustaz Omar untuk mengugut Ustaz Omar kalau nak nyawanya selamat. Ustaz Omar bermimpi tapi dia percaya ada sesuatu dalam rumahnya.

Rai sudah mula menerima Pian dalam hidupnya. Dia tidak lagi memanggil Pian. Sebaliknya dia panggil Pian dengan panggilan abang. 

Pada satu malam, Rai terjaga dari tidur. Semasa dia keluar bilik, dia terdengar anaknya Ain memanggilnya dari luar rumah. Sedangkan Ain dan Rais di rumah Ezlan. Rai masih ingat kata kata Pian yang ‘benda’ tu akan mudah masuk dalam badan bila berkaitan dengan emosi.

Tapi dia tak mampu nak tahan emosinya bila suara Ain berkali kali suruh membuka pintu. Buka je pintu, sesuatu terjadi pada Rai.

Waktu yang sama sedang Ezlan sedang tidur. Dia terkejut Laila ada disebelahnya. Ezlan pelik sebab kata kata Rai sama seperti Laila. Ezlan sedar itu bukan Rai sebaliknya Laila. Laila cuba membunuh Ezlan. Rais tiba tiba muncul dan Laila bawa Rais ke hutan.

Cik embun yang hantar jelmaan Laila menyerupai Rai untuk membalas dendam pada Ezlan. Pian terjaga dari tidur dan mendapati Rai tiada disebelahnya. Dia terus pergi ke rumah Ustaz Omar untuk meminta pertolongan. 

Ezlan sedang mencari Rais di hutan. Kemudian Pian dan Ustaz Omar sampai. Laila semakin kuat. Tak mampu Ustaz Omar melawannya.

Semasa Laila mencengkik leher Ezlan. Ezlan meminta maaf pada Laila dan pada ketika itu Laila perlahan lahan melepaskan tangannya. Ustaz Omar terus berusaha melawan kuasa Cik Embun. Tak sangka ucapan maaf Ezlan membuatkan Cik Embun juga menangis. Mungkinkah itu yang Cik Embun harapkan daripada Ezlan?

Esoknya Rai meminta izin Pian dan Mak Lang bekas mak mentuanya untuk berjumpa dengan Ezlan. Ezlan mengaku bersalah pada Laila. Ketika Rai masuk ke bilik untuk berjumpa Ezlan, ada lembaga hitam diatas alang pintu dan juga belakang Ezlan. Hantu Laila terus mendampingi Ezlan.

Nisa masih berjumpa dengan Cik Embun. Berkenan pulak Nisa pada cucuk sanggul Cik Embun tu. Cik embun pun ceritalah yang Cucuk sanggul adalah pemberian maknya yang juga memiliki ilmu sepertinya.

24 comments:

  1. Agak menarikkk posternyaaaa, ingatkan bukan sambungan mana mana cerita, tapi rupanya sambungan daripada drama sebelum ni, tak tengokkkk sob sob sob, minat sungguh dengan adi putra ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambungan dari drama. Kena tengok sebab nak tahu ending dia yang macam tergantung :)

      Delete
  2. 😄Tak berani nak tengok.Seram tengok muka si sakinah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita dia macam tak seram sangat. Boleh layan lagi lah :)

      Delete
  3. Ngeri tgk muka dia hehehe....
    yg Mona tu pun ada sambungan dia kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak nampak seram gitu. huhu
      Mona last week. yang ni this week :)

      Delete
  4. Tgok poster pun akak dah seram...mmg la tgok citer ni...

    ReplyDelete
  5. Oo..ada kesenambungan lagi yer. Ok nAnti kita sama-sama tengok nanti

    ReplyDelete
  6. Mungkin juga jawab persoalan dalam akhir drama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga. Kalau tak mesti ada sambungan lagi :)

      Delete
  7. kena tgk sabtu ni..hrp2 tk lupa hehe

    ReplyDelete
  8. tak berminat nak tgk drama2 ni... hahahah

    ReplyDelete
  9. Semestinya saya tengok! Dah save the date... Huhu... Merungkai segalanya.. barulah syok!!

    ReplyDelete
  10. Hmmm nak tahu juga apa kesudahannya. Penat Cik Embun gali balik si Laila ni kan...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.