Gerhana Bulan Penuh 26 Mei 2021

Tarikh gerhana bulan penuh 2021 akan terjadi pada hari Rabu, iaitu esok 26 Mei 2021. Gerhana bulan 2021 di Malaysia berlaku bermula dari jam 16:47 dan akan berakhir pada jam 21:50 waktu Malaysia. 

Fenomena gerhana bulan penuh dapat dilihat secara keseluruhan di timur Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik, termasuk lah Hawaii.

Gerhana Bulan 2021 di Malaysia

Penduduk Sabah dan Sarawak dapat menyaksikan fenomena gerhana bulana penuh pada ketika ia telah mencapai fasa gerhana separa. Tapi kebanyakan kawasan di Semenanjung fenomena gerhana bulan hanya kelihatan ketika fasa gerhana telah mencapai fasa maksimum (fasa gerhana penuh).

Gerhana Bulan Penuh 26 Mei 2021
sumber :mysa.gov.my


Gerhana Bulan Penuh/Super Flower Blood Moon

Fenomena ini akan menyebabkan bulan kelihatan berwarna kemerahan sekitar kira-kira 14 minit pada fasa gerhana penuh. Fenomena gerhana ini akan berlaku selepas beberapa jam Bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee).
Fasa Gerhana Bulan Penuh 26 Mei 2021
sumber : mysa.gov.my


Kenapa Kelihatan Warna Merah?

Fenomena ini disebut sebagai serakan Rayleigh, yang menyebabkan matahari kelihatan seperti warna kemerahan ketika matahari terbit dan terbenam, pelangi kelihatan berwarna-warni dan langit kelihatan kebiruan.

  • Cahaya Matahari

Semasa Gerhana Bulan Penuh terjadi, Bumi menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke permukaan Bulan. Apabila Bulan berada sepenuhnya dalam bayang umbra Bumi, cahaya Matahari masih boleh sampai dan menyinari Bulan. 

Cahaya Matahari akan melalui atmosfera Bumi terlebih dahulu dan kebanyakan cahaya warna biru akan ditapis. Cahaya yang tertinggal ialah warna merah atau jingga yang lebih malap berbanding dengan cahaya putih Matahari.

  • Atmosfera Bumi

Atmosfera Bumi juga membiaskan sebahagian cahaya Matahari dan hanya sebahagian kecil sahaja yang sampai dan menyinari Bulan. Kesan penapisan dan pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera Bumi menyebabkan Bulan kelihatan merah semasa gerhana maksimum. 

Jika Bumi tiada atmosfera, maka Bulan akan berada dalam keadaan gelap sepenuhnya semasa berlakunya Gerhana Bulan Penuh.

Gerhana bulan dalam Islam

Fenomena gerhana bulan membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya. Fenomena gerhana bulan pula telah didefinisikan kejadiannya ketika bumi berada di tengah-tengah di antara matahari dan bulan. Fenomena ini akan berlaku ketika bulan purnama. 

Ketika gerhana bulan berlaku, cahaya bulan akan berubah menjadi kemerahan secara perlahan sehingga bulan telah melepasi bumi. Dan peredaran ini hanya berlaku pada sesuatu masa yang tertentu. Allah Taala berfirman di dalam Al-Quran:

وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ

Maksudnya : “Dan Bulan pula kami takdirkan Dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga diakhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.”
(Surah Yasin : ayat 39)

Jika berkesempatan, esok hari Rabu, 26 Mei 2021 boleh saksikan penstriman langsung Gerhana Bulan Penuh “Super Flower Blood Moon” di akaun media sosial Facebook dan Youtube Planetarium Negara.

Buat masa ni, kemudahan teleskop tidak akan dibuka untuk orang awam di Planetarium Negara kerana situasi negara yang sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



9 comments:

  1. Subhanallah.. Ini semua kuasa Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. wah, xtaw pulak, boleh tgk esok ni, itu pun klau nampakk..

    ReplyDelete
  3. Wah! Boleh ajak firdaus saksikan fenomena ini esok. tq for sharing Fiza.

    ReplyDelete
  4. Bukan selalu kan boleh tengok gerhana bulan penuuhhh ni, esok kena tengokkk kalau nampak lah kan kak fiza huhuhu

    ReplyDelete
  5. Nantikan malam esok . Tak sabar nak tengok gerhana bulan

    ReplyDelete
  6. tgh tgu ni tp x nampak lg bulannya ..mlm brunmpk kot

    ReplyDelete
  7. subhanallah lambang kekuasaan allah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.