Jeruk Mangga Susu Asam Boi & Colek

Terasa nak makan benda masam masam manis macam jeruk mangga asam boi atau dapat buah mangga lemak pun jadilah. Tapi semua seller yang pernah saya contact tak ada bekalan stok buah mangga lemak. Agaknya bukan musim mangga lemak kot sekarang ni. Mangga lemak buat kerabu mangga pun sodap sebab kerangupan dan lemak dia.

Sudahnya saya beli lah buah epal hijau buat lepas teringin. Semalam teringat nak contact sorang lagi seller yang pernah saya beli buah buahan segar masa PKP1.0 tahun lepas. Alhamdulillah ada stok jeruk mangga asam boi. Tapi bukan mangga lemak, mangga susu.

Mangga lemak manis vs mangga susu

Sama ke mangga lemak dengan mangga susu? saya tanya. Katanya tak sama. Dan rangup manggu susu sedang sedang saja. Tak serangup mangga lemak. Errmm...fikir pun fikir, order je lah. Janji mangga tu rangup  dan sedap lebih kurang.

Saya order 3 bungkus terus, alang-alang kena bayar charge delivery. Simpan buat stok. Harap bertahanlah rangup dia.

Jeruk Mangga Susu Asam Boi

Saya beli 2 bekas mangga susu asam boi dan 1 bekas mangga susu colek. 

Jeruk Mangga Susu Asam Boi

Jeruk Mangga Susu Asam Boi RM10

  • lebih kurang 1 biji setengah mangga susu
  • 3 biji limau kasturi yang dah dipotong
  • 1 tangkai cili api pedas
  • 1 bungkus serbuk masam manis
  • 2 biji asam boi
baca juga : resipi jeruk mangga asam boi

Jeruk Mangga Susu Asam Boi RM10

Jeruk mangga susu colek, hanya potongan buah mangga susu dan colek sahaja. RM10. 

Jeruk Mangga Susu Colek

Colek dia agak manis bagi saya, tak cukup pedas. Kena adjust letak cili potong baru menepati selera saya yang suka pedas. Nampak macam dicampurkan dengan udang kering. Lebih kurang macam pencicah rojak buah. Cuma colek ni versi cair sikit.

Jeruk Mangga Susu Colek

Betullah apa yang dikata, buah mangga susu ni tak serangup buah mangga lemak. Yang saya beli ni agak masak sikit, kurang rangup. Mungkin kalau muda dan hijau sikit lagi rangup lah kot. Ada jugak rasa masam sikit.

Kot ada yang teringin, bolehlah membeli kat Berkat Istiqomah

21 comments:

  1. timm minggu ni makan mangga je non-stop, org bagi..yumss..

    ReplyDelete
  2. Kak Az punya skill gambar memang mantap, tengok je boleh kecur habis air liur. Nak stalk lah berkat istiqomah tu. mana tau boleh angkat satu dua

    ReplyDelete
  3. Alamak..menjejes air liur..walau tak cukup muda tapi nampak rangup gak tu kan...terus akak rasa teringin..dalam musim2 covid ni elok makan jeruk yang ada bacaan PH 9 kalau x salah...eee..nak cari mangga muda laa

    ReplyDelete
  4. Sedapnya . Lagi sedap cicah dengan garam belacan . Hadoii terliur terus

    ReplyDelete
  5. terliur tengok Jeruk Mangga Susu Asam Boi ...telan air liur je la hehe.nak cari buah tu payah kt sini

    ReplyDelete
  6. Sedap juga layan mangga macam ni. Kat Manjung pun ada orang jual dalam bekas macam ni, Fizah. Harga pun sama, RM10 juga. Dia jual kat traffik light. Bila orang berenti lampu merah je, boleh beli. :)

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan jeruk dan asam. Terliur pulak tengok.

    ReplyDelete
  8. Saya pun suka makan jeruk-jeruk ni..

    ReplyDelete
  9. ammvoiii, kecur tengok asam boi dgn jeruk mangga colek tuuh

    ReplyDelete
  10. Sedapnyaaaaaaa, tambah dengan colek dan jeruk asam boii, lagi double triple sedappppp!

    ReplyDelete
  11. terliur tgokkk!
    dulu sebelum musim covid sllu jgk beli jeruk mangga yg jual kat traffic light tu..
    dh lame xmkn..
    mangga lemak mmg xde tandingan.. rangup dia tu.. fuhhh sedap!
    kalo mangga susu ni sy suka buat ciken mango.. hihi

    ReplyDelete
  12. Terasa kemasaman di mulut apabila baca ada limau kasturi, asam boi an serbuk asam. Hehe mesti masam sangat.

    ReplyDelete
  13. mak aiii tgk mangga tu tertelan air liur dah ni..
    nak2 warna nya pun menyerlah kesedapan nya...
    janji jgn masam dah le :p
    klu masam, ok sesuai cicah ngan colek nk hilangkan masam mangga :p

    ReplyDelete
  14. ok, ini sangat sedap ye. ngencem mama baca

    ReplyDelete
  15. yg colek tu x menahan tgk..sedapnyaaaa :)

    ReplyDelete
  16. Aaaa. kan dah teringinnnn.. nak kena cari nih

    ReplyDelete
  17. Kalau Sha, dah namanya mangga semuanya sedap.. kikiki..
    Versi colek tu nampak mengancam.. Lama pula tak mencolek..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.