Jumaat Terakhir Ramadhan 2021
Harini 25 Ramadan, Bermakna kita hampir ke penghujung Ramadan. Hari ni juga merupakan hari Jumaat terakhir Ramadan 2021. Masih dalam fasa 10 malam terakhir Ramadan 2021 untuk kita mencari malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
Pagi Jumaat yang tenang. Ramadan kali ni banyak ujian yang datang. Mari kita teruskan kuat dan sabar ya.
Malam Lailatul Qadar
Malam Lailatul Qadar adalah satu malam yang terpaling istimewa kepada orang-orang beriman yang sentiasa mencari keredaan Allah SWT.- Membawa maksud 'agung' kerana pada malam itu diturunkan sebaik-baik kitab iaitu kitab suci Al-Quran.
- Membawa maksud 'sempit' kerana pada malam tersebut dunia menjadi sempit dengan ramainya malaikat yang turun.
- Membawa maksud 'hukum' atau 'keputusan' kerana pada malam tersebut semua urusan ditentukan oleh Allah SWT.
- Membawa maksud 'kemuliaan' kerana siapa yang tidak mempunyai kemuliaan akan mendapat kemuliaan dengan melakukan ibadat pada malam tersebut.
baca juga : amalan 10 malam terakhir Ramadan
Umum kita tahu yang malam Lailatul Qadar itu tidaklah kita tahu dengan tepat. Ada Hikmah kenapa waktu malam Lailatul Qadar disembunyikan seperti yang disebutkan oleh para alim ulama.
- Bagi menjadikan orang beriman sentiasa sibuk dengan ibadah sepanjang Ramadan khususnya pada waktu-waktu akhir di Bulan Ramadan.
- Bagi menjadikan orang beriman beribadah pada semua malam dan tidak hanya tertumpu pada tanda-tanda malam Lailatul Qadar sahaja.
- Supaya sentiasa dalam keadaan ibadah dan tidak melakukan maksiat kepada Allah. Ini kerana melakukan maksiat pada malam Lailatul Qadar adalah satu kerugian yang sangat besar kepada pelaku maksiat.
- Bagi mendapat pahala yang berlipat kali ganda disebabkan usaha mencari dan sentiasa istiqamah dalam meminta kepada Allah.
- Untuk menunjukkan kehebatan Allah kerana Dialah yang Maha Mengetahui seperti mana firmanNya di dalam Surah Al-Baqarah ayat 30: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahui.
sumber : mstar
sungguh beruntung mereka yg beribadah di mlm agung ini..
ReplyDeleteAlhamdulillah jika dapat memilikinya :)
Deletesalam jumaat...dh nk penghujung ramadhan
ReplyDeletebetul tu kak. sekejap je nak sampai penghujung ramadan.
Deletesekejap je masa berlalu kan? semoga kita bertemu lg dgn ramadhan thn dpn... jom gear 5 pecutan terakhir ramadhan
ReplyDeleteItu la dia, cepat betul ramadhan berlalu. Sayu pulak rasa.
ReplyDeleteRasa macam baru jer kan start puasa..kejap je dah abis dah...
ReplyDeleteAssalamualaikum pheezah. Sayu pulak rasa dihujung2 Ramadhan ni. Semoga kita antara yang terpilih di malam Lailatul Qadar. Amiin Yaa RAbb.
ReplyDeleteit's today!
ReplyDeleteRamadan kali ini terasa banyak menguji kesabaran. Dugaan datang silih berganti. Namun sebagai hambanya kena belajar redha atas ujian yang diberi. Mudah-mudahan ada pintu rezeki untuk bertemu dengan malam lailatulqadar. In shaa Allah.
ReplyDeleteMoga sampai ke akhir Ramadan dan next Ramadan mendatang... Amin
ReplyDeleteSalam jumaat
ReplyDeleteSalam penghujung ramadhan
ReplyDeleteHehe ujian boleh tertutup mata waktu solat tarawih malam Jumaat.
ReplyDeleteHaah rasa puasa ini kuat dugaan berbanding puasa tahun lepas.
Nak hujung ramadhan dah 😭
ReplyDeleteberbaki lagi 4 hari Ramadan..ayuh kita!
ReplyDeletetulat dh raya., aminn ;p
ReplyDelete